Hapdet Terkini!

Ni adalah sessi Hapdet Terkini pertama untuk suku pertama 2006.

Republik Cinta
Dewa memang band yang aku selalu anticipate album dia. Album terkini 'Republik Cinta' kini berada di pasaran indonesia. Single pertama dia 'Laskar Cinta' sarat ngan elemen timur tengah yang di-implemantasi dengan baik. Diaoprang ni sungguh champion. Waima demikian aku ngak bisa me-review album ini karena aku tak belum lagi mencapai jumlah dengar 100 kali.
Link

Welcome Home Payid
Member saya kini dah kembali ke tanah air. Selama 5 tahun menghilang, kini dia dah ada balik kat Kuala Lipis. Aku tak tau mende plan dia setelah kembali ke tanah air. Saya ucapkan welcome back to the pack Payid, lulusan Hendrey Gurney, Melaka.

Jangan makan di Restoran Sri Medina
Restoran Sri Medina, yang aku highlight kat post satu ketika dulu kini telah di ban oleh aku dan rakan-rakan. Malam semalam aku, Mael ngan D3 telah mempekena roti nan kat situ. D3 telah membuat penemuan yang sangat mengejutkan iaitu terjumpa secebis kuku warna hitam kat dalam air dia. Sejurus sebelum itu aku telah menyatakan komplen terhadap lauk-pauk dia yang tak bertutup sedangkan kedainya di tepi jalan. Apabila kebersihan diendahkan, pekedai yang terlibat akan kehilangan pelanggannya yang paling hardcore iaitu Persatuan Kutu Lepak Kuala Lipis. Nasihat saya, jangan makan dah kat situ.

Pornography
Ada satu ISP ni telah menge-ban Pyrokumprinx Advanced Media dengan menge-cap sebagai laman lucah. Ada lucah ke kat sini? Pernah ke aku tunjuk gambar nipple kat sini. Alat sulit? Hapa la lu..

Berlari Ke Hujung Daratan Sessi 2006
26 haribulan ni aku dijadualkan untuk pekena tiruk kat Kuantan. Ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan disusuli dengan Berlari Ke Hujung Daratan.

KISS
Keep It Simple, Stupid! Adalah term yang aku belajar masa muda2 dulu. Dan skang aku akan mengapply ke kmxnine nanti. Interface yang simple dan bersih 'mepastikan' loading time yang laju. Entah bila nak release tak tau.

How Do You Like It baby?
Bagi korang la kan, macamana stail penulisan yang korang selesa nak baca. Adakah dengan menggunapakai singkatan seperti "Suka2 hati kau je" ataupun "Suka-suka hati kau je". "Mcm bagus je kau ni" ataupun "Macam bagus je kau ni". Amacam?

Comments

alone said…
gud~ cadangkan link yg ada pada blog ko di jumpkan pada blank page lain.. supaya tak turn daripada page blog ko nie.. open new window laa maksud aku.. jadi org tak terlepas baca selebihnya ..sekiranya dia klik klik yg ko bagi terlebih awal daripada menghabiskan membaca en3 ko.. jadi mereka tidak terus meninggalkan blog ko..(aku pun tak paham macam ne nak terangkan .. harap ko paham macamne maksud aku..)

aku suka KISS juga.. senang.. dan otak ko free jer..
jr said…
tulis je cam mana ikut stail ko. janji selesa. pedulikan orang.
Kumprinx said…
ya ya saya paham.. thanks. gue akan pastikan lepas ni semua external link pop-up by default.
ko suka kiss ke, kiss rock band?

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa