Diari Kutu Lepak Handalan


Biasa aku start tido pukul 4.00 pagi. Ini menyebabkan aku bangun sekitar 12 tengahari. Ada sesetengah kes aku bangun pukul 4 petang. Biasanya aku akan bangun pagi, dan sambung tido balik waktu petang. Tapi ada satu kes yang pernah dilaporkan, aku bangun pagi, sambung tido balik pukul 12 tengahari, dan bangkit semula pada pukul 9.00 malam. Itu jam aku keliru nengok hari gelap. Entah pagi ke entah malam.

Hari aku bermula dengan chores biasa seperti gosok gigi, mandi dan sebagainya. Lepas bangun tido jugak aku melakukan aktiviti buang air sambil isap rokok yang ke-best-an nya tak ternilai bagi aku. Bagi aku aktiviti ini memberikan aku ruang masa aku sendiri dan meng-isolate diri aku dengan dunia luar supaya aku dapat fokus kepada ponder perkara yang terpaling halus dan merangka keseluruhan aktiviti aku sepanjang hari nanti. Ada jugak sesetengah kes aku membaca buku sejurus selepas bangun daripada tido untuk menimba ilmu dan menambahkan pengetahuan. Time aku bangun tido jugak ngam-ngam time tu la rancangan Oprah ke udara. Jadi aku terpaksa nengok. Kadang-kadang best jugak. Kalau aku terjaga awal pagi, aku akan melakukan brisk walk di sekitar bandar Lipis ni untuk meningkatkan stamina tubuh badan dan supaya balance dengan tabiat merokok aku yang heavy tu. Ada sesetangah kes, lepas bangun tido je aku terus pekena mee kari kat kedai pakteh sana.

Dah siap mandi seme, aku akan turun ke ibusawat (cybercafe) untuk layan komputer ataupun main game PS2. Jika saya menghadap komputer maka takkan ada habisnya perkara yang aku nak buat. Dan perihal main game pulak aku main game secara sistematik. One game at a time. Cari game power dan main sampai habis. Baru main game lain pulak. Kemudian aku akan balik rumah dan makan nasik. Lepas makan nasik besar kemungkinan aku akan tido balik untuk cover waktu tido aku (kalau aku bangun pagi). Ada sesetangah kes, lepas makan nasik aku akan sambung balik main game ataupun layan komputer.

Menjelang petang kalau ada kutu datang melawat aku, aku akan mengajak mereka pekena minum kat kedai bawah sana untuk nengok orang lalu lalang dan berbincang mengenai perkara current effect. Lepas lepak bawah sana, biasanya aku akan terus mengorak langkah pegi studio untuk jamming. Jamming adalah perkara yang penting bagi aku. Kalau lama tak jamming bisa membuatkan aku gila meroyan dan meracau seorang diri. Kadangkala ada ramai kutu kat (privately owned) studio tu menyebabkan aku cenderung suruh diaorang main dan memberi peluang untuk aku berkaraoke. Kalau takde orang, aku ngan Mael akan berlatih pattern-pattern dan lagu-lagu baru.

Lepas jamming (biasanya 7 petang) kalau tak melepak umah Mael sampai tenggelam matahari, kitaorang akan mengorak langkah ke kedai Rapi untuk pekena neskepe'o sampai malam. Kemudian kami akan bersurai. Aku balik umah. Kalau ada nasik kat rumah aku makan nasik dulu, mandi-mandi seme dan keluar balik menyambung perjuangan melepak. Ada beberapa lokasi melepak di waktu malam ni seperti Ali Kapak, Alamanda, Uptown dan Bt.2. Kalau boleh aku memang nak melepak sampai pagi, tapi memandangkan kutu lain semua bekerja pada siang hari esoknya, maka kitaorang terpaksa bersurai jam 12.00 malam.

Balik ke rumah aku akan terus mendapatkan komputer. Baca berita, nengok blog, update, edit gambar, jalan-jalan sana sini. Bukai kedai baru, nengok e-mail, nengok gambar. Aktiviti berinternet aku majoritinya melibatkan research untuk program kewangan aku dan belajar mende-mende yang aku nak tau dan perlu tahu seperti PHP, Pearl dan CSS. Aku gemar meneroka ruang eksploitasi baru untuk si-implement kan ke blog ataupun website. Chatting jauh sekali.

Akhirnya pukul 3 pagi baru aku balik rumah. Ini kerana aku melimitkan masa aku berinternet (research, buat page baru) hanya 3 jam sehari. Sebab nanti kalau aku dah berjaya aku boleh sembang lebat kat orang lain "Hek ele.. aku kerja hadap komputer 3 jam je sehari.." Pukul 3 tu aku tak tido lagi. Sekali lagi aku akan meneruskan baca buku. Sebab aku nak perkara yang aku baca tu berada last sekali dalam aktiviti berjaga aku supaya otak aku dapat absorb sepenuhnya waktu aku tido. Lepas tu barulah aku tido dengan tingkap yang terbuka luas, kipas speed no.2 dan kabus pagi menerjah ke dalam bilik aku.

Bila aku terjaga keesokan harinya, semua ni akan bermula sekali lagi. Cuma anomaly berlaku hari selasa di mana petang tu kalau ada duit lebih sikit aku akan melepak di KerpanWalk. Dan hari jumaat aku jenjalan kat pasar malam.


Mungkin bagi sesetengah orang, melepak sepanjang hari adalah sangat boring dan membuang masa. Tapi bagi orang macam aku ni apa lagi yang nak dibuat selain daripada melepak? Bagi aku melepak ni adalah satu seni yang perlu dihargai dengan sepenuh hati. Tak boring ke? Mana ada boring. Aku berpegang teguh kepada kata pujangga seorang pendita yang berbunyi "Takkan kamu merasa gundah gulana jika kamu sekalipun tidak merasa bosan dengan apa-apa sekalipun walaupun hanya berbaring melihat langit membiru dan awan yang berubah bentuk" - Kumprinx (2000)

Ada 2 keadaan. Yang pertama aku banyak duit dan boleh beli rokok sekotak. Keadaan yang satu lagi tu aku tak berapa ada duit sangat dan terpaksa bergantung hidup kepada rokok batang. RM0.50 sebatang. Tapi biasanya aku ada kurang dari RM5 dalam poket aku. Nak ikutkan belanja harian aku abis minimum seringgit sehari iaitu untuk beli rokok 2 batang. Dan biasanya RM6-7 inggit gitu untuk beli rokok sekotak dan neskepe'o 2 gelas. Itu je yang aku perlukan. Lain tarak.

Ya aku memang sengkek orangnya. Duit takde, melepak kuat. Aku ingat orang sekitar pun dah mula saspek kat aku. Tertanya-tanya aku ni kerja mende. Walhal kalau ada orang tanya aku gembira menjawap bahawa aku tak bekerja dan menghabiskan sisa hidup aku dengan melepak. Tapi bila aku senang sikit, makan besar kat kedai ke, isap rokok kotak besar ke orang akan pandang slack dan merasa dengki.

Aku hidup di pekan kecil bernama Kuala Lipis yang penuh dengan orang-orang gila. Hari berlalu dengan sangat slow kat sini. Takde kejadian tembak menembak, rompakan bersenjata dan aksi kejar mengejar ngan keta. Yang ada cuma orang-orang yang rasa dia lebih best daripada orang lain. Hasad dengki adalah nama ke-2 bagi setiap penduduk kat Kuala Lipis ni. Mesti dengki ngan sesiapapun. Tak boleh orang senang sikit. Nak-nak kutu lepak macam aku ni. Tak boleh aku hidup dalam kemewahan padahal aku tak bekerja. Bila orang lain lebih diaorang dengki dan bila dia sendiri lebih, dia akan up sampai orang lain pun dengki jugak.

Aku jugak tak punya ramai kawan sebab aku tak berbual dengan ayat-ayat crap-hole. Aku tak ambik tahu hal orang lain dan aku tak bercakap perkara-perkara yang tak berfaedah. Aku juga tak membuang masa untuk menyiasat latar belakang sesiapa, dengki kat sesiapa dan tak juga mengambil tahu mengenai gossip-gossip terkini. Aku juga tak ramai kawan sebab aku takde masa nak merempit naik motor laju-laju, mengacau awek-awek di jalanan. Aku juga tak ramai kawan sebab aku tak bercerita dan tak mengambil tahu mengenai hal-hal yang di luar kemampuan aku contohnya dalam bidang permotoran, spoiler kereta, ekzos kecoh, telefon bimbit model terkini dan pakaian fesyen yang paling latest.

Aku memandu motor cabuk (yang laju) dan sungguh buruk rupanya. Orang biasanya akan memandang jelek. Kereta nak keluar simpang pun tak tunggu aku lalu dulu, terus main tibai je. Aku tak mampu nak repair motor tu. Nak beli roadtax, nak tukar lampu depan/belakang. Jauh sekali nak solek cantik-cantik. Ini menyebabkan polis cenderung menyaman aku setiap kali. Semuanya sebab aku tak mampu nak biaya itu semua (baikpulih) dan mereka menambahkan lagi beban hidup aku dengan suruh aku bayar saman dan naik mahkamah. Kadangkala mereka menarik motor aku ke balai dan lagi susah hidup aku kalau jadi macam tu.

Aku jugak memakai telefon bimbit model 'zaman toru' yang dah hilang tanda button dia. Entah mana satu no1 mana satu no9. Butang no.8 dan no.3 jugak sukar ditekan dan ada sesetengah kes, sampai patah kuku aku menekannya. Bila aku bercakap dengen telefon aku ni, orang lain yang memandang akan terus bawak keluar telefon bimbit model terkini-mp3-bluetooth-banyak video lucah diaorang supaya diaorang rasa lebih superior dari aku.

Mana sumber pendapatan aku? Takde. Aku tak makan gaji jauh sekali makan rasuah. Cuma kadangkala ada orang mintak aku taip surat ke, repair komputer ke apa ke, itu je lah sumber pendapatan aku.

Dengan kehidupan minimalis aku ni, biaya kehidupan aku sedikit. Dan aku gembira dengan hanya ada RM5 je dalam poket aku pada satu-satu masa. Aku menggunakan segala resource yang aku ada dengan planning dan strategi yang licik. Aku tak perlu terkejar-kejar pegi topap henset, bayar itu bayar ini. Aku pastikan semuanya simple dan mudah supaya tak banyak hal yang timbul.

Rancangan masa depan? Aku ada rangka rancangan yang paling besar yang akan berlaku dalam masa 5 tahun yang akan datang ni. Lepas tu aku akan bersara dan settle down kalau umur masih panjang. You wont belive what i have in store. Buat masa ini, inilah jalan kehidupan aku skang ni. Penuh keseronokan, debaran, excitement dan penuh crap.

Mungkin ada sesetengah orang yang merasakan yang hidup aku ni penuh crap, tak berfaedah, tak menyumbang kepada masyarakat dan good for nothings. Selagi aku pekakkan telinga dan buat tak peduli aku akan bahagia. Aku rasa hidup aku ni lebih best daripada hidup diaorang yang jadi hamba gaji, hamba makwe, hamba kereta, hamba bil, hamba style terkini, hamba kad topap dan hamba politik. Mengetahui aku memacu hidup aku tepat sebagaimana yang aku nak, dan tak pernah gagal, memberi keyakinan kepada aku untuk meneruskan hidup.
Hidup secara minima
Hidup dengan penuh riang gembira
Hidup dengan penuh ambisi dan matlamat
Hidup di antara mereka yang jiwanya telah lama mati
Hidup sebagai kutu lepak handalan

and i love.

every.

fucking.

second.

of it!


"Menyanyi lagu bukan dangdut asli tapi yang penting kita hepi"


Extra: Kuala Lipis Page by Kumprinx

Comments

esbradz said…
aku pun kutu gak!
dulu..kini dan selamanya
tapi aku tetap pastikan kulit kepala aku sentiasa bersih wangi! elakkan kutu!~
..ahaks
Kumprinx said…
kutu suka kepala yang bersih (sangat). ko jgn memain.. hehe

Hidup Kutu Bersatu!!
eastmail said…
inilah namanya kutu yang ade misi,visi..ermm..bagus2..
esbradz said…
syial la!
ni kena hari2 shampoo gamaknya!
..hahaha

tempat kau ada Persatuan Kutu ke? tempat aku ada! tetapi ttp ada wawasan!

wei! buat la Hari Kutu SeMalaysia..kumpul semua 'kutu-kutu' kat m'sia ni!
Kumprinx said…
Haha..
nanti aku buat.
buat registration dulu.
banci kutu semua.
cukup dalam 2-3 ratus orang gitu kita buat convention Kutu Se-Malaya!
esbradz said…
no hal dude!
gua leh tolong banci gak!
walau gua kutu pun, gua tetap minat Ramlah Ram dari dulu beb!

idea gua:
buat convention kat PWTC! kat kaki lima PWTC pun ok beb! paling cikai pun kat KL Convention Centre!..selamba je

Bersama kita menjayakan Hari Kutu Se-Malaysia buat julung kali
musnaz said…
oh, terharu aku akan kebebasan dan paradigma yang ko miliki. giler jeles aku!

tu lah, macam mana lah kita nak jadi hamba Allah yang disayangi kalau kita dok sayang jadi hamba-hamba yang 'lain' tu kan, isk isk...

semoga ko maju jaya hingga ke akhir hayat.

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu