Special Report BOTB - Part II

Mengikut perancangan asal kitaorang nak bawak lagu Dewa-Laskar Cinta. Lalu selama 2 minggu sebelum pertandingan aku ngan Mael pun tunggang langgang, isap rokok, minum neskepe'o, keringat sebesar biji jagung training lagu tu untuk bagi solid.
Seperti yang korang dah sedia maklum, 2 lagi ahli pasukan kitaorang takde kat kuala Lipis ni, so selama ni kitaorang hanya training berdua je. Tu pun hari jumaat sebelum BOTB baru diaorang balik. Secara rasminya kitaorang hanya sempat berlatih selama lebih kurang 2 jam je. Biasa aku dengar orang bagi alasan macam ni kalau main tak solid, tapi lain halnya ngan kitaorang.
Setibanya bebudak ni petang jumaat tu lantas terus kitaorang training kat Oxygen Studio Training Facilities. First time try lagu Laskar Cinta, aku terkasima. Tukang nyanyi kitaorang tak lepas nyanyi lagu tu. Ada alasan dia bagi kat aku tapi aku tak berapa ingat dah. "Dia memula C pastu tetiba line seterusnya jadi G", itu je yang aku ingat. Entah hape yang dia maksudkan aku kurang periksa.
Itu jam masa semakin suntuk. Esok dah pertandingan kugiran. Lagu apa nak bawak ni?

17 Mac 2006 Jumaat (7.30pm)
Itu jam satu mesyuarat tergempar dilakukan di Oxygen Studio Training Facilities. Berbekalkan asap rokok berkepul, neskepe'o satu jag, kami berbincang mengenai lagu apa yang nak dimainkan pada pertandingan kugiran esok. "Dalam mesyuarat macam ni, kita kena suarakan pendapat kita, tak boleh diam je..", kata aku dengan niat berseloroh meniru ayat dalam cerita Rock. "Nak tak nak kita kena akui, kita ada 3 lagu je yang betul-betul solid main..", ujar Mael pulak juga meniru ayat filem Rock tu. Setengah jam seterusnya kata putus masih belum dicapai kerana kami banyak merepek dan membuang masa dari membincangkan lagu yang mahu dimainkan di pertandingan Kugiran yang hanya tinggal kurang dari 15jam sahaja lagi.
Sekonyong-konyong aku mendapat satu akal.
"Apa kata.."
Ahli pasukan yang lain mula menunjukkan minat.
"Kalau kita.."
Mereka semakin meng-ejas posisi duduk mereka untuk mendengar idea aku.
"Membeli bendera!! Hahah!!.."
Walaupun lawak jenis ni aku dah menyampah, namun aku tetap recite jugak atas dasar Un-cool Factor.
"Bodoh kau ni.." Ujar Mael. "Dalam keadaan macam ni, kita haruslah bersikap realistik dan fantastik!".

Namun idea aku seterusnya diterima oleh semua personil Fury. "Kita bawak lagu kita sendiri. Pilih dua lagu, dan aku akan strip down semua technicality dalam permainan aku untuk lagu tersebut, supaya 'Juri yang berpengalaman luas dalam muzik' tu bisa menilai permainan kita.. Apa kata?"
"Setuju!!!"

2-3 hari sebelum tu.
"Korang bawak lagu apa?", tanya seorang brader ni. Jawap aku ngan Mael adalah sama "Lagu Dewa rasanya..". Jawapan yang sama untuk semua yang bertanya. Dewa sahaja lagu berbahasa melayu (indon) yang kitaorang ada main. Jesteru untuk comply dengan syarat pertandingan, kena la bawak lagu tu.
Mengikit planning asal jugak, untuk lagu Laskar Cinta band kitaorang akan diiringi oleh satu pasukan kompang. Full blown siap dengan kostum arabic yang diimport khas dari Kampung Gua. Namun semenjak dapat tahu tukang nyanyi tak sampai nak nyanyi lagu tu, cadangan yang bernas ini terpaksa dilupakan.

Pada hari pertandingan tersebut, demi untuk tidak menghampakan orang ramai. Kami main jugak lagu Laskar Cinta ni. Tapi bahagian intro je. Janji kami tepati. Sebelum tukang nyanyi bersuara, intro Laskar Cinta berkumandang di udara, sebagai tanda akan datang gegak gempita. Ayat beritma, tiada ku sengaja.

Bila habis je intro Laskar Cinta tu bermakna masanya telah tiba. Aku menjadi semakin saspen. Lagu ciptaan kami sendiri ni tak pernah diperdengarkan kepada sesiapapun. Ya, takde sorang pun pernah dengar lagu ni. Inilah kali pertama ia dimainkan di khalayak ramai. 3 bulan lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu di Sure Pekat Jamm Festival 4 yang dijadualkan pada bulan 6 nanti.

Lagu sendiri ni adalah lagu yang paling senang nak dimainkan sebab aku sendiri yang reka beat dia. Dan aku masukkan semua roll dan fill-in yang aku selesa main. Waima kaget di permulaan permainan, kini aku dah semakin rilek. Dah selesa ngan setup drum tu. Dan sekarang, tibalah masa untuk memainkan lagu kitaorang yang pertama bertajuk 'Terkasima'. Tajuk lagu yang kitaorang tibai je letak. Biasa masa training aku akan lelah lepas main lagu ni. Letih. Tapi hari ni kitaorang berjanji akan main secara all-out. Attack habis-habisan. Ketuk lebih tepat, strum lebih kuat, lompat lebih tinggi.

Tak tak dish...
Dengungan cymbal masih kedengaran. Aku mengangguk kepada Mael sebagai tanda "kasi rock la..". Dengan sepasang drumstick di tangan, sekali lagi aku kira..
One.. Two.. Three.. FOUR!!!

bersambung...

Note: It's a very busy week for me. Jadi harap bersabar.

Comments

mohdismail said…
alahai..bersambung lagi..
mamat khalid..kasi angkat org ini bikin skrip..buat filem ROCK II..
Anonymous said…
aa.. saspen.. saspen..
Anonymous said…
u r such a
nicknuck said…
gila aaaaa...cepat ekk sambung...tak sabar aku nih...
ChikaDior said…
laskar cinta best! tapi 'once' pon best!
Karl Hiunzm said…
Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada tipscara mudah jadi kaya. Banyak tips cara mudah jadi kaya di sini.
Anonymous said…
asyik nak kaya jek...
Kumprinx said…
Diaorang pakai software buat mende ni. cam sial je perangai..

Ok,
-klik nama diaorang untuk nengok profile
-pastu bukak blog diaorang
-kat Blogger Bar kat atas sana ada button nama 'Flag' (Notify blogger about objectionable content). Klik itu button. Bila cukup ramai orang 'Flag' blog tu, Blogger akan amik tindakan dengan menutupnya!

'Bersatupadu Terus Maju!'

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa