Seleksi Blog Minggu Ini : Hilang Punca Online

You'll love this oneBlog pilihan kali ini adalah versi 'atas talian' (online la.. haiya..) zine Hilang Punca daripada penulis tersohor, Firdaus. Seperti saya, Firdaus juga adalah seorang kutu lepak handalan.

Sebelum apa-apa, meh aku cerita sikit pasal backround dia.Hampir 10 nan lalu, aku ngan Firdaus ni start satu zine, Thinking Straight. Sebuah zine HC/Punk straight-edge yang pertama sekali kat Kuala Lipis ni. Kami bersama-sama menulis untuk zine ni. Kemudian untuk isu seterusnya Firdaus ni blah ke Kuantan untuk sambung belajar (sekolah tingkatan tiga). Maka secara otomatik aku menjadi penaung kepada zine Thinking Straight. Di bawah gagasan aku, zine ni bertahan sampai 5 isu dalam jangkamasa 4 tahun penerbitan (slow tak slow le..) Manakala Firdaus di Kuantan sana memulakan zine baru dia bertajuk Reunite. Aku kurang periksa zine ni sampai no berapa keluar dan akhirnya RIP (rasa aku). Karier penulisan Firdaus ni tak berhenti di situ, dia memulakan satu newsletter baru bertajuk Hilang Punca. Menjelang isu ke.3 (tak silap aku) Hilang Punca dinaiktaraf kepada zine. Zine Hilang Punca dengan cepat menjadi hit di kalangan HC/Punk semua. Ada jugak laporan yang aku terima, zine dia ni adalah antara zine terbaik satu level ngan Biodegratable Material, Chronically Donut , Embrace dan lain-lain.

Awal 2002, itu jam aku pulak nak terbitkan zine baru, maka aku ajak si Firdaus ni untuk berkoleberasi sekali lagi untuk menerbitkan bahan bacaan *ilmiah* untuk tatapan semua orang. Ada juga gossip liar mengatakan aku sengaja menumpang popularity zine Hilang Punca ni untuk market zine baru aku tu. Realitinya aku sengaja nak relive the good ol'days merelease zine bersama-sama. Sembang punya sembang, delay punya delay, awal 2003 maka release la zine terbaru kitaorang Journal Vol.1/Hilang Punca #5 Crossover. Selepas itu maka tiada lagi apa-apa release terbaru daripada kitaorang.

Zine Journal Vol.2 toksah tunggu lah, sebab barangkali lambat sangat lagi aku nak release. Tapi peminat semua tertanya-tanya, Bilakah zine Hilang Punca isu terbaru akan keluar? Ya, Hilang Punca isu baru memang dah nak release sangat dah itu jam. Material semua dah nak cukup untuk release isu baru.

"Kalau susah sangat nak release, ko publish je online.." -saya

Dipendekkan cerita, setelah menghadiri kursus blogging anjuran saya sendiri, maka Firdaus telahpun melancarkan blog Hilang Punca yang memaparkan artikel-artikel dan penulisan yang memang sepatutnya untuk zine Hilang Punca#6. Kini Hilang Punca telahpun melangkah ke 'era siber' (menyampah aku perkataan ni) dan bersedia dicapai oleh kelompok audien yang lebih besar.

Apakah rahsia kejayaan zine ni?Penulisan. Aku mengklasifikasikan penulisan dia sebagai 'psycho-sarcastic' dengan flair yang tak jauh lari dari format yang aku gunakan. Iaitu format yang selesa dibaca. Tak mengilukan otak dan menyeronokkan. Korang boleh anggap dia samada 100% merepek ataupun menyampaikan point yang tajam serta cuba bersikap sarkastik dan hanya dibezakan dengen elemen jenaka/lucu di bawah paras sedar. (the fine line between nonsense/crap and sarcastism is only divided by sub-conscious humour) Secara tak sedar jugak semua kata-kata dia ni kena atas batang hidung semua orang. Dan aku sering tertanya-tanya, biar betul dia ni? Main-main ke? Ada sesetengah kes, aku saspek dia ni banyak sangat baca novel cinta yang banyak kat pasaran skang. Takpun ruangan Cerpen dalam surat khabar.

Ahh.. aku nak up lebih-lebih kang dia bangga pulak. Blog Hilang Punca ni aku sangatlah highly-recommended untuk korang baca. Puas hati, gerenti. Klik link kat bawah ni, baca semua yang ada kat sana, dan bagitau dia Kumprinx suruh datang. Komen kat semua post yang korang rasa berkenan. Bookmark, print baca bawak balik umah. Apa-apa sahaja. Terbaik. 5 Bintang! (masakan aku menulis sepanjang ini?)

Hilang Punca

Comments

Rockerz said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Rockerz said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Dhani said…
dua perkataan utk HILANG PUNCA: "best giler".




p/s:- pasti nyesal korang tak baca tulisan abg fir nih. serius aku cakap.
Dhani said…
bang. promote skit blog ni: http://goblog2006.blogdrive.com/ hehe.:)

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa