Hapdet Terkini Suku Ke-2 2006

Pertandingan Tiru Bunyi Burung
Ahad yang lalau ada pertandingan tiru bunyi burung kat Mini Zoo sana. kerana beberapa masalah teknikal aku gagal menghadirkan diri. Jadi tak payah cerita panjang la pasal ni.

Case Closed
Beberapa minggu nan lalu gua ada cerita pasal kes buang bayi kat Kuala Lipis ni. Dan gua juga mengofferkan diri untuk pergi memberi sekeping pelempang kepada pembuang bayi yang terlibat. Skang kes sudah ditutup. Pembuang bayi telah dikenalpasti. Gossip2 liar tersebar ke sana kemari. Besar kemungkinan aku ada ternampak proses menghasilkan bayi tersebut sebab orangnya adalah.. err.. tak perlulah aku aibkan sesapa di sini. Sayang anak tangan-tangankan, sayang abang askar tala kangkang.

Signifikan
Err.. sapa-sapa yang ada sainap ngan butang aku kat kanan sana ari tu, sila menghubung aku. Sure tak menyesal. Aku dapat kenalpasti ada 2-3 orang sainap sejurus selepas post Spesel Feature:Signifikan dilancarkan.

Gambel Lo
Lumpur Stadium Merdeka kat kasut aku pun dah habih tanggal, namun post terhandal Gambel Lo report konsert tersebut masih belum kelihatan. Rest assured that aku skang tengah menulis perkara tersebut dan barangkali berjaya di-post sedikit masa lagi. Dan paling sadis bulan depan baru kuar.
Seperkara mengenai post-post bercorak report ni dan signifikannya mengapa ia selalu lambat keluar adalah karena aku selalu menunggu gambar siap diproses. Dan gambar kat dalam kamera member yang entah bila nak hantar kat aku. Kan elok kalau aku (mampu) ada kamera sendiri?

Aduh Lana Lang
Kalau korang peka, malam ahad adalah episod Smallville yang paling hit sekali. Member saya (Fatt Lee) tak habih-habih cerita pasal episod tu. Ending dia sebagaimana yang kita semua nak. Walaupun di kalangan kutu2 semua, menonton Smallville ni adalah perkara yang paling tak cool sekali. Namun sekali-sekala aku nak jugak pekena dan melayan TV. Hek ele.. mana style main download. Aku nak hargai thrill menengok TV tu macam zaman dulu. Nak nengok cerita Opah tunggu setiap hari depan TV. Menunggu hari berganti hingga tiba rancangan kegemaran kita itu sangat mempersonakan. Memecut balik ke rumah takut terlepas. Bukan macam bebudak zaman skang ni, download episod, baca script kat internet. Pejaddahnya gitu? Itu bukan nengok TV namanya?! Kalau nak nengok TV nengoklah TV. Baru true!
(awek Lana Lang ni adalah calon Seleksi Awek Minggu Ini yang akan datang)

Comments

mohdismail said…
hapdet jua akhirnya..lala

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa