Kumprinx Home Remedies Part 2

Setahun tak pernah pegi hospital tak bermakna aku tak jatuh sakit sekali sekala dalam hidup aku. Namun demikian aku sering meng-apply trick rawatan buatan sendiri aku yang murah dan berkesan. Sekali lagi aku ingin nyatakan di sini bahawa, AKU BUKAN DOKTOR!

Sakit Otak
Sakit otak jenis ni berpunca daripada makan ABC ataupun aiskrim bertubi-tubi. Zaman dulu bebudak kampung datang Kuala Lipis nengok wayang. Sebelum nengok wayang mereka akan pekena ABC ngan Mee kari dulu kat satu mapley kat atas bukit sana. Bila wayang dah start ada sesetengah kes yang pecut terus lari, tinggal je mee kari tak habis. Dan ada jugak yang sokiu makan ABC tu laju-laju. Inilah yang menyebabkan sakit otak. Bila sakit otak macam ni berlaku, tekan lidah korang ke langit-langit mulut korang. Biar tutup semua permukaan. Dengan ini korang akan transfer haba dari lidah tu ke langit-langit. Bila makan ABC laju-laju, saraf kat lelangit tu akan menjadi terlalu sejuk, otak korang ingat dia pun sejuk sekali. Takut menjadi beku, otak korang akan memanaskan otak tu secara otomatik untuk mengelakkan beku. Sakit otak terjadi apabila otak kita ter-overheat.

Luka Ringan
Hek ele.. luka ringan ni kategori dia adalah tak sedalam satu inci dan tak sepanjang lebih dari 10cm. Cuci pakai air, dan aku selalu guna antiseptik cap Basidin. Nama dia menarik macam Baharuddin sebab tu aku seronok guna. Pastikan bersih sepanjang masa. Selalu tukar balutan/cuci. Jangan biar sampai bernanah.

Sengal
Orang kampung aku panggil 'Senyo'. Sengal biasa berlaku di bahagian kaki sebab terlalu lama buang air besar kat dalam tandas. Kadang2 tu bukan buang air besar sangat, tapi sebab baca majalah dan isap rokok menyebabkan masa yang lama digunakan dalam tandas. Pabila duduk untuk jangkamasa yang lama juga akan menyebabkan sengal. Sengal rasanya tidak best dan macam ada jarum cucuk kulit korang. Jika sengan di bahagian tangan, ubatnya adalah goyangkan kepala anda ke kiri dan ke kanan cepat-cepat. AMARAN!: Jangan sampai terkehel. Sengal disebabkan tekanan pada saraf-saraf di tengkuk. Kita kena longgarkan balik tekanan tu. Kalau sengal kat bahagian kaki, amik Hulahop dan lakukan senaman Hulahop. Menari twist dan gelek gerudi juga berkesan sebab tekanan di bahagian bawah badan menyebabkan sengal kaki.

Habuk masuk mata/ Mata masuk habuk
Mata masuk ke dalam habuk memanglah perkara yang bohong dan merepek sebab mana muat nak masuk. Tapi masih ada lagi yang guna ayat tu. Yang sebenarnya adalah 'Mata dimasuki habuk'. Mata masuk habuk time sedang memecut di atas motor memang berbahaya dan silap haribulan boleh membawak eksiden. Pabila mata korang dimasuki habuk, isi pinggan dengan air, kemudian menyelam dalam pinggan tu sambil kelip-kelip mata. Memang seronok kalau dapat kesan apa dia yang masuk dalam mata kita tu sebab ia akan terjatuh ke dalam pinggan. Ambik habuk tersebut, balut dalam kain kuning dan letakkan di atas busut jantan. Tiada apa-apa yang akan berlaku.

Liat bangun tido
Memang susah nak bangun tido terutama sekali bila hari hujan. Bila terjaga, terus minum minuman yang manis (jus oren, milo, neskepe) dan lantas nyalakan rokok sebatang. Kita susah nak bangun sebab badan kita masih dalam keadaan rilek dan jantung kita pun slow. Rokok akan meningkatkan pace jantung anda dan seterusnya mengalirkan darah ke seluruh badan dengan lebih cepat. Anda akan berasa lebih segar dan bertenaga.

Insomnia/Susah nak tido
Susah nak tido sering berlaku pabila kita berasa gelisah dan banyak problem. Dalam ketakutan ataupun menunggu waktu interview/baca akad nikah keesokan harinya. Tak cukup tido akan menyebabkan kita berasa lemah dan tak bertenaga keesokkan harinya. Dalam kes sebegini, korang pegi Klinik Sulaiman kat Lot8 Lipis Centerpoint dan beli ubat batuk cap 'Hitam Punya'. Bila dia tanya terus cakap "Saya ni memang Mat Pet" sebab ramai mat pet melepak depan klinik dia beli ubat. Dan minum separuh botol. Anda pasti akan mengantuk dan terus 'out'!
Satu cara lagi adalah mandi air panas. Otot-otot dalam badan anda akan berasa lebih relaks dan cepat mengantuk. Kalau tak jalan jugak, sila baca buku teks Kimia untuk SPM. Works everytime.

Rambut Beruban
Rambut beruban menandakan anda telah menjengah senja dan takde ubat untuknya. Cuma jaga tingkahlaku anda dan perbanyakkan amal ibadat.

Itu sahaja untuk post Encore- Kumprinx Home Remedies. Ingat, gua tak tanggung apa-apa kesan sampingan yang berlaku. Sentiasa amalkan cara hidup sihat dan makan makanan yang berkhasiat.

Comments

Bunga said…
walo agak sulit utk mengerti bahasamu tp akan kucoba caramu utk menghilangkan 'susah nak tido'. krn sudah beberapa hari ini aku sulit tidur. nice to find ur blog. salam kenal...
meera said…
tak yah ikut petua ko... aku baca je pun dah ilang sakit, cuma yg tinggal sakit rahang, terlalu banyak gelak... ko ada ubat tak?
Kumprinx said…
Dalam sesetengah kes, sakit rahang datangnya daripada memakan mende yang masam atau apa-apa sahaja perkara yang bisa mengejutkan deria rasa dalam mulut kita. Orang panggil 'keng'. Sakit rahang tiada ubatnya.. hehe..

Salam kenal, bunga.

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa