BOTB: The game is On


Aku baharu sahaja balik daripada studio Eddie (penganjur Battle Of The Bands Kuala Lipis), aku nengok kat noticeboard dia ada senarai band-band yang masuk bertanding sabtu ni. Semuanya ada 23 band! Gilebabi banyak. Tak sangka saya.
Gua ingat ada la dalam 10 ke 15 band ke, tapi dalam kes ini, ada 23 semuanya. Maksudnya sabtu nanti ada 22 lagi drummer handalan aku nak kena lawan. Takde can rasanya.

Minggu akhir pertandingan kugiran memang seronok. Malam-malam banyak band jamming. Tepi-tepi jalan ada bebudak main gitar kapok. Band-sama band saling bertanya "Korang masuk tak ni?". Dan ada sesetengah kes bila aku tanya cakap tak masuk, sedar-sedar ada nama kat senarai band. Konon nak buat suprise.

Time ni jugak ada sesetengah individu menye-spy aktiviti jamming kitaorang demi untuk menyiasat lagu apa yang kitaorang akan bawak nanti. Tak penah-penah datang studio tetiba datang. Namun aku jugak cenderung melawat studio Eddie untuk menengok band-band prektis. Hehe sama jugak. Aku pun macam spy jugak ek?

Untuk pertandingan kugiran kali ni aku tak berharap sangat. Ekoran daripada Battle of The Fcukinghell ari tu. Itu hari kitaorang dipergunakan untuk menge-test setting equipment tu. Dah la band first sekali main, band kitaorang jugak adalah band yang kira 'odd one out'. Genre yang kitaorang bawak tak selaras ngan genre semua band yang bertanding. Jadi barangkali tak kena ngan jiwa pengadil tu. Mungkin sebab kitaorang tak pakai seluar kulit ular. Kalau nak cerita hangin aku pasal BOTB tahun lepas mungkin tak habis. Kali ni kitaorang masuk sebab kitaorang memang support mana-mana music event kat Kuala Lipis ni. Dan sebab nak join jugak keseronokkan pertandingan kugiran. Kalau nak menang mungkin tipis harapan.

Band macam kitaorang ni susah nak mendapat perhatian (dan susah nak menang) dalam arena musik Kuala Lipis ni. Dalam playlist kitaorang takde lagu Pak Belalang, Jinbara, Amuk, May, dan lain-lain. Kalau bawak jugak semata-mata nak aim menang pertandingan kugiran, saya rasa sungguh tak seronok. Memang takde cara nak aim pemarkahan tu tanpa melupakan minat dan passion terhadap apa yang kitaorang betul-betul into.

Macamana pengadil tu nak nilai kitaorang nanti? Bila kitaorang bereksperimentasi, diaorang cakap kitaorang main tibai je. Bila aku terbalikkan sikit pattern drum,atau bila gitar cuba nak improvise diaorang akan cakap kitaorang buat kesilapan. Bawak lagu yang pelik sikit, terus tak nak dengar. Langsung tak nak kaji estetika, arrangement, melodi dan lain-lain hanya kerana diaorang tak pernah dengar lagu tu. Laju dan heavy sikit, terus cap black metal. Tak pun skinhead. Sekabar Metro punya pasal la ni. Huii.. susah beb..

Bukanlah mengangkat bakul yang sendiri telah masuk dalam. Kitaorang pun bukan handal sangat. Bukanlah merendah diri tapi sedar akan kelemahan diri sendiri. Aku sendiri tak boleh buat solo drum yang bergulung-gulung. Gitaris kitaorang belum lagi terrer goreng sampai hangit. Tukang nyanyi pun kadang-kadang tak sampai note dan dalam sesetangah kes, keluar suara ayam.

Namun atas dasar minat yang mendalam terhadap muzik, dan saya sendiri berasa sungguh seronok bermain drum itu. Maka kitaorang masuk jugak pertandingan kugiran kali ni. Dalam keadaan kewangan aku yang sungguh kronik skang ni, duit hadiah pertama Rm500 tu dah kira banyak sangat dah. Sapa tak nak RM500? Tapi nak kena rebut dari 22 lagi band lain. Tak menang takpe asalkan peristiwa hitam Battle of The Fcukinghell tak berulang lagi. Itu jam tak menang aku jadi hangin.

Oh ye, lupa nak bagitau, venue pertandingan dah ditukar dari Lipis Centerpoint ke Dewan Residen. Aku ingat boleh la turun dari katil terus bertanding, tapi terpaksa jugak naik Kawasaki Turbo ke tempat pertandingan. Habis la rambut aku nanti kena pakai helmet. Hehe..

2 ahli pasukan kitaorang takde kat Kuala Lipis. Dah keje Kolumpo sana. Tinggal aku ngan Mael je kelentung-kelentang training. Diaorang dijadualkan balik hari Jumaat ni dan kitaorang hanya berpeluang training bersama pada malam sebelum pertandingan tu je. Aku jugak akan menggunakan snare besi dengan skin guni beras sahaja kerana tak mampu nak tukar skin.

Jadi secara keseluruhannya penyertaan kitaorang dalam battle of the bands tahun ni kemenangan is not in our favour. Janji rock. Janji kelentung-kelentang ketuk drum. Janji dapat perform. Memeriahkan suasana. Memandangkan kitaorang dah tau memang tipis nak menang hatta saguhati sekalipun orang mesti tanya buat apa masuk? Membazir RM30?

Dengar lagu sampai beribu-ribu kali nak cari note/tab.
Main lagu yang sama beratus-ratus kali nak bagi perfect.
Menghafal setiap strike/hit yang perlu dilakukan sampai tertekan jiwa
Perasaan teruja masa tunggu giliran nak perform.
Jantung yang berdebar-debar time nak naik pentas.
Rembesan adrenalin yang berjiba-jiba time nak start main.
Kelegaan yang tak terhingga bila semua dah setel dengan jayanya.
Padih ulu hati nengok band lain lagi power.
Ek ele.. seronok apa masuk pertandingan kugiran..

Battle of The Fcukinghell

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa