Susila - Kekasih Di Bumi Kenyalang

ND sent me this. Katanya dia baru beli kaset ni. Pada korang-korang yang muda-muda lagi tu mesti tak tau band apakejaddahnye ni. Memang, band zaman dulu nama diaorang memang pelik if not funny la.
Lagu ni memang menarik. Aura Sarawak dia memang ngam. Menggunakan instrument biasa dia boleh dapat feel tu. Kreatif. Macam sound yang kita dengar bila ada orang menari stail Sarawak itu, apa tah namanya..
Yang pelik, mengapa ND hantar lagu ni kat aku, out of the blue? Apa signifikannya? Tajuk lagunya juga begitu unik. Kenapa ni? Hehe.. Bagi yang dah lama follow blog ni pasti korang tersengih sendirian karena dapat memikirkan jawapannya. Korang memang champion!
Jadi pada hari Isnin yang bahagia ni, korang boleh download lagu ni untuk dengar sendiri. Aku dah upload kat ultra high-speed, unlimited bandwidth TahapSempurna server.

Susila-Kekasih Di Bumi Kenyalang
(right click-save target as..)

Lirik:
Wajahmu nan ayu menyunting di lubuk jiwaku
Mata yang bersinar sayu di hatiku
Membuatkan aku terasa merindu padamu kasihku
Ingin segera berdamping denganmu

Nun jauh di sana melambai memanggil namaku
Nun jauh mu di awan sayu kau ku lihat
Terasa ku dibuai di bawah helang bersama denganmu
Tak mungkinkan berpisah sayangku

Kaulah gadis kenyalang gemerlapan di taman indahmu
Kaulah gadis yang sejati pelambang di bumi bertuah ini
Ketulusanmu yang bersahaja membuat ku rindu padamu
Engkaulah yang tetap ku puja selama-lamanya

Tima kasih ND.

Comments

meera said…
akhirnyaaaaaaa berjaya gak aku meng'save target as' lagu ni setelah 20 juta kali mencuba...

power siut... ari ni bos tarak so aku nak pasang kuat2 biar berdentum opis ni...

eh! kmx ko sanggup tak menanggungkan apa saja risiko yg akan aku terima?????

kehkehkehkeh
Kumprinx said…
hehe..
pihak kami tidak akan bertanggungjawap atas apa-apa yg berlaku.
ek-ele.. aku sekali try je boleh download dah. server ni laju gile beb...

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa