Special Report : BOTB Part 1

Sabtu 18b Mac 2006
Seingat aku pagi tu aku bangun dalam pukul 8.00 pagi gitu. Lepas pekena air kopi secawan lantas aku terus pegi mandi. Siap-siap pakai baju semua aku turun ke kedai untuk tunggu bebudak ni sampai. Itu jam aku yakin sangat mesti lambat bebudak ni. Jadi aku rilek dulu kat kedai dengar-dengar lagu dan nengok-nengok gambar. Selepas beberapa minit, sekonyong-konyong Mael sampai. Hari ini Mail akan bermain di posisi gitaris seperti biasa.
"Hei Mael, mana bebudak yang lain?"
"Biasa la.."
Kerana hawatir kitaorang akan selenge menunggu tanpa berbuat apa-apa, aku ngan Mael mengambil keputusan untuk mempekena neskepe 'o ais dulu kat kedai aji. Minum-minum, bincang-bincang. sekonyong-konyong Islah dan Mie sampai. Islah akan mengisi posisi tukang nyanyi dan Mie akan bermain bass.
Setelah semua personil Fury hadir berkumpul, kitaorang tak gerak terus sebaliknya mempekena minum air dulu. Kami jugak mengambil giliran pekena buang air besar sebab ada lagi yang tak berak sebelum keluar dari rumah tadi.
Selepas itu kami berpecah kepada 2 pasukan sebab aku ngan Mael nak pegi bandar isi filem dalam kamera, manakala Mie Dan Islah terus menuju ke venue pertandingan. Kitaorang naik motor je. Dengan bawak gitarnye, snare ngan beg-beg semua. Takde hal janji rock.
Setibanya kat dewan tu aku dengar sound. Huh dah start rupanya. Masa nak masuk dewan Mie menerpa ke arah aku, "Kita band yang ke-6", katanya dengan nada lelah. Dalam dewan Mael pulak inform aku, 2 band lagi lepas ni, kita naik pulak. Mendengar itu semua aku menjadi semakin kaget. Cemas pulak nak main ni. Orang memang dah ramai kat dalam dewan.
Kemudian MC menjempt band Jackspade naik. Sambil tu dia announce jugak suh Fury stenbai belakang pentas. Kitaorang pun bawak peralatan semua, dan menapak ke belakang pentas. Kat sana band Jackspade tengah chaos main kat depan aku kat belakang muka dah naik cemas. Tetiba entah apa jaddah lagu nak main semua aku tak ingat. Tangan aku semakin basah. Jantung berdetak lebih kencang ibarat genderang mahu perang. Aku tak dapat nak jelaskan pehal aku sebegini nervous padahal bukan nak baca akad nikah ataupun masuk interview. Tekak aku rasa kering, air tak sempat nak beli tadi maka aku bantai je minum air paip kat belakang tu. Jiwa semakin tak keruan..
"Sekarang kita jemput band seterusnya Fury untuk naik ke pentas..."
Ahh.. mati!

Itu jam aku berjalan secara kasual menuju ke posisi aku sebagai drummer. 2 pasang drumstick tersisip rapi kat tangan kanan aku. Tangan kiri pegang snare. Dengan berhati-hati aku cabut snare yang disediakan, ganti ngan aku punya. Mie dan Mael sibuk menyetting amp masing-masing. Islah sebagai penyanyi hanya terhiling-hiling kat tepi sana.
Mael menunjukkan isyarat bagus menandakan dia telah mendapat setting yang optimal dan bersedia untuk rock. Sejurus kemudian Mie pun menunjukkan isyarat bagus jugak. Nampak gayanya semua dah bersedia. Aku ambik drumstick yang baru ku beli tu. Cabut sarung dia slow-slow.
Pejam mata
Tarik napas dalam-dalam..
Pastu aku kira one.. two.. three.. FOUR!!!

Bersambung...

Comments

Anonymous said…
no comment
mohdismail said…
iskk..bersambung pulak dah..
aper said…
adusss...aper name band ko yerk..
aku pun masuk gak....dpt saguhati je?? band ko lak cam ne??
Kumprinx said…
aiseymen..
apa ko tak nampak nama band aku beso-beso kat atas tu?
aper said…
sowi ar...rilek ...sajee je ty..
ehm....

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa