Hapdet Terkini!

Kari Ikan Auntie Jaga Tandas
Aku selalu buat-buat tak sedar bila keluar dari tandas centerpoint ni. Demi untuk mengelakkan dari kena bayar 3posen. 3posen bukan banyak, tapi kalau dah 4 kali masuk tandas boleh cecah RM1.20. Harga segelas neskepe'o ais. Pepehal auntie yang berusia dalam lingkungan 50-an tu mesti sound "Dey, tak mau bayar ka?!" kuat-kuat sampai drop my water face di khalayak ramai. Dia memang cukup pantang kalau aku tak bayar tandas dia.
Hari tu aku datang dia tengah makan nasik dalalam bekas besi.
"Haiya.. auntie, baru makan ka?"
"Ya la.."
"Makan apa?"
"Woo.. ini kari ikan.."
"Bestnye.."
Dia makan nasik ngan kari ikan. Nasik dia oren pekat kena kuah kari tu. Bau rempah ratus kuat menusuk hidung aku. Nak-nak time auntie tu gigit tomato yang merah pekat sampai merecik jus tomato tu. Pehh.. kelihatannya sangat sedap.
"Auntie, nak sikit.."

Hilang Motor
Malam semalam ada satu kes kehilangan motor dilaporkan oleh Pakcik Banner Lebih kepada aku. Walaupun aku tak into sangat kata-kata Pakcik Banner Lebih ni sebab dia sembang lebat sangat namun aku lega jugak sebab bukan motor aku yang kena curi.

Takde Karan
Semalam juga berlaku satu black-out selama beberapa jam di Kuala Lipis. Itu jam aku tengah melepak kat Kompleks Alamanda (Cawangan Lipis) tetiba gelap gelita sampai ada makcik jerit-jerit histeria. Mujurlah aku ada lighter ajaib yang ada lampu kaler biru. Menjelang pagi baru ada balik karan itupun aku dah tido sebab kecewa tak dapat sambung racing keta NFSMW.

Buang Bayi
Semalam jugak ada kes buang bayi dilaporkan. Seorang kutu telah membuang bayi perempuan di tapak pelupusan sampah Kampung Tempoyang. Bayi itu ditemui masih hidup (nasib baik) dan dikerumuni semut. Sesiapa yang mengenali kutu yang bertanggungjawap buang bayi ni sila membuat laporan kepada saya kerana saya ingin memberikannya sekeping pelempang.

Jangan lupa episod terakhir BOTB esok jam 5.30 petang

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa