BOTB Episod Akhir



Ting keting ting keting....
Itu jam Mael dah masuk intro. Tangan aku masih ketar-ketar lagi. Sengal mencucuk-cucuk, lenguh, sakit rasanya lengan aku. Kalau tengah jamming biasanya time ni lah aku demand nak main gitar pulak (alasan tak larat nak ketuk drum). Tapi sekarang lain halnya. Skang tengah perform.
Tukang nyanyi menjerit, "Are you readehh!!??"
Part aku dah masuk!
"Shiahh!!!", jerit aku.

Seminggu sebelum itu..
"Lagu ni kalau nak solo molek kalau solo ikut korus. Baru old-school" aku menyatakan pendapat.
"Kita try dulu, mana yang sedap nanti kita amik la..", balas Mael.
Lagu ni semua part tak sama. Verse pertama main macam ni, verse seterusnya main lain pulak. Arrangement dia flexible memudahkan aku nak improvise kat mana-mana part yang aku suka. Bagi aku memang seronok main lagu ni. Senang nak all out. Part paling aku suka adalah korus dia.

Aku sendiri tak sedar bila lagu ni menjadi. Aku ingat Mie (bass) yang cipta riff dia. Main bebanyak kali, sedar-sedar dah jadi lagu. Pastu lama-lama best pulak rasanya. Walaupun pada mulanya aku tak berkenan kat lirik dia dan berhajat nak tukar jadi lirik bahasa inggeris. Kesudahannya lirik bahasa melayu tu stuck kat lagu ni. Dan lirik baru yang aku tulis terpaksa aku lupakan.

Bunyinya memang chaos. Tapi tak sechaos irama hardcore, grind dan black metal. Bunyi bass dan gitar diadun dengan baik. Full effect. (itu pendapat aku la.. pendapat orang lain tak tau).

Bila masuk part nak menentukan tajuk lagu,
"Ala kita letak je tajuk lagu ni 'Kau Kunci Pintu Hatiku, Ku Kunci Pintu'.."
"Setuju!!"

Tajuknya memang selenge.

Untuk lagu kedua ni aku bermain dalam keadaan yang letih gila. Dan satu cara nak atasi masalah ni adalah main all-out, enjoy dan buat-buat mabuk. Itulah yang aku lakukan. Aku rasa macam nak campak je drumstik tu lari ke belakang dan baring. Tapi perjuangan masih belum selesai. Sekurang-kurangnya biarlah sampai lagu ni habis.

Masa perform jugak aku nengok tukang nyanyi banyak lompat-lompat. Bassist hanya stay kat tempat dia sebab kena cover backing vocal. Gitarist pulak terhangguk-hangguk dan kadangkala strum all out ala Creep. Tak payahlah aku cerita banyak pasal persembahan terakhir ni, korang download je video tu nengok sendiri.

Itu jam Amir (cameraman bertugas) baru sampai. Dia ambik video kitaorang dengan menggunakan kamera digital (cap apa aku tak hengat) yang sebesar kotak rokok dan hanya boleh merakam sound mono. Sebab tu lah video ni sound dia banchau. Tak taulah kalau memang banchau permainan kitaorang time tu.

Di akhir permainan Mael melompat tinggi sampai lentik body. Bila dah habih, aku tersandar kat dinding belakang. Bibir aku mengukirkan senyuman. "Habih jugak akhirnya..", getus hatiku.

Lepas tu kitaorang masuk balik belakang. Aku tersandar keletihan. Ahli lain seme sengih-sengih. Peluh di dahi aku lap dengan lengan. Tangan aku ngak bisa bergerak lagi. Semua tenaga aku dah kerah kat lagu last tadi. Hek ele.. baru main 2 lagu dah nak pengsan. Bukan apa, tak warm-up. Hehe..

Puas. Aku sangat puas hati dengan persembahan kali ni. Sebab pertama adalah berjaya men-showcase-kan lagu kitaorang sendiri buat pertama kali. Dan sebab kedua adalah berjaya main all-out. Dan aku berjaya bertahan sampai habih. Kami jugak adalah satu-satunya band dalam pertandingan tu yang bawak lagu sendiri.

2-3 hari lepas tu..
Ada seorang brader (otai muzik kat Lipis ni) berjumpa ngan Mael dan berbual pasal BOTB ni. Berikut adalah transkrip kata-kata brader tu seperti yang di-recite sendiri oleh Mael kepada aku.
"Dah nama pertandingan 'Battle Of The Bands' kena la main rock. Jangan la main genre lain. 'Battle Of The Bands' tu maksudnya pertandingan rock, kalau korang main lagu lain, susah la nak menang. Aspek pemakaian pun kena ambik kira jugak. Pakaian biar seragam. Uniform. Kemas. Ini kalau pakai selekeh juri pun tak berkenan nak bagi markah. Kalau Battle of The Bands tak main lagu rock macamana nak menang. Main skinhead lagi la kalah!".

Lepas performance kitaorang lepak pulak kat bawah nengok orang lain main. Aku malas nak tulis panjang-panjang, berikut adalah fakta menarik BOTB yang aku nengok time tu:
-23 band bertanding
-Band kitaorang je yang main lagu sendiri
-Band lain semua lagu rock. Lefthanded, Search, Amuk, Jinbara dll.
-Ada satu band tu main lagu yang band lain dah main menyebabkan aku naik mangli
-Ada band rambut panjang, silap main tapi lepas ke final jugak
-Cabutan undi dijalankan sebelum pertandingan. Ada band yang tak cabut undi dan demand nak main last-last. Tindakan yang bijak sebab last-last tu dah takde orang nak nengok lagi. Band kitaorang cabut undi, dapat giliran no.6.
-Ada dua gerai jual air kat luar sana
-Belakang dewan penuh bebudak minum arak bagi high dulu sebelum perform
-Ada band yang sia-sia sebab drummer demand twin-pedal, tapi tak berapa main sangat. Dah la mintak tolong orang pasangkan. Makan singgam muka berlagak. Bassist menyorok belakang speaker masa perform.
-Ada band orang asli yang permainan drum dia sungguh solid bunyinya. Dia menang drummer terbaik.
-Organiser lupa nak panggil nama kitaorang masa bagi sijil. Menyebabkan gua hangin. Tapi takde hal sebab gua paham dan jug pernah meng-organise event macam ni.

Antara band kegemaran aku yang perform:
Zero
-Zero adalah band bebudak kecil yang pernah perform kat Sure Pekat III dengan nama SK3. Rasanya diaorang main lagu Element. Tapi lagu kedua diaorang hanyalah instrumental. Walaupun tak lepas ke final tapi band ni menjadi pilihan aku sebab diaorang semua masih muda dan berpotensi serta berani masuk pertandingan macam ni. Lagu diaorang jugak tak streotype ngan band-band lain.

JackSpade
-JackSpade adalah band spearheaded oleh En.Mata (orang panggil dia Mata, aku follow je). Walaupun permainan diaorang pada hari tu agak bancau, namun aku kagumi konsistensi diaorang. Semua pertandingan diaorang tibai je masuk. Lainap (line-up) pun tak jauh berubah. Waima orang lain tak suka dan memandang rendah band ni, namun diaorang berjaya bertahan sampai ke hari ni.

Setelah nyaris terkeluar tengkorak menunggu, akhirnya 23 band selesai membuat persembahan. Tiba masanya untuk mengumumkan 8 band yang mara ke peringkat akhir.

Fury gagal ke final.





Kitaorang terus blah dan melepak kat kedai Aji untuk men-diges punca kekalahan kitaorang. Kesimpulan:
-Tak main lagu rock.
-Kemungkinan sound tak berapa dengar
-Terlalu chaos untuk minda yang stuck kat zaman dahulu dan tak menyedari bahawa rock dah progress jauh skang ni.
-Juri tak berkenan ngan showmanship kitaorang
-Lagu tak sesuai untuk pertandingan macam ni
-Tak mabuk seperti band lain (mabuk-rock-menang)
-Rambut tak panjang macam band rock dulu-dulu
-Baju tak seragam
-Ada ahli pasukan yang main dalam keadaan junub

Bagi aku, aku puas hati ngan persembahan tu. Dan lepas tak lepas ke final tak penting lagi. Nak hangin pun tak guna. Band lain banyak lagi yang power-power. Dan kitaorang masih perlukan banyak latihan. Tewas di BOTB ni tak menjadi penghalang kepada kitaorang untuk meneruskan perjuangan dalam muzik ni.

Dengan itu jugak aku mempersembahkan kepada korang, ekslusif:
Panduan Memenangi Pertandingan 'Battle Of The Bands' yang Diadakan di Kuala Lipis
-Pastikan main lagu biasa yang orang selalu dengar. mana-mana lagu yang masuk Era tu adalah satu kelebihan. Walaupun ada band lain yang dah main lagu tu sebelum anda
-Main lagu melayu. Orang kita bukan fasih sangat cakap inggeris
-Baju seragam format RTM. Kalau boleh pakai vest kaler kuning
-Rambut biar panjang, baru rock walaupun nampak macam kutu
-Minum arak/hidu gam/hisap dadah sebelum perform untuk menghilangkan rasa gugup. Jadi persembahan korang time tu bukanlah dari hati nurani, tapi dari otak yang high.
-Masuk pertandingan untuk menang. Tak perlu honest main muzik. Kalau menang dapat duit. Itu yang perlu diutamakan.
-Silap main takpe, asalkan lagu yang korang main tu lagu yang hit kat radio.
-Lagu yang Mawi pernah nyanyi adalah satu kelebihan
-Streotype itu penting. Langan cuba nak jadi lain-daripada yang lain. Juri tak berkenan.
-Tak perlu bawak sesuatu yang baru, nanti orang susah nak appreciate dan interpret.
-Kalau track record korang dah baik dalam pertandingan yang lepas (pernah menang) usah hawatir, korang mesti lepas final biarpun main banchau.
-Attitude rockstar tu penting. Pasti berjaya sebab belum apa-apa dah ada 'persona bintang'
-Asalkan ada gitarist yang boleh goreng gulung-gulung korang pasti berjaya walaupun instrument lain banchau.
-Jangan main mende yang pelik-pelik sebab nanti orang ingat korang tibai.

Kalau memang begini garis panduan untuk menang kat BOTB Lipis ni, maka aku tak hingin nak menang lagi. Hehe..

Waima demikian aku dengar khabar angin Battle Of The Fcukinghell tahun lepas akan diadakan sekali lagi bulan 6 ni. Pertandingan kali ni untuk merebut piala pusingan yang kini dipegang oleh band dari Jengka, Scavia. Pepehal kitaorang akan masuk jugak. Tak kiralah menang atau kalah, janji rock.

Kalau nak main betul-betul rock n roll aku sarankan main lagu Elvis Presley. Mungkin ada yang menganggap band kitaorang telah melupakan akar muzik tempatan kita ni dengan hanya into band-band barat, band import dari seberang, tapi rock kapak kat malaysia ni mana datangnya? Dari Black Sabbath jugak. Dari Led Zep jugak. Rock kapak tu saduran dari barat jugak. Jangan salahkan kitaorang kalau kitaorang cuba progress ke hadapan. Jangan salahkan kitaorang influence muzik datang dari luar. Rock kapak yang datang dari luar jugak tu STUCK kat situ jugak. Salahkah kitaorang pick it up where it left, dan bawak ke hadapan? Instead of stay kat sana dan recycle lagu yang sama berulang-ulang kali. Sampai bila nak berkembang? Sampai bila nak berada di takuk lama?

Aku kecewa sebab kualitimuzik kat sini masih di takuk lama. Takde siapa lagi yang berani progress ke hadapan. Mungkin jiwa mereka ni semua utuh kepada rock kapak semata-mata? Seluar kulit seat bas? Rambut panjang berjela? Attitude rockstar yang tak berkesudahan? Hisap dadah/hidu gam/mabuk arak? Siapa yang nak keluar dari clise ni? Siapa lagi yang nak diharapkan? Sampai bila kita nak recycle muzik evergreen zaman dulu? Sampai lunturkah warnanya?

Aku tidak akan komen dengan lebih lanjut lagi.

Video
Lagu Kau Kunci Pintu Hatiku, Ku Kunci Pintu yang dirakamkan live kat Juara Kugiran Terbuka tu. Sound dia totaly banchau. Dirakamkan dengan kamera digital yang hanya boleh record sound mono. Kasi down dulu volume speaker korang. Aku tak sempat nak ejas volume dia. Sila berikan komen korang.
Link

Comments

spekong said…
kalah ke?.hmmm next time try again.. :D
eleanor said…
hhahaha.. denga noise je vid ko tuh kumprinx.. anyway, jgn putus asa.. masuk je semue battle yg ade kat lipis tu...
tumbuk si fakap said…
kumprinx,a good try anyway.aku kagum semangat korang.jangan give up!cuba lagi lain kali.

er, jefri band tu line up macam band punk "the dirty dogs" je..kalau tak silap, si atan main guitar tu.musti baru lepas jadi "drunken master" tu.:P
tumbuk si fakap said…
kumprinx,a good try anyway.aku kagum semangat korang.jangan give up!cuba lagi lain kali.

er, jefri band tu line up macam band punk "the dirty dogs" je..kalau tak silap, si atan main guitar tu.musti baru lepas jadi "drunken master" tu.:P
esbradz said…
The Dirty Dogs pun ada?
har har har!
aku sangat merindui sifoo, atan dan zam! (dan siti nurhaliza!)

*sifoo! aku dah lama jual motor!
Kumprinx said…
bulan 6 ni ada lagi..
itu jam gua akan pastikan video yg lebih berkualiti.
Tima kasih atas sokongan semua.
jr said…
zam, dah alam aku tak jumpa. dok shah alam ni pun aku tak penah jompe.

sure pekat mesti korang maha hebat agaknya...hadui..
Anonymous said…
hebat gak ko....
aku tak smpat la tgk band ko yerk...
nasib baik band aku lepas final...walau pun tak praktis mase pegi tue....btul ckp ko tue diorg bkn pilih lagu...diorg lebih kpd penampilan je....pakai rock2 br leh menang...

-aku pun rambut pendek-
Anonymous said…
nnt bln 6 aku nk tgk band ko perform....
mybe aku pun akn msk gak....
dengan band x-city....

k....gud luck
Anonymous said…
nnt bln 6 aku nk tgk band ko perform....
mybe aku pun akn msk gak....
dengan band x-city....

k....gud luck
Anonymous said…
budak Dirty dogs pun ade masuk ke??? mesti diorang dapat hadiah..
most m'sian best performer tuh!!

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa