Letih mengadap kompiter, aku nak bercuti

Kawan-kawan/pembaca blog/pelawat/kaki porno dan adik-adik semua,

Aku ingat semenjak aku comeback ke Kuala Lipis hari tu, yakni lebih kurang 3 bulan nan lalu aku menghadap komputer selama tak kurang daripada 3 jam sehari. Dan ada sesetengah kes, sampai 12 jam sehari. Dan ada jugak kes yang jarang berlaku di mana menghadap komputer sepanjang hari.Kalau korang nengok post Diari Kutu Lepak Handalan korang akan dapat idea tentang penggunaan kompiter aku dalam sehari. Selama 3 bulan ni macam-macam mende aku buat dengan kompiter ni.

Baca blog orang lain memang seronok. Aku men-subscribe semua blog yang aku into dengan RSS. Dan baca semua sekali harung. Kadang2 aku terasa nak memberikan komentar aku dan jugak komplen apa-apa. Blog hopping jugak seronok dan boleh kenal macam-macam orang daripada matnyah, kaki porno, keje gomen sampai la ke bebudak yang gemar nengok anime lucah. Dan jugak ini satu cara untuk kenal-kenalan dengan blogger yang lain (Hi my name is Kumprinx).

Aku cuba hapdet blog aku sekerap yang mungkin. Kadang-kadang tu aku teringat nak hapdet, tapi alih-alih lupa. Bila hapdet kadang2 kena ada gambar "Post Header". Kena pulak edit pakai photoshop. Satu post yang betul-betul decent bisa mengambik masa selama sejam ke dua jam nak tulis dan edit gambar.

Aku jugak dalam proses pembikinan website aku yang terbaru dan (seperti yang digembar-gemburkan) adalah yang paling power sekali pernah aku buat. Setiap hari aku menemui sesuatu yang baru. Teknik baru, cara baru, teknologi baru dan aku mengunakan semua penemuan aku ni, dan jugak semua kemahiran dan pengalaman aku bertahun-tahun dalam web-building ni untuk menyiapkan website terulung aku ni.

Malah aku ada jugak merintis kemahiran-kemahiran baru setiap hari. Video editing, audio editing, flash, dan macam-macam lagi kemahiran yang aku jumpa dan cuba buat setiap hari. Cuma yang nyata aku tak tahu banyak, tapi aku belajar cukup-cukup makan je untuk buat apa yang aku nak/perlu buat.

Internet jugak sumber info aku yang paling primary sekali. Karena kesempitan hidup yang semakin serius skang ni, aku tak boleh buang duit beli suratkhabar. Korang tau tak kalau 5 hari aku beli suratkhabar bersamaan dengan harga sekotak rokok?! Lagipun kebanyakan suratkhabar tu hanya crap dan tak membantu langsung dalam mengembangkan minda masyarakat konservatif Malaysia ni. Simpan duit beli minyak petrol lagi bagus. Tanpa internet aku takkan tau apa yang berlaku di sekeliling aku (dalam Malaysia/dunia ni).

Bilamana aku baring2 kat umah dan berfikir-fikir (hobi paling menguntungkan!) sering timbul banyak persoalan dalam kepala otak aku ni. Bila aku ada sebarang persoalan, aku akan terus bukak kompiter dan cari jawapan. Ilmu kat dalam internet ni sangat banyak dan tak ternilai lagi. Tak habis hayat aku nak meng-explore-nye.

Aku jugak telah meng-explore banyak potensi internet ni di mana dia boleh buat duit. Dan jumlah duit tu tak terhad cuma atas rajin ngan malas je. Research aku dalam bab nilah yang mengambik masa paling banyak sekali dalam waktu aku mengadap komputer. Aku stadi marketing, contextual advertisement, autosurf, HYIP, MLM, skim cepat kaya dan jugak skim cepat kaya yang tak kaya kaya kalau join. Dengan harapan agar aku bisa menggunapakai waktu aku dihadapan komputer untuk sesuatu yang menguntungkan. Aku dah jumpa teknik tersebut dan skang aku tengah mengatur langkah untuk profit sebanyak-banyak yang mungkin dari internet ni. Berbekalkan modal yang zero dan jugak usaha yang minima. Aku jugak mungkin akan consider untuk merekrut calon2 yang rajin, berdedikasi, sembang lebat, starting grid kecoh, berani/bold, bijak, cantik/tampan, tak banyak komplen, tak banyak bunyik, boleh simpan rahsia, berintgriti, kalau kena tangkap tak petik member, berani, hati kering untuk join aku. Supaya korang jugak boleh buat apa yang aku buat skang ni. Dan sebagai bonus, aku bagi korang USD100, free. Hek ele.. bunyi mcm scam. Lantak engkauorang... (berminat? hantar e-mail ke:"aku/saya"@pilihlah-yg-mana-korang-suka.com)

Aku jugak selalu berhadapan dengan komputer dalam keadaan yang sangat mengantuk. Itu jam otak aku selalu cakap, "Sikit lagi.. sikit lagi..". Padahal 3 jam lepas tu tak siap-siap lagi. Rokok pun kuat isap. Mata pun dah tak berapa nak clear dah ni.

Tapi jangan salah anggap. Aku takde la nak duduk depan komputer ni sampai tak makan nasik. Kalau gitu baik aku makan je komputer ni. Aku tentukan masa aku sendiri. Time lepak, makan nasik, tido semua aku follow. Tak lupa punya.

Walaupun setiap masa aku masih terpesona dengan kebolehan, potensi dan the vastness of knowledge yang komputer has to offer, tapi skang ni aku rasa.. macam.. letih. Aku dah letih. 3 bulan straight, setiap hari.

Skang aku nak bercuti. Bape lama aku tak tau. Aku nak rehat. Pandai-pandai la korang jaga diri. Chow!

Yang Benar,
Kumprinx

Comments

eastmail said…
kamu mahu ke mana?huuuu

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa