Hapdet Terkini Suku Ke-3 Bulan Mac 2006

Eksiden
2 hari nan lalu masa aku nak pegi Tempoyang naik motor tetiba aku nampak ada traffic jam kat depan kubur Kristian Kuala Lipis. Langsung tak munasabah dan masuk akal kat Kuala Lipis ni ada traffic jam. Memula aku saspek ada sekatan jalanraya. Rupanya ada eksiden. Itu jam van ambulan baru blah angkat mangsa. Masa aku lalu kat tempat eksiden tu aku nampak sebuah keta yang kemek bumper depan, kaca-kaca bertaburan di atas aspal jalan dan paling sadis sebuah motorsikal (yamaha Y80 rasanya) berbentuk lapan (8). Totaled. Jiwa aku tak dapat bayangkan macamana la keadaan penunggang motorsikal tu. Saya harap dia selamat.

Kebakaran
2 hari nan lalu jugak ketika balik daripada Kedai Rapi di Bt.2 sana aku berhajat nak pergi ke bandar jalan-jalan. Secara misterius, jalan masuk ke bandar ditutup dengan kon-kon. Saya berasa sangat misterius. Setelah mengusyar lebih kurang, saya dapat tahu ada kebakaran kat bandar sana. Kedai yang terlibat adalah sebuah pejabat guaman, kedai emas kat bawah dia dan restoran Subah. Pihak berkuasa bertindah menutup jalanraya supaya takde orang pegi rembat emas kat kedai yang terbakar tu dan sekaligus menyebabkan pe-rembat tu terbakar jugak. Kebakaran berjaya dikawal dan tiada jiwa yang terkorban. Skang ni persoalannya, siapa yang pegi main bunga api kat pejabat guaman petang-petang hari? Saya rasa ini perbuatan khianat. Tengahari semalam juga terdapat Unit Penyiasat Kebakaran Jabatan Bomba berada di tempat kejadian untuk.. err.. menyiasat punca kebakaran. Beberapa gossip tempatan juga mengatakan bahawa kedai sengaja membakar dirinya sendiri sebab nak claim insuran ekoran daripada bisnes yang tak berapa jalan. Saya tidak akan komen dengan lebih lanjut lagi.

Fury's New Skin
Nampak gayanya tak jadilah band kitaorang nak pakai snare skin guni beras dalam BOTB sabtu ni. Gitaris utama telah mengambil inisiatif membeli sekeping skin baru jenama Everplay (anak syarikat Remo di Taiwan). Skin yang clear dan saya berasa janggal sebab boleh nampak bahagian dalam snare tu. Saya juga telah berkira-kira nak cat bahagian dalam snare tu dengan corak-corak yang psychedelic.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput semua orang datang ke Dewan Residen, Kuala Lipis Pahang hari Sabtu ni start pukul 10.00 pagi untuk memberi sokongan kepada band kami Fury.
-Bawak banner/manila kad
-Awek sila pakai seksi
-Jerit-jerit nama ahli kumpulan supaya pengadil lebih yakin

Lirik untuk dihapal:
Korus dari lagu Kau Kunci Pintu Hatiku, Ku Kunci Pintu-Fury
Hatiku meronta-ronta
ingin menceritakan sesuatu yang tersimpan
tetapi aku masih keliru

Comments

mushluv said…
takziah aku ucapkn, atas segala kesulitan dan kegagalan yg berlaku.. tkpe, coba lagik.. aja!! aja!! fighting!!

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa