Nyaris Eksiden

Tengahari semalam aku berkunjung ke umah member aku untuk beberapa urusan. Umah dia ni taman perumahan kat atas bukit. Dalam perjalanan pulang aku seperti biasa bergerak dengan kelajuan tinggi. Sebelum keluar simpang taman perumahan member aku ni, kena turun satu bukit yang agak curam.
Memula macam biasa aku speed je turun bukit tu. Dah last-last minit kang baru la brek. Sebab kalau bawak slow nanti overtorque berlaku kat dalam enjin menyebabkan letupan turbo. Ada masa-masa aku hangin jugak kalau main letup-letup ni. Sebab tu la aku cuba elakkan walaupun letupan tu bunyinya sungguh cool.
Berbalik kepada situasi aku turun bukit tadi, ketika tu aku tak pikir apa-apa. Cuma melayan deruan angin kat muka sambil dalam kepala otak menyanyi riang lagu terkini Dewa19 "bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..".
Sekonyong-konyong Kawasaki turbo berbunyi 'tit tit tit..' yang berulang-ulang kali. Aku check kat dashboard dia tulis "ABS Fail". Ele.. Antilock Braking System tak penting sangat.. getus hatiku. Pastu dia bunyi lagi. Kali ni "Check Front Brake Cable". Aku menjadi heran. Ketika tu aku sedang menuju laju ke arah simpang yang terletak bawah bukit sana.
Seperti yang telah dirancang, last minit dah nak sampai kat simpang tu baru la aku brek. Aku biasa menggunakan skill brek depan dan belakang sekaligus. Tatkala menarik picu brek depan, tetiba ia menjadi telus. Tebabooo!!! brek depan putus. Aku menjadi kaget. Ada lagi 5 meter sebelum sampai simpang. Aku menekan brek kaki sekuat hati. Tayar belakang terhenti. Tanpa ABS, tayar tu lock, berhenti berputar dan bergesel dengan jalan. Skreeettt! bunyinya. Saat ni, memang mustahil to put Kawasaki Turbo on full halt."Memang tak sempat!!", bentak hatiku.

Kata orang, sejurus sebelum mati, seluruh kehidupan kita akan flash depan mata. Di saat-saat genting tu aku teringat semua perkara-perkara indah yang pernah berlaku dalam hidup aku. Masa riang gembira. Melompat cuba menggapai bintang di angkasa. Melayan bayu yang berpuput lembut. Terjumpa duit RM10 atas jalan. Pegi panjat gunung. Mandi laut. Baring atas rumput. Main gitar kat Sure Pekat. Mengail ikan di Terenggun bersama 2 best friend aku. Menghentak kepala orang yang paling aku hangin dengan helmet. Duduk atas pasir tepi sungai kat Binjai sambil pekena kepak ayam madu. Jamming yang semua lagu menjadi. Bersesak-sesak dalam bas yang penuh dengan awek nak pegi kerja. Kutu tersalah topap tertopap tipon aku. Menerima SMS bunga-bunga yang menyenangkan jiwa. Mendapat komen yang positif untuk post dalam blog. 'Hello World!' aku yang pertama. Berjaya pertama kali ketika mencuba CSS Javascript dan DHTML yang baru. Membaiki komputer dengan sekali sentuhan. Menang tempat ke-dua Lari dalam guni masa darjah 3. Keputusan peperiksaan no.1 dalam kelas masa darjah 2. Belajar sesuatu yang baru. Menapak di dalam hujan. Baring atas katil dalam bilik aku dan membiarkan masa berlalu pergi. Anak-anak kucing comel kat umah aku. Melati mengerling ke arahku. Makan juadah yang lazat. Bangun tido di waktu pagi.. Gitu la lebih kurang mende yang aku teringat. Ada banyak lagi sebenarnya.

Itu jam aku dah tak boleh nak buat apa dah. Hanya berserah kepada takdir je. Walaupun aku tak suka sangat berserah pada takdir ni namun memang dah takde apa dah yang aku mampu buat.
Dengan tayar belakang yang dah lock, Kawasaki Turbo terus menyasar (menyasor kata orang Lipis) menuju ke arah simpang. 50 meter ke arah kiri sebuah Mitsubishi Storm menuju dengan pantas. 100 meter ke arah kanan sebuah Proton Saga, pun menuju dengan pantas. Yang mana satu akan meng-hantam aku hari ni? Aku sudah berada di tengah-tengah jalanraya. Kedua-dua keta dari arah bertentangan tu sudah mula membrek dengan kuat. Bunyi Skreeet!! berkumandang di udara. Pejam mata tak steady, aku membeliakkan mata aku besar-besar...

Nanti dulu.
Kan senang kalau aku tulis satu ayat je:
"Brek motor saya putus hari ni"

Lain kali jangan buang masa baca mende-mende macam ni. Merosot produktiviti. Berapa minit dah masa berharga terbuang di situ? Jadi sekian sajalah pengalaman saya 'Menaik motor dan putus brek di kelajuan tinggi pada hari ini'.
Sekian.
Terima kasih.

Related Post:
Kawasaki Turbo
Claiming Kawasaki Turbo

Melati

Comments

Am said…
nasib baik tak apa2 yg parah ya kmx, kena byk bersyukur ini, ngeri juga bila dengar cerita sebegini, selamat berhujung minggu ya, brek dah betulkan ker
citoe said…
hampagas betol.. bikin panik jer aku membaca.. lain kali pakai brek payung terjun kat blkg.. baru cengkam..
ChikaDior said…
sib baik....
Kumprinx said…
Ya memang nasib baik aku terselamat. Mitsubishi Storm tersebut sempat brek emegensi. Lega..
Shaira said…
Nasib baik tak ada apa2 kemalangan berlaku. Syukur...
eastmail said…
teknik menules apakah ini?tapi seb baek la x eksiden...

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa