kmx|nine

Are you readehh?
Dalam sedikit masa lagi gua akan melancarkan kmxnine. Tak sehandal seperti yang disangka tetapi itu bukan keseluruhan 'facelift' yang dimaksudkan. kmxnine hanyalah sebahagian kecil daripada Expression Architecture(TM) yang aku sedang bangunkan skang ni. Dan semuanya akan dilancarkan secara berperingkat untuk memastikan keseimbangan dan karma timbal balik yang konstan. Jadual harian aku juga telah jauh berubah skang ni. Aku terpaksa me-alocate lebih masa di hadapan kompiter untuk mepastikan semuanya berjalan lancar. Banyak perkara baru yang aku temui, banyak jalan baru yang aku rintis, tak terhingga pengetahuan yang aku berjaya kutip along the way. Pace pembangunan aku skang ni adalah jauh (jauhhhh) lebih laju dari 5 tahun dulu. Skang semuanya mesti cepat. Takde masa untuk aku tak paham sesuatu perkara. Mesti kena tahu itu jam jugak. Aku juga mengambik kira beberapa ratus aspek lain (setiap satu) supaya tak terlepas pandang walau satu fungsi sekalipun. Sekarang adalah masa untuk bekerja dengan lebih gigih dan perancangan yang lebih solid, supaya satu hari nanti, Expression Architecture(TM) yang aku bina ni akan menjadi satu hasil seni algoritma yang kompleks, ia menjadi seni, dan seni meraih nyawa (hidup), bergerak dengan upaya sendiri, menambah dan menaiktaraf diri sendiri secara automatik dan akhirnya menjana kitaran yang kekal abadi. Bukankah ini Pyrokumprinx Advanced Media?

Comments

jr said…
beta tunggu!
mohdismail said…
gamma juga akan tunggu..harhar
*eh amin..kmx|nine still kat blogspot ke?
Kumprinx said…
pindah kot..?
ko ni.. kantoi la aku mcm ni..

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa