The Un-cool Factor

Jadual melepak yang padat seharian memberi peluang untuk aku meng-observe kelakuan dan percakapan orang di sekeliling. Macam-macam peel orang aku dah nengok, ada yang sembang lebat, ada yang stail bisik-bisik, ada yang langsung tak pandang keliling.

Biasa orang akan spot aku mengeluarkan ayat-ayat bangang yang langsung tak signifikan kepada baik perbualan dan situasi. Contohnya:
"Malam ni kita bikin havoc!!"
"Macam ni baru la happening" dll.
Apa kejaddahnya ayat sedemikian rupa?! Ia langsung tak mereflect diri dan personality aku. Apa yang menyebabkan ayat dan line-line sebegitu bangang terpacul dari mulut aku?


Ketika melepak di sebuah gerai makan di Bentong beberapa bulan nan lalu, aku terdengar brader kat belakang aku tengah bercerita kat makwe dia;
"Aku kerja kat sana aku buat hal aku je. Kalau aku letih aku masuk bilik rehat aku tido je. Kadang-kadang tu kalau kerja yang aku kena buat hari tu aku rasa macam tak mengembangkan minda je, aku balik rumah je. Tido lagi best. Supervisor ngan aku dah kamcing giler.."
Amacam? Tak ke poyo gile ayat brader tu? Memula aku gelak dalam hati je. Pastu bila dia dah blah, aku dah tak berapa nak gelak sangat dah sebab dah puas ketawa dalam hati. Hatiku berbisik, "Tobat poyo brader tadi". Ayat-ayat dia tu bermain-main di pikiran aku. Bila teringat je aku tersengih sendirian. Dan selalu aku terkeluar ayat macam tu sebab aku rasa lucu. Dan aku seronok melayan perasaan geli hati aku sendiri.


Korang bayangkan berapa banyak masa yang aku gunakan untuk melepak. Dan berapa banyak pick-up line poyo yang aku simpan dalam archive pikiran aku. Sampai ayat-ayat tersebut meniti bibir aku sepanjang masa sebab aku suka layan geli hati sendiri. Itu tak termasuk lagi filem-filem melayu tempatan yang biasanya penuh dengan 'crap-hole-line. Berikut adalah antara beberapa favourite aku:

Gerak Khas The Movie 2:
"Minah KL dah jumpa minah JB, kita havoc la malam ni!!"
Gol&Gincu
"Shopping ke?"
"A'ah.. shopping sikit"

Ringgit Kassorga
"Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka.."
Jorgho
"Dio keno bedil"
Perempuan Isteri dan..
"Tapi aku nak?!"
Cerekarama TV3 (tajuk dah lupa)
"Tengoklah anak awak ni mah.. ikut perangai awak la tu.."
"Ish nak salahkan kita pulak.."
Gila-Gila Remaja
"Roy..Roy.. Hati kau keras..."
Gerak Khas (Series)
"Mereka tak serik-serik"
KL Menjerit
"Ambik motor cabuk ko tu kejar aku tengok?!"
Penangkal Ilmu Teluh (Indonesia)
"Aneh?! Dari mana datangnya burung itu?"

Aku tak boleh nak elak dari me-recite ayat-ayat macam ni dalam kehidupan seharian aku. Aku memerlukan dos lucu dalam hidup aku. Biasanya aku akan improvise ayat-ayat di atas untuk fit ngan situasi dan penggunaan.
Ya, ayat tersebut memang tak cool langsung.
Tapi bagi aku yang tak cool tu adalah lucu.
Dan lucu itu cool.
Parody itu cool.
Un-cool is
cool.

Ada lagi crap-hole-line?

Comments

alone said…
~filem bujang selamat..18sx - "mari kita jalan jalan dekat tanam .. romen romen atas rumput"

~filem azura - "kembalila kepada kami roy! kau akan jadi ketua kembali"

~ semasa aku kat gig.. ada mamat melayu nie dia tuned kepala dia.. dia cakap ayat poyo sampai hari nie aku ingat.. "aku kalau tak kena barang terase macam menipu diri sendiri"

lupa la pulak.. hardisk kat kepla kecik laa.. nanti aku carik dalam cd yg ayat ayat yg aku da burnkan.. krkrrk.. nice en3.
alone *ralat* said…
ralat bukan tanam.. tapi taman..
ayobkelubi said…
"hek eleh lu poyo lah mamat"

itu contoh ayat shj :)
Kumprinx said…
"aku kalau tak kena barang terase macam menipu diri sendiri"
yang ni boleh jugak aku upload masuk had-disk aku..
hehe..

*update
Gerak Khas (Episod - Naik Pangkat)
"Kau tengok sikit kau tu berapa paku. Aku ni tiga paku"
"Aku skang Sarjan Mejar, SM"
"Kitaorang kalau bab makan ni tak berkira sangat jen.."
"Huarghh huargghhh"
-Samseng india lepas kena berkas.

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu