Champions

Padahal aku bukan champion sangat. Jauh sekali handal. Tapi petang semalam aku meluangkan banyak masa nak buat banner Diges (nengok atas). Banner ni bukan sebarang banner, tapi banner yang akan bagitau post terbaru kat sana. Kalau orang yang dah champion pasal HTML, CSS semua senang je nak buat. Tapi bagi aku ni yang dangkal lagi pemikiran ia sangat susah. Sungguh mencabar. Kejap-kejap kang kena rujuk site, rujuk reference, rujuk buku.
Aku memang into mende-mende yang mencabar. Tapi aku tak into langsung kalau ada orang cabar aku beradu kekuatan apatah lagi cabar aku me-racing motor secara haram.
Setiap hari kita akan berhadapan dengan cabaran. Bercakap tentang cabaran hidup ni adalah satu isu streotype yang aku dah naik mangli nak baca/tulis. Start bangun tido, bangkit dari tido tu adalah satu cabaran yang getir gak bagi aku. Pastu aku akan dihadapi persoalan adakah aku perlu mandi straight, ataupun nengok tv dulu ataupun pekena milo dulu. Bahkan kadang kala bangun je dari tido aku terus mem-pekena asapan rindu (rokok).
Paling streotype dan biasa kita dengar adalah dari mulut2 cikgu, lecturer ataupun pakar motivasi yang mengatakan kita ni sebelum jadi janin lagi dah menghadapi cabaran yang getir. Iaitu 'berenang'. Sepanjang ingatan aku ada la dalam 4-5 kali aku dengar mende macam ni. Lagipun aku haram tak ingat bila masa aku berenang dan jugak aku percaya bahawa perkara yang sudah tu, sudahlah.
Sepanjang hidup aku aku didugai dengan bermacam-macam cabaran yang getir. Truth is, semua orang cakap masalah dan dugaan dia yang paling power sekali padahal pada mata orang lain hek ele.. remeh sangat. Akupun rasa macam tu jugak. Masa kecik aku dah lalui dengan masalah yang tak tertanggung oleh manusia dewasa yang normal. Bila dah besar pun masalah lagi power. Mungkin sebab tu la sahsiah diri aku melampaui usia aku. Maksud saya dari segi kosmetik. Kalau aku cakap kat sapa-sapa aku ni umur 35 tahun sure percaya. Tu la yang buat aku cepat kena mid-life crisis ni.
Cabaran dalam hidup ni best ke tak best ke kita kena terima. Sebab kita hanya manusia. Walaupun aku tau ada masa-masa korang berangan nak jadi Doraemon dan boleh buat macam-macam perkara yang magik (dan kufur). Walhal kehidupan Nobita tu bukannya kompleks sangat. Takde Doraemon pun boleh.
Dan jugak di sini aku juga tak nak cover pasal 'Tips Penyelesaian Masalah' untuk korang. Penyelesaian masalah adalah satu kemahiran yang sangat subjektif yang takde orang boleh ajar korang. Kena training sendiri.
Masalah yang kompleks selalunya datang dari tempat dan masa yang kita least expected. Sering terjadi aku terpana bila diajukan soalan "Nak order minum apa bang?". Padahal restoran biasa kat lipis ni takde la ada sampai 100 jenis kopi. Antara Milo, Neskepe, teh dan Horlick je. Tapi mengapa ramai orang menghabiskan banyak masa berfikir tentang air apa diaorang nak minum walhal jawapan tersebut ada dalam diri masing-masing all along.
Jawapan tu pasti ada. Kalau kita cari tapi tak jumpa, maka kita mencari di tempat yang salah. Signifikan jugak dengan kondisi penulis ketika ini yang berhadapan dengan masalah ke-putusan rokok di waktu malam. Sedangkan kedai 24jam ada di bandar sana. Yang diperlukan hanyalah menapak sikit. Tentu letih. Kang berpeluh, tak selesa nak tido. Nak mandi malas. Sejuk. Nanti kena paru-paru berair. Jangan main-main ngan penyakit paru-paru berair sebab aku ada sorang member yang meninggal dunia secara tiba-tiba sebab penyakit ni (Al-Fatihah). Jesteru tidak merokoklah saya malam ni. Ini adalah contoh terbaik masalah yang remeh, penyelesaian yang remeh, dan jugak gagal diselesaikan sebab alasan yang remeh.
Paling sadis, takut nak menapak ke kedai di waktu malam sebab takut jumpa hantu kat tanah perkuburan zaman kolonial dulu. Sesapa kat Lipis ni mesti tahu pasal kubur suku-sakat Hugh Clifford kat bawak pokok berhampiran dengan Lipis Centerpoint.

Setelah beberapa jam mencuba. Akhirnya aku berjaya jugak buat banner tu. Hoh.. terrer sungguh aku. Padahal pencapaian aku dalam membuat banner ni adalah sangat remeh. Banner tu pun bukan menjadi sangat. Banyak problem lagi. Orang lain sede-sede je boleh buat. Tapi setiap kali berlaku pencapaian sebegini, aku immerse diri aku dalam kebanggaan tu. Dalam kekaguman aku terpesona ngan kebolehan aku. Sekaligus self-confidence aku meningkat satu level. Walaupun sesetengah orang akan cakap aku terlalu membangga diri, tapi aku rasa tanpa self-conscious macam ni aku takkan berada di tempat aku sekarang. Aku takkan ada keyakinan diri macam sekarang. Aku takkan boleh buat apa yang aku buat sekarang. Sebab setiap masa aku tau yang aku dah lalui macam-macam. Dan setiap kali aku meraih kejayaan, aku hormati dan hargai usaha aku tu. Aku bukan macam sesetengah orang yang terlalu merendah diri sampai naik menyampah orang dengar. Mengapa kita terlalu ego untuk menghargai apa yang telah kita buat?
Renungkan sejenak, siapa diri anda sekarang. Bukankah apa yang telah korang alami selama ni menjadikan korang seorang Champion kalau tidak di mata masyarakat di mata kita sendiri? Jangan takut mengakuinya! Walau seremeh mana sekalipun.

Nyalakan rokok. Hela asap dalam-dalam. Hembuskan dengan lembut. Raikan kejayaan kita. Karena kita semua adalah champion!

"If God want to give us a gift, He wraps it in problems"


(Sh*t man.. x jd pulak bannernye..)

Comments

Am said…
laaa ingat dah jadi tadi hehehehe
eastmail said…
maken ari maken kecik la pule tulesan kamu kmx..

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa