Pengalaman Ngeri Saya Diserang Ular Tedung Senduk

Itu jam aku sedang memandu Kawasaki Turbo aku dengan kelajuan minima sebab dalam kawasan perumahan. Prestasi motor yang semakin merosot bermain-main di pikiran aku. "Kena tukar plug ni", getus hatiku.

Tiba-tiba aku ternampak seekor ular di tengah jalan. Masa tu dalam 5 meter gitu. Memula aku menjadi kaget. Tapi sejurus selepas tu aku berasa rilek balik. Sebab kes-kes macam ni selalu berlaku di mana kita ingat ular, rupanya tayar basikal di tengah jalan. "Tayar je tu..", otak aku cuba merilek kan keadaan.

Semulajadi tindak-tanduk manusia normal, aku tiba-tiba berniat nak gelek je tayar tu daripada mengelak dan menyebabkan rugi tenaga beberapa joule.

Bila dah dekat, darah aku menyirap sekali lagi sebab yangmula-mula ku sangka ularpastu nampak macam tayar pulakalih-alih ular betul.

Dan ular tu terkejut jugak. Dia cuba berdiri setinggi-tinggi yang boleh. Sampai paras pinggang. Leher dia semakin menipis. "Sssssst", kata ular tu. Aku cuba mengelak sekuat hati. Aku melipat motor aku ke kanan sampai cecah stand. Seraya membalas ke kiri. Itu jam aku nampak ular tu cuba mematuk betis aku. "Shiahhh!!", jerit aku sambil menukar kepada gear 2 dan memulas habih pendikit motor aku sampai 'ter-wili'.

Aku memberhentikan kawasaki turbo kira-kira 4 meter dari ular tersebut. Ular tu memandang bengis ke arah aku sambil menjelir-jelirkan lidahnya. "Sssss....", ular tu masih berdiri setinggi satu meter daripada tanah.

Slow-slow aku menyeluk poket seluar aku. Telefon bimbit model zaman Hail Amir ku bawak keluar seraya terus mendail satu nombor.

"Hello Steve Irwin!!"

Comments

jarri said…
dia bukan dh arwah ke?
Rockerz said…
Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang TERHANGAT DI MALAYSIA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Cuma bayar RM50 sekali seumur hidup dan lihat wang akan mencurah-curah ke akaun bank anda sampai bila-bila. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.
Rockerz said…
Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang TERHANGAT DI MALAYSIA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Cuma bayar RM50 sekali seumur hidup dan lihat wang akan mencurah-curah ke akaun bank anda sampai bila-bila. Peluang jana wang automatik di sini.
eleanor said…
tahniah kumprinx. aku bangga dgn ko. keep up the good work weii. buat entry2 power2 nye then aku masuk byk kali n ko pon cepat dpt duit... swimsuit fit tu pon ko nye marketing tool gak ke?? betul ke ape yg aku ckp ni?
buttet said…
woit lawak betui..cilakak ko amin..amik nie zasss..seraya aku karate betis ko

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa