Special Report BOTB part III - The Rise Of Fury


episod paling poyo..

5 tahun nan lalu..
Itu jam aku baru sahaja menemui nikmat jamming ni. Air dalam kepala tengah banyak, ghairah. Seminggu sampai 3-4 kali jamming. Lokasi pujaan ketika itu adalah jamming pakcik Rahim nun terperosok di pinggir hutan.

Tak tak dish...
Bunyi cymbal masih kedengaran.
"Abih masa!", ujar Pakcik Rahim. Kamipun mempacking bebarang. Keringat di dahi ku lap dengan lengan baju. Kami bersedia untuk blah.
"Demeh ni.. cuba la main lagu melayu sikit. Ni mende lagu demeh main. Kung-kang kung-kang. Dah pandai main, main la lagu elok-elok sikit, ini tak, asik skinhead je manjang.."
"Tapi pakcik, ini Rage Against The Machine!? Bukan skinhead.."
"Ahh.. kalau dah bunyi macam nak roboh tu skinhead la namanya.."

Masa to rock malaysia dah pupus. Itu jam Tomok, Boboi dan Seneroi tengah naik gila-gila punya. New Boys turun Lipis awek tak hengat punya ramai. Alternative (Nirvana, Silverchair, Blur) dah semakin dilupakan. Kaki jamming ada 2-3 kerat je. Bebudak semua masih berpegang kepada rock 80-90an di mana itu jam rock kapak dah slow. While everybody else holds true to the 80-90's rock, Fury pick up where it ended. Tak seronok main lagu yang semua orang dah main. Kami nak sesuatu yang baru. Punk Rock, Grind, Metal tak larat aku nak main. Kami progress meneroka ruang-ruang baru.

"Demeh ni jamming tunggang-terbalik tapi main lagu entah hape-hape. Main la lagu melayu. Nanti senang nak main orang kahwin ke function ke. Dapat jugak 3-4 ratus seminggu baru la berbaloi!", kata seorang brader yang telah lama berkecimpung dalam bidang muzik kat Lipis ni kepada kitaorang.

Bila jamming aku akan shutdown kehidupan sekeliling aku. Yang ada itu jam hanyalah bilik jamming tu. Tak ingat mende lain dah. Keseronokkan itu sejati dan tak tergambar lagi. Jamming itu sendiri dah cukup bagi kitaorang. Kitaorang jugak ngeri nak jadi artis rakaman sebab takut terpaksa main lagu cintan leleh dan masuk stesen radio Jiwang FM. Dan kitaorang jugak ngeri nengok band lain training sampai gaduh-gaduh. Under pressure sebab booking orang kahwin dah nak dekat.

Kat Kuala Lipis ni, nak jamming mahal harganya. Zaman dulu ada satu je studio. Bila dah keluar banyak duit untuk latihan, mereka akan nak semuanya berbaloi, ada pulangan. Band-band belum apa-apa lagi dah aim nak jadi artis rakaman, jemputan sana-sini, dapat duit ribu-ribu. Bagi kitaorang main muzik tu adalah main muzik. Takde wang ringgit, kemegahan. Kalau ada wang ringgit yang terlibat pun duit bayar sewa studio dan beli peralatan. Kalau ada kemegahan yang terlibat pun kalau ada awek nengok tengah jamming. Otomatik solid main.

Namun orang lain tak paham semua ni. Ada sorang brader rambut panjang main bass marah kat aku "Ko lagu Still Got The Blues pun tak tau?! Itu legend tau tak?! Ko dah main bape tahun?" Kalau dah aku tak tau nak buat macamana? Wajib ke tau lagu tu? Walaupun kalau aku cakap bunyinya poyo, tapi bagi aku main muzik satu expression yang pure dan honest. Aku main je apa lagu yang aku nak main tanpa terikat dengan apa-apa peraturan, style dan trend semasa. Aku main muzik sebab aku nak main muzik. Sebab aku nak hasilkan muzik. Bukan sebab nak main kenduri kahwin, besday parti anak orang kaya, jadi artis rakaman masuk Jiwang FM.

Ya rock 80-90an memang cool dan steady. Melodi diaorang lekat terus dalam pikiran kita. Aku bukan tak main genre ni sebab aku tak suka, tapi aku tau rock dah progress. Rock dah progress jauh ke depan. Dan aku tak sudi nak ketinggalan di belakang. Sampai bila kita nak nengok lagu-lagu ni di-recycle berulang-ulang kali dalam kompilasi. Satu lagu tu ada sesetengah kes sampai 6 kali masuk kompilasi. Rock Terus la, Awek Rock la. Dah takde lagu baru ke? Sampai bila nak macam ni. Kalau kita masih recycle produk lama, sampai bila baru fikiran kita semua baru terbuka untuk sesuatu yang baru? Ini baru bidang muzik, don't get me started tentang industri filem pulak...

Satu hari Mael (gitaris) menanyakan satu soalan killer kat aku, "Macamana nak buat lagu sendiri? Sedangkan apa yang kita main selama ni semua lagu orang. Bukankah se-fresh manapun idea tu, ia pasti berbau lagu/riff/melodi yang pernah kita dengar/main?". 5 tahun yang lalu ini adalah satu isu yang hangat kitaorang bincangkan. "Ala.. ko stop je dengar apa-apa lagu dalam seminggu ke sebulan ke. Jangan dengar apa-apa muzik pun sampai otak ko clear dengan irama-irama yang melekat kat sana, pastu ko amik gitar dan main. Nengok apa sound keluar?". 2 minggu kemudian Mael tunjuk kat aku riff baru dia.

Sekarang. 18 Mac 2006. Pertandingan Kugiran Terbuka Lipis.
Kalau kitaorang tak bincang pasal tajuk lagu baru ni, mesti ia bertajuk 'Jongkong Emas' Langsung tak steady. Last minit letak tajuk Terkasima. Tak tau, tukang nyanyi punya idea. Riff dia bunyi macam buih-buih yang menari ria dengan nuansa mediterranean. Bridge dia raw dan heavy serta disusuli dengan korus laju. Memula lirik lagu ni aku tak berkenan sangat, lama-lama dia jadi catchy dan best bagi aku. Yang seronoknya, aku tak perlu hapal apa-apa pattern. Bila aku dengar je bunyi buih-buih tu, otomatik je semua jadi.

Nak-nak bila aku nampak Mael terus lompat padahal baru je nak masuk korus pertama. Itu membuatkan aku lagi bersemangat mengetuk dan bermain secara all-out. All out tak all out sangat la. Drumstick aku ada tercampak sekali tapi aku berjaya tangkap balik menggunakan dua jari sahaja (ceh..) menyebabkan berlaku miss strike sebanyak 2 kali. Kalau tercampak jauh tu mesti haru. Cymbal belah kiri tu manja sangat dan meminta ketukan yang lebih kuat. Manakal cymbal kanan tu menyanyi riang luar kawalan. Kali ni bass drum tak bergerak ke depan macam Battle Of The Fcukinghell ari tu. Cuma hi-hat je beralih ke sana kemari. Di penghujung lagu dia dah jauh dah. Malu agaknya.

Tak tak psst tak tak dung dung dong dong dish...
"Jangan cuba menyentuhnya..." line terakhir lagu tu.
Itu jam wa cakap lu.. lengan aku kebas tak rasa apa-apa. Akibat tak stretching. Ketar-ketar. "Mati la macam ni..", getus hatiku.
Mael memberi isyarat untuk lagu seterusnya. "Kejap-kejap", ujar aku sambil membetulkan hi-hat yang telah jauh melarikan diri. "Tangan dah kebas ni macamana nak main?", bisik hatiku. Aku menukar kepada drumstick lama yang aku dah stenbai kat tepi. Yang ni wood tip, dan dah nipis sikit. Barangkali lebih ringan.

Keringat sebesar biji jagung dah banyak di dahi aku. Tangan yang dah mula berpeluh aku lap pakai seluar. Baju dah basah. Tukang nyanyi dah mula announce lagu kedua. Kondisi aku time tu memang dah tak fit lagi nak main. Tangan ketar-kedar, dada sesak, letih tak hengat. Tapi memandang ini lagu terakhir, aku akan cuba jugak lakukan yang terbaik.

Bosan dah kira one two three four, aku cuba sesuatu yang baru:
Hit It!!

Adakah Fury berjaya? Bagaimanakah tanggapan masyarakat terhadap lagu ciptaan mereka sendiri itu? Adakah juri menyukainya? Adakah tragedi Battle Of The Fcukinghell akan berulang lagi? Siapa sebenarnya Datuk K? Mampukah Kumprinx pulun habih lagu terakhir tu dalam keadaannya yang 'letih tak hengat' tu? Apakah keputusan BOTB tu nanti?

Jawapannya dalam bahagian terakhir Special Feature BOTB Part 4. Nantikan kedatangannya mungkin esok, mungkin lusa dan paling sadis, minggu depan baru publish. Hehe..

Comments

Anonymous said…
jom kite predict outcome band fury ni.. aku rase fury masuk final four pastu proceed to 2nd round..
nicknuck said…
Apahal tetiba jer Datuk K masuk..adehhh...!!!
ayobkelubi said…
kump,adeh gelak gila tahap nak putus urat kentut ah baca entri ko.cam kambing gurun.

tapi aku setuju dengan ko.rock kapak-kapakan nie patut kita kena ingat dan amik tahu tapi kalau balik2 lagu yg sama dlm kompilasi yg berbeza nama bosan gak kan?.

pergghh,ko main RATM?.giler dasat!.rock brader,rock on!.
alone said…
hebat korang erk.. gitar buih la apa apa.. pasal tunestones tu.. adalah satu satu tempat yg dapat kelulusan buat gig kat area kuala lumpur.. walaubagaimanapun tunestones berada kat klang.. aku secara otomatik melantik diri sendiri menjadi jurugambo gig apa hampir setiap minggu.. ramai band international mahupun multinational bermain disini... seperti band jepun apa tah nama dia band singapore *my precious* dan semestinya band band daripada seluruh malaysia.. ada juga sedikit gambo kat "blog" myspace aku.."http://www.myspace.com/alonelagi"

sonya kalau kata ko terturun ke mana tahu laa kan.. aku ambik gambo ko lantas aku photoshopkan gambo ko bersama siti nurhalizas~

~ bagi aku main muzik satu expression yang pure dan horny~
mohdismail said…
spam datang lagi..seronok tul dia main2 kat blog ko..yehehe..
amin,ko xmo buat siaran langsung ke final episode ko nih..hehe..podcast ke..lagi satu,lagu yang korang bawak tu takde sape2 rakam ke?upload la skit..buat background music drama ko..hehe
Kumprinx said…
alone,
teringin jugak la aku nak nengok2 tempat tu. terpaksa la aku pakai baju tingkat satu kalau ko nak amik gambar.. hik hik hik..

Ya. part akhir report ni ada video. dan aku akan usahakan upload lagu 'Kau kunci pintu hatiku, ku kunci pintu'. Are you readehh!!
Anonymous said…
amin, aku tak ingat sape. tapi ada satu pemain dram tue dari dischord record(ian mackey punya) aku tak ingat band apa. dia berlari sekurang-kurangnya 20 km sehari untuk dapatkan stamina main dram. power siak. kau boleh try. aku yakin kau dapat bermain dram dengan baik. kirim salam kat miee

apex

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa