Kumprinx Visits The Newly Opened Mini Zoo

Pada hari sabtu yang boring semalam, aku dan Mael berhajat untuk melawat Mini Zoo Kuala Lipis yang baru dibuka minggu lepas. Minggu lepas aku terlepas majlis perasmian zoo ni sebeb.. err.. bangun lewat. Namun demikian aku tak ralat sangat sebab rasanya takde acara makan-makan free.

Mini Zoo ni dibina di tengah-tengah hutan terletak di Bukit Bius. Beberapa tahun nan lalu zoo ni ditutup sebabnya aku tak tau mengapa. Mungkin bajet nasik goreng ayam untuk bagi makan beruang tu terpaksa dipotong. Zaman dulu jugak Mini Zoo Kuala Lipis ni menjadi port lepak yang paling best sekali sebab:
-Kanopi rimba memberikan udara yang nyaman dan sejuk bila time panas.
-Banyak haiwan eksotik
-Yuran masuk murah
-Ada kedai jual Super Ring, Chicken Ring dan Tam-Tam.
-Kalau korang beruntung hari tu, lawatan korang akan clash dengan rombongan Persatuan Ratu Cantik Kechau Tui.

Penutupan Mini Zoo ari tu adalah sesuatu yang sangat mengecewakan sebab zoo ni berpotensi besar sebagai satu tarikan pelancongan. Jesteru pabila aku dapat tahu ia akan dibuka semula, saya sangat hepi menjadi. Karena mini zoo ni adalah last resort kalau takde mende sangat dah nak dibuat time tengahari/petang yang panas terik bisa naik rentung kulit.

Selepas mempekena nasik goreng ayam kat Kedai Sup Gearbox Kema di Taman Pertama, aku ngan Mael mengorak langkah ke Mini Zoo. Ada brader sorang duduk depan entrance zoo tu tukang jual tiket. Tiket berharga RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.

Bila first time masuk korang akan notice sekor burung kakak tua warna putih dan ada jambul warna kuning. Dah la duduk dalam sangkar, kaki kena rantai pulak tu. Namun saya tak berminat terhadap burung kakak tua ni (waima cantik) sebab dia tak mengajuk kata-kata aku yang berbunyi "Kuu kuu kuu..".

Kendian ada seekor cicak raksasa (iguana?) yang nampak macam dah menopause. Saya rasa kulitnya bisa tukar-tukar kaler. Cicak ni tahan sikit sebab dia agresif dan mengajuk cakap saya. Depan iguana ni ada satu kandang kosong yang takde atap, cuma pagar keliling je. Saya rasa itu adalah kandang singa dan singanya dah terlepas lari. Jalan depan sikit ada landak 2 ekor tengah melepak dan takde langsung nak beraksi untuk pelawat. Tak lupa jugak sepasang burung merak yang ada bulu kaler-kaler dan sering up bulu dia. Tau la cantik.

Pastu ada 2 kandang yang sangat sia-sia sebab letak burung merpati. Setakat merpati, kat kedai kuning sana banyak. Pastu ada musang, dan satu lagi spesis musang yang berlainan pulak tidak jauh darinya. Paling power adalah 2 ekor burung helang Winston yang curious dengan pelawat. Haiwan macam ni yang aku suka sebab dia datang kat kita. Dan kalau takde sangkar tu besar kemungkinan dia akan hinggap atas bahu. Sampai pusing-pusing kepala helang tu nengok aku.

Di satu bahagian lain pulak ada tupai kaler-kaler (hitam/putih/perang). Ada la dalam 3 ekor gitu tak silap saya dan asik tido je tak peduli orang yang melawat. Line ni jugak ada 2-3 ekor lagi musang. Saya saspek itu adalah musang pulut, tak pun musang berjanggut. Hujung sikit ada arnab sekor dan seekor anak monyet yang comel.

Di bahagian tandas zoo ni adalah kawasan baru (dulu takde) diaorang letak sepasang.. err... emm aku dah lupa namanya tapi kemungkinan besar lembu tak pun kambing. Besar sikit daripada kambing. Macam kuda pun ada tapi yang jantan ada tanduk. Dan kalau sembelih kedua-duanya boleh buat kenduri besar jemput semua penduduk Taman Lipis Baru makan sampai kenyang.

Kemudian ada lagi seekor monyet dan depan monyet tu ada 2 ekor binturong yang agresif dan ganas. Mereka sering menerkam ke arah kanak-kanak kecil dan mereka akan menangis ketakutan. Dah la gigi tajam dan bulu macam hantu. Perangaipun serupa hantu.

Kandang beruang sepatutnya menjadi grand finale lawatan korang. Namun saya kecewa sebab beruangnya baru setahun jagung. Kecik lagi. Ada sesetengah kes yang dilaporkan, kalau kita masuk tangan dalam kandang ni, pastu beruang tu dapat tangkap, mereka takkan lepas selagi tangan tu tak putus. Lepas kandang beruang ni, ada kandang rusa Santa Clause. Saya menjadi hangin sebab mereka bertempiaran lari bila nampak aku.

Kemudian aku chow ke tengah zoo ni sebab ada tempat duduk dan kipas syiling yang pasang no.5. Kat sini ada ikan arowana sekor (yang baru setahun jagung jugak). Ada jugak seekor ular sawa batik yang hek ele.. besar 3 jari je.

Overall kalau nak dibandingkan mini zoo yang dulu lagi power daripada yang skang ni. Skang ni haiwan tak banyak sangat tapi saya rasa mungkin akan bertambah sedikit masa lagi. Nasib baik yuran masuk RM2 je. Kalau mahal lagi maka saya tak rekemen korang pegi.

Jadi kalau korang takde apa nak dibuat (menyasor) di hari ahad yang panas terik, saya sajes pegi melawat Mini Zoo Kuala Lipis. Pembukaan semua Mini Zoo ni adalah sesuatu yang memberansangkan untuk industri pelancongan Kuala Lipis. Dan saya juga berharap area Bukit Bius ni terus dibangunkan sebab portnya memang menarik. Cuma jangan tebang banyak sangat pokok je.

Comments

nicknuck said…
hoh..ade mini zoo ekk...tak tau plak aku...hehehhe...mmg la, aku bukan orang sana...
Kumprinx said…
ya.
zoo.
mini.
zoo kecik je..
efandi said…
best gak ader mini zoo. wildboar takder ke?

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa