Pengalaman Ngeri Saya Sehari Suntuk Tak Makan Nasik

Ahad 9 April 2006
Hari tu aku memulakan hari aku seperti biasa iaitu bangun pukul 12.00 tengahari. Lepas mandi aku nengok Melodi dulu. Pastu baru keluar ke bandar. Kemudian aku layan komputer dulu, nengok statistik, tweak sana-tweak sini, nengok gambar, post 2-3 kat Diges.

Pastu baru aku sedar bahawa perut aku sangat lapar dan tak makan apa-apa lagi sepanjang hari ni. Aku turun ke bawah dengan harapan untuk menapau nasik goreng di kedai Din Cafe. Sayangnya kedai Din Cafe tutup. Yang buka hanyalah Kedai Makan Maggot Fcukinghell. Huh, biar aku mati tak makan nasik daripada tapau nasik kat situ. Terus hilang rasa lapar aku bila mengenangkan insiden maggot hari tu.

Kemudian aku kembali ke ibusawat dan menyambung layan kompiter. Setelah beberapa lama, rasa lapar tu naik kembali. Aku usyar kat luar nampak motor member aku. "Mesti dia ada kat kedai Oyie ni..", getus hatiku. Aku pun naik ke satu lagi cybercafe kat Centerpoint ni sebab aku yakin member aku tu ada lepak kat sana. Dan saya berhajat nak ajak dia makan nasik.

"Kejap lagi la Kump, aku ada hal ni.", katanya. Ceh! Dengan perut yang dah start berbunyi aku kembali ke ibusawat dan melayan DVD pulak. Dengan harapan menonton Sin City akan menghilangkan rasa lapar di sanubari aku ni. Sebabnya takde kedai makan yang bukak kat Centerpoint ni pada hari ahad macam ni. Kalau adapun kat bandar sana. Itupun besar kemungkinan nasik dah habih.

Tiit tiit... mesej berbunyi.
Mael ajak lepak kat batu.2 sana. Ini peluang baik, getus hatiku. Kemudian aku merempit bersama Kawasaki Turbo ke lokasi lepak diaorang. Setibanya di sana aku hampa. "Hek ele... pesal korang lepak sini?! Kat sini mana boleh makan nasik?!". Kedai tu hanya ada jual pisang goreng. Aku sempat sebat 5 bijik pisang goreng sebelum merempit ke Taman Permai untuk main bola (futsal).

Hari panas. Perut lapar. Aku main bola jugak. Walaupun tenaga tak berapa banyak dalam badan tapi aku kerahkan jugak. Rasa nak pengsan dah. Lapar gile wa cakap lu.

Menjelang Maghrib baru abih main bola. Badan peluh-peluh. Kaki ketar-ketar. Lalu aku memecut ke Taman Pertama dengan harapan ada kedai kari ayam bukak. Bila perut aku lapar tak hengat, aku pasti akan aim satu menu. Dalam kes ini, aku aim kari ayam. Malangnya kedai mamak tu tak bukak.

Lalu aku merempit pulak ke bandar. Ke kedai Tehran (Sri Medina). Walaupun track record kedai ni tak baik ekoran penemuan kuku manusia dalam air dia, tapi aku tak kisah dah asalkan dapat makan kari ayam sebab aku dah lapar gile dah ni. Pehh nasib baik bukak. Dan kari ayam ada lagi.

Itu jam aku mintak nasik sebanyak satu-paruh (satu setengah). Taruk ayam goreng seketul yang paling beso. Tuang kuah kari sampai merah nasik tu. Ambik table tepi longkang. Dan terus makan. Nak keluar air mata wa cakap lu. Daripada lapar gile, pastu kena pulak kari ayam beserta neskepe'o ais yang sejuk.

Akhirnya aku tersandar kekenyangan kat kedai tu. Asap rokok aku hela slow-slow. Mimpi ngeri aku kelaparan sudah berakhir. Setelah sehari suntuk tak makan nasik, kini aku berjaya makan nasik. Kenikmatannya tak terperi lagi sebab sebentar tadi aku sangat lapar, dan skang ni kenyang gile.
Begitulah pengalaman ngeri saya tak makan nasik sehari suntuk.

Sebelum blah, aku jerit kat mamak tu,
"Mamak, roti nan satu, ayam tandoori, kuah kari, angkat mari!!"

(cerita pasal tak makan nasik sehari suntuk adalah cerita sia-sia yang sangat membuang masa korang dan takde kepentingan langsung)

Coming Soon!:
-BOTB Season Finale (Today 5.30pm)
-Lawsuit (2 part series)
-Seleksi Blog Minggu Ini

Comments

nicknuck said…
sedih gila makan nasik sambil menitis air mata...
Kumprinx said…
tangkap nangis beb..
hehe..
Anonymous said…
giler la lu kumprinx!mesti giler besr lu makan

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa