Kumprinx April Fool Stunt


Hari Sabtu aku bukan sahaja menerima e-mail, mesej YM malah ada SMS menyatakan rasa tak puas hati dengan 'penukaran format' Pyrokumprinx Advanced Media' kepada 'Media Galeri Awek'.

Ceh! Aku sendiri cukup tak berkenan dengan nama 'Media Galeri Awek' tu.

Kendati itu semua adalah stunt 'April Fool' yang aku buat sebab aku agak boring hari Jumaat sebelumnya. Boring tak boring sangat, tapi saje nak main-main. Dan aku memang tak into ngan April Fool ni. Namun sekali sekala aku ingin mencuba sesuatu yang baru dan exciting. Dan mana datangnya perkataan April Fool ni aku tak tau. Entah yahudi mana yang reka mende ni.

Keseluruhan template blog ditukar kepada rupa yang baru tipikal dengan rupa TGP lucah yang biasa korang nengok. Dengan nama baru Media Galeri Awek aku memaklumkan kepada semua bahawa blog ini sudah ditukar formatnya kepada TGP (thumbnail gallery post) yang penuh dengan gambar awek jepun.

"Tak adil la kepada kami yang perempuan ni.."Kata salah seorang yang tak puas hati. Itu jam kalau korang bersemangat waja nak nengok gambar lucah, mesti terkena dengan stunt ni. Sebab semua link pada gambar tu menuju kepada satu page yang aku tiru bulat-bulat blog ni. Siap dengan header April Fool. Pada yang segan-segan tu mesti ingat aku dah tak betul dah. Hehe..

Padahal memang tak munasabah dan tak masuk akal kalau aku tukar blog ni kepada TGP lucah. Hish..

Ini membuktikan bahawa aku serius untuk bergurau senda. Dan kalau ada event apa-apa lagi di masa hadapan aku tak teragak-agak nak rework balik template blog ni 100% sekaligus membuang sejam dua dari masa berharga aku.

Waima menukar keseluruhan rupa paras blog ni juga adalah satu tindakan yang berisiko tinggi. Mana tau time tu lah robot search engine nak crawl site ni ataupun pengunjung pertama kali. Sekali lagi membuktikan bahawa aku serius untuk bergurau senda.

Pepehal aksi April Fool ni memberikan aku data yang berguna, di mana itu hari hits drop dengan drastik. Membuktikan bahawa korang semua tak suka perkara-perkara kelucahan ni. Dan aku jugak merasa seronok menengok reaksi pengunjung. Kalau nak menipu ataupun bergurau bukan hari April Fool je, hari-hari pun boleh.

To those who we're hit by the April Fool stunt, please accept my sincere apology. To those who missed it, I pity you.

Comments

hassantuah said…
Kisah april fool ini bermula ketika kejatuhan penduduk islam.Pada zaman dahulu,penduduk-penduduk islam terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri DARI Tentera Kristian.Penduduk2 muslAntiLoop diberitahu mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat dengan menggunakan kapal yg berlabuh di pelabuhan . Keesokan harinya, ˜1 April",mereka menuju ke pelabuhan dan pihak kristian menggeladah rumah penduduk islam itu.Pihak Kristian mulalah menyerang kaum muslimin dan membunuh kesemua penduduk Islam.Peristiwa berdarah yg menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera kristian.kejadian ini akhirnya diraikan bukan sahaja di Sepanyol tetapi di serata dunia Yg menyedihkan,orang2 Islam ada juga yg meraikan.
Hantar mesej ini kpd rakan
sofe said…
aiseh, cemana akak bole tak perasan yg ko buat lawak april fool, pelik2, sedangkan akak ni pembaca yg sangat setia, cuma maleh nak komen jer kenkadang
Kumprinx said…
terlepas la ni..
Anonymous said…
Very nice! I found a place where you can
make some nice extra cash secret shopping. Just go to the site below
and put in your zip to see what's available in your area.
I made over $900 last month having fun!
make extra money
Anonymous said…
Very nice! I found a place where you can
make some nice extra cash secret shopping. Just go to the site below
and put in your zip to see what's available in your area.
I made over $900 last month having fun!
make extra money

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa