Seleksi Pengalaman Ngeri

Akhir-akhir ni banyak pengalaman ngeri yang aku lalui. Ada sesetengah kes dilaporkan kat sini, namun ada jugak kes yang belum direkodkan. Senang cerita ini adalah compilation pengalaman ngeri aku untuk tatapan korang semua.

Kes 1
Pengalaman Ngeri Saya Nyaris Putus Dua
Itu jam aku tengah menapak kat Medan Stesen sana. Pastu ada member aku panggil dari dalam keta. Aku pun pegi la bertebeng kat pintu keta dia. Sembang-sembang lebih kurang. Tetiba member aku cakap "Eh amin ada keta nak reverse tu. Jap aku alih jap." Itu jam aku pandang belakang tengok ada keta Wira ni gostan laju gile menuju ke arah aku. Radio dalam keta lagu Katak menyanyi pasang sekuat hati. Aku sempat dive ke tepi sebelum buntut keta tu hantam sama keta member aku ni. Kalau aku tak dive ari tu, sudah tentu aku akan terputus dua.

Kes 2
Pengalaman Ngeri Saya Kena Gigit Pacat
Pacat adalah haiwan keji yang suka menghirup darah manusia. Aku pantang betul ngan pacat ni. Biarlah zirafah ke, beruang panda ke, ikan paus sperma ke, sloth ke aku tak takut. Pacat ni aku pantang betul. Itu jam aku jenjalan kat pasar rabu Kerpan Walk. Beli-beli ayam goreng, mini murtabak pastu kitaorang lepak kat Kedai Kema layan neskepe o. Itu jam siku aku terasa gatal semacam. Bila aku garu, aku nengok darah serupa sirap dah kat siku aku tu. Ada satu lobang kecik kat siku aku mengeluarkan darah. Wa cakap lu, darah keluar memancut-mancut non stop action punya. Balut ngan hendipelas pun tak jalan, dia keluar jugak. Sampai pening-pening kepala aku darah banyak sangat keluar. Kalau tadah pakai gelas, sekejap je penuh.
Yang menjadi ke halnye adalah aku langsung tak sedar bila pacat tu menyerang. Sedar-sedar dah berdarah. Bila balik umah, aku balut pakai selotape McGyver berulang-ulang kali sampai tak keluar darah dah. Luka gigitan pacat tu berlarutan berdarah sampai lima hari lamanya. Tak tau dah aku macamana nak cover balik jumlah darah yang hilang tu.

Kes 3
Pengalaman Ngeri Saya Jumpa Spendar Dalam Tandas
Itu jam aku nak kencing sangat aku lari ke tandas kat Centerpoint ni. Bila masuk dalam tanpa menoleh kiri-kanan aku terus menjalankan tanggungjawap aku. Half-way dalam pekerjaan tu aku nampak sehelai spendar kat mangkuk tandas tu. Tak terbayang lagi kengerian aku apabila nampak sisa deposit kat spendar tu.

Kes 4
Pengalaman Ngeri Saya Masuk Tandas Takde Duit Nak Bayar
Pagi tu aku terpaksa keluar awal sebab ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Tetiba sakit perut. Level 5 punya sakit. Daripada Maybank cawangan Lipis tu sampai ke tandas kat stesen bas sana aku pecut naik Kawasaki Turbo ambik masa 10 saat je. Motor tak sempat nak tongkat aku dah pecut masuk tandas. Mujurlah takde orang dalam tandas tu. Itu jam lega tak hengat punya.
Perasaan lega yang berbunga-bunga tu bertukar menjadi ngeri pabila aku sedar bahawa aku langsung takde duit nak bayar tandas tu (30sen). Bila dah setel aku dengan selengenya jumpa uncle jaga tandas tu cakap "Hik hik hik... saya takde duit la..". Malangnya uncle tu buat keras dan tak reti bahasa je dengan statement aku tu sambil buat muka bengis. Korek punya korek ada la duit singgit lama dalam dompet aku tu. Dengan berat hati aku passing kat itu uncle. Kes ini boleh dikategorikan sebagai NPK (naya punya kes).

Dipaparkan di sini adalah 4 kes sebagai rekod. Minggu depan aku tambah lagi.

Comments

nicknuck said…
gila ngeri siot...wakakakakaka...bab jumpa spender mmg ngeri siot aku baca..
meera said…
pengalaman ngeri saya baca blog kmx
setiap kali aku masuk dan baca blog kmx pasti aku akan terasa ngeri... sampai nak putus urat kentut.... :P

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa