Special Feature: Seleksi Gambel Lo

Pesta Malam Indonesia Special Report

Prolog
Beberapa bulan nan lalu...
"Jumpa kami pada 15 April 2006 di stadium Merdeka.." kata Ahmad Dhani dalam rancangan Melodi. Itu jam aku kat Bentong sana ngan Mael atas beberapa urusan. Aku karate meja, berdiri dan berkata kepada Mael, "Kumpul duit, packing baju seme, kita pegi nengok konset Dewa!!!"
"Yeahhh!!"

Bab 1 - Mat Konset
"Kalau ada konsert mesti turun, baru true.."
Mendengar je Dewa akan turun ke Malaysia sekali lagi aku menjadi sangat teruja. Ini musti tonton. Nak-nak dia buat kat stadium merdeka. Selepas kecewa kat KL Tower tempohari, aku harap konsert kali ni sure lebih power dari yang lepas. Konsert juga seronok sebab boleh nengok band tu improvise lagu-lagu diaorang dan menengok sendiri secara live macamana diaorang main untuk rujukkan di masa akan datang. Sebagai pemuzik sendiri, pengalaman ini adalah sangat berharga dan ngak bisa dilepaskan.

Bab 2 - Preparation
Last event kat stadium merdeka adalah konsert Search pada 2004 ari tu. Itu jam aku ingat lagi, betapa pancitnya aku time tu. Lelah tak hengat. Tapi kalu ni aku akan bersedia dengan lebih jitu. Pergi ke konsert kat Kolumpo bukan sekadar berdiri berjam-jam, lompat-lompat macam orang gila dan sing-a-long sapai sakit tekak, tapi kena jugak ambik kira aspek menapak berbatu-batu kat ibukota sana samada mencari venue, jenjalan, cari kedai makan dan kena kejar anjing. Takde lagi kutu yang boleh diharap untuk bawak keta. Aku sendiri takde lesen memandu yang sah jadi jalan yang paling old-school adalah naik bas ke Kolumpo sana dan navigate around dengan hanya berjalan kaki (takpun naik bas).
Memula aku melakukan rutin menapak (brisk-walk) di waktu pagi untuk menambahkan stamina. Lama-kelamaan aktiviti ini menjadi sangat boring sebab hari-hari kena kejar ngan babi. (jogging dalam hutan pehal beb?). Isk.. kena cari jalan lain nih..

Bab 3 - Jubli Perak Tempoyang Chaos Crew
"Kumprinx, ko buat apa kat sini?"
"Aku nak join korang la ni.."
"Ko jangan buat gila.. ko mana into mende ni.."
Setelah 10 tahun berehat, kini aku kembali dari persaraan. 10 tahun dulu aku adalah antara pioneer mende ni. Tapi semenjak berpindah ke bandar, aku terus stop. Mungkin sebab aku dah start main skateboard time tu. Sungguh kekok. Pada hari pertama seluruh badan aku sakit-sakit. Kaki ketar-ketar. Masuk seminggu aku mula mendapat rentak. Stamina aku semakin meningkat. Naik tangga dah tak lelah.
"Pehal ko tetiba nak main futsal balik ni?"
"Fitness. Dengarnya 8 jam konsert tu nanti.."

Bab 4 - 'Pitih Belana'
Kira-kira 3 minggu sebelum konsert aku dah mula meng-organise ahli pasukan. Mengatur perjalanan dan strategi. Masalah yang paling jitu skang ni adalah masalah kewangan. Itu jam aku duit langsung takde. Sebagai kutu lepak handalan, ini adalah perkara biasa. Dan ada jugak beberapa ahli pasukan yang lain masih tak berusaha dalam bab ni. Konsert dah dekat. Duit takde. Dan takde effort langsung. Aku walaupun takde duit jugak, namun aku agak hangin dengan komitment ahli pasukan yang lain. Konsert nak pegi, tapi takde usaha nak cari duit. Asik melepak je. Apa cerita ni?

Bab 5 - Lagi seminggu untuk konsert
"Woii kata nak suh aku beli tiket? Duitnya mana", tanya Ben sewaktu perbualan telefon dengannya seminggu sebelum konsert. Ben adalah seorang pelajar universiti yang jadi incas (in-charge) bahagian tiket.
"Lepak dulu.. kawe pitih takdok lagi deh..", kata aku dalam ayat 'Un-Cool Factor'. Ha'ah, aku duit takde lagi. Nak buat macamana ni?!
"Kitaorang nak pegi nengok kat Planet..", kata Firdaus, incas pasukan B yang dianggotai Amar dan Padeli (Fatt Lee). "Tiket lagi murah..", tambahnya lagi.
Pasukan A skang hanya tinggal aku, Padal ngan Mael. Setelah Amar ngan Padil menarik diri. Aku jugak time tu berkira-kira nak pegi nengok kat Planet jugak. Sebab kalau pasukan A dan pasukan B bersatu, mesti lagi syok.
Lalu aku menghubung incas bahagian tiket (Ben) pasal Showcase kat Planet ni.
"Butoh lu.. Gua dah beli tiket stadium. Ko jangan buat hal! Takkan aku nak pegi sorang-sorang?!!"

Bab 6 - Planet ke stadium?
Kalau kat stadium mesti crowd yang lebih besar dan sound yang lebih pekak telinga. Kalau kat Planet sana besar kemungkinan dapat capik bahu Once. Aku menjadi pening. Tambah pening bila dapat tahu Ben dah beli tiket untuk diri dia sendiri. Setelah beberapa sessi mesyuarat dengan Mael, kami mengambik keputusan untuk stay ngan plan asal. Iaitu nengok konsert kat Stadium merdeka. Pasukan Firdaus (B) tidak mempunyai kewangan yang kukuh dan tak mampu nak beli tiket RM80 kat stadium sana. Kini secara rasminya Pasukan A ngan Pasukan B akan berpecah. "Jangan membanding-banding kepuasan masing-masing. Yang penting sekarang kita semua berkesempatan nengok Dewa secara Live. So have fun!", kata aku dalam satu sessi taklimat kepada semua ahli pasukan A dan B selepas pasukan B cuba bakar line kata nengok kat Planet lagi power. "Korang tau dah ada konsert tapi tak berusaha cari duit. Inilah akibatnya. Namun demikian gua takde hal punya. Asalkan semua dapat nengok", tambah aku lagi.

Bab 7 - "Karaoke satu, GRO dua!"
Menjelang 3 hari sebelum konsert aku masih dibelenggu masalah kewangan. Incas tiket dah berkali-kali mesej aku mintak duit. Aku semakin resah. Bayangan stadium semakin pudar dari pandangan. Adakah kali ni aku gagal ke konsert disebabkan masalah kewangan? Tak sanggup aku.
Dalam kerunsingan tu aku meronda bersama Kawasaki Turbo. me-riki-riki besi-besi buruk di tepi jalan yang mungkin boleh dirembat dan dijual kat Jaya Metal. "Singgah bank la kejap..", getus hatiku.
KLONGGG!!! Berdengung bunyi aku mengkarate mesin ATM tu. Duit Adsense aku dah masuk! Ngam-ngam last minit sebelum pegi konsert. Aku menuding ke arah barat sambil tangan kiri cekak pinggang dan menjerit penuh ambisi, "Ahmad Dhani, AKU DATANG!!!"

Bab 8 - Rancangan Asal
Rancangan kitaorang (pasukan A) adalah aku ngan Mael naik bas ke Kolumpo pada pagi 15/4 (sabtu). Pastu kitaorang randevous ngan incas tiket (Ben) dan tunggu Pedal yang naik keta dan incas bawak kitaorang balik sebelum masuk ke stadium. Pedal bergerak straight dari Bentong sana dan dijadualkan jumpa kitaorang kat Stadium Merdeka jam 3 petang. Pasukan B pulak dijadualkan bergerak pada pagi ahad dan dijadualkan bertemu pasukan A (yang balik malam sebelumnya-lepas abih konsert) di Wisma Oxygen Studio di bentong sebelum meneruskan perjalanan ke Kolumpo. Dan sekembalinya mereka dari sana, mereka akan loading aku ngan Mael untuk sama-sama balik ke tanah air. Solid sungguh planning yang aku buat. Selaku incas bahagian planning, memang menjadi tugas aku untuk meng-koreograf perjalanan trip sesuai dengan situasi dan kebolehan ahli pasukan semua supaya tak clash kat mana-mana dan memastikan trip yang berjalan lancar.

Bab 9 - D-Day
Malam sebelumnya aku berjaga di depan komputer. Aku sedar aku memerlukan banyak stamina keesokkan harinya namun aku sengaja berjaga malam tu sebab esoknya nak naik bas. Kalau naik bas mesti dalam keadaan mengantuk sebab boleh tido dalam bas. Kalau tak nanti keluar tengkorak sebab boring sangat.
Pagi tu aku bangun awal. Hari tu pasar. Stesen bas sungguh havoc ngan makcik-makcik dan awek-awek yang pegi pasar. Sekonyong-konyong Mael tiba. Dalam bas aku dapat kesan 2 orang warga Indonesia. "Nak pegi nengok Gigi ni", getus hatiku.
Dalam bas aku tido macam baby. Haram tak sedar apa-apa. Setelah 3 jam lebih tido akhirnya kami tiba di Kolumpo. Kami disambut dengan hiruk pikuk ibukota. Keta yang bersusun saling hon-mengehon antara satu sama lain. Asap yang menyesakkan nafas, orang yang sentiasa ramai dengan tujuan masing-masing dan awek-awek pakai seksi. Sekilas aku teringat mengapa aku tinggalkan kota ini satu masa dulu.
Sejurus selepas tiba kitaorang terus mempekena teh tarik kat restoran Syukran. Sambil mengoyakkan roti telur untuk dicicah dalam kari ikan tu, aku ngan Mael meneliti planning untuk hari ni. Kalau dah kat sini aku tak melepaskan peluang berjalan-jalan dan berkira-kira nak punah duit Adsense yang aku baru dapat 2-3 hari nan lalu. Akhirnya setel jam tangan baru satu.

Bab 10 - Mael nak beli gitar baru
Dari kotaraya kitaorang naik bas ke Bukit Bintang sebab Mael ada misi kat sana. Dia nak beli gitar baru. Gitar baru ni, dan beg kitaorang dijadualkan letak kat dalam keta Pedal yang akan tiba beberapa jam lagi. Dan aku jugak ada misi kat Lot-10 sana iaitu pekena berak sebab tak berak lagi pagi tadi. Sejam habih kat kedai gitar (Bentley). Kat situ jugak Ben sampai menyertai pasukan kami. Setelah setel, kami pekena makan nasik dulu. Dan itu jamlah aku mendapat berita fcukinghell dari Pedal,
"Aku tak dapat datang, terpaksa keje lebih masa!"
Aiseymen.. macamana nak balik malam kang. Bebarang kitaorang ni nak letak kat mana?

Bab 11 - Ada hati mesti jadi
Secepat kilat aku merumuskan plan baru. Gitar hantar balik kat Bentley. Tinggal dulu kat sana. Dan cuba cari port penginapan untuk malam tu. Memang ramai member yang boleh bantu cari tempat nak crash for the night. Tapi aku tak into teknik ni. Nak cari hotel semua dah penuh. "Indon ramai malam ni dik..", kata awek kaunter hotel tu. Dan ada jugak brader hotel yang kata, "Malam minggu ni, ramai orang beromen. Semua dah penuh". Cam haram. Kegagalan Pedal untuk datang hari ni telah mengkucar-kacirkan planning kitaorang.
Tapi itu tak melemahkan semangat kitaorang. Ada beg ke takde beg ke konsert mesti nengok. Walaupun beg yang berat bisa mengurangkan stamina dengan cepat dan tak seronok nak lompat-lompat tapi ada hati mesti jadi. Perjalanan diteruskan. Malam kang dah habih konsert, lain cerita.

Bab 12 - "Aku nak balik Malaysia!!"
Kitaorang naik 'ketapi karan satu landasan' ke Stadium Merdeka. Setibanya di sana aku terkasima. Begitu ramai orang kat situ. Orang malaysia outnumbered. Brader-brader indon semua dengan jenis pakaian aneka ragam, rambut stail Black Rimba Bara. Ada yang mohawak. Ada yang muka ganas. Ada yang aww. Ada yang satu pasukan siap pakaian seragam. Muka semua ganas. Ada jugak parking kat sana kira-kira 8 bijik lori pasukan keselamatan. "Macam nak perang je ni..", getus hatiku sambil mem-flashback peristiwa hitam masa kat konsert Search 2 tahun yang lepas...
Itu jam mamat indon ngan orang malaysia sama ramai. Persembahan Godbless yang terlalu lama menaikkan kemarahan peminat Search. Kutuk-mengutuk berkumandang di udara. Dan di sana-sini pergaduhan berlaku. Sungguh chaos. Peminat dari seberang begitu agresif. Sampai satu peringkat perdaduhan tu berlaku betul-betul sebelah kitaorang. Seorang brader ni terjelepok di kaki kitaorang. Dia cedera parah dan darah memercik ke kaki kitaorang membuatkan kitaorang terpaksa blah jauh dari port tu. Kitaorang sentiasa dalam keadaan takut sebab keadaannya sangat chaos. (kitaorang peace-punk.. hehe..) Bila-bila masa je boleh jadi mangsa. Kena ketuk kepala ke, flying kick ke. Itulah konsert paling chaos penuh berdarah yang kitaorang pernah pegi. Semua tak reti nak bertoleransi dan bertolak ansur. Semua nak tunjuk handal. Dan peminat-peminat yang datang nak layan muzik menjadi mangsa tesepit kat tengah-tengah.
Aku sangat khuatir Konsert Pesta Malam Indonesia ni akan menyaksikan lagi pergaduhan sengit yang huru-hara macam ari tu..

Bab 13 - Bendera
Tanpa membuang masa kitaorang terus masuk ke dalam stadium. Secara misteri aku dapat dua pasang wristband merah yang ada tulis Pesta Malam Indonesia. Sampai kat padang orang dah ramai. Cokelat tengah perform. Ngeri aku nengok wajah-wajah orang kat situ. Semuanya ganas. Macam nak gaduh je. Kami mengambik port kat belakang sekali. Bersandar kat pagar yang memisahkan antara tiket RM80 dan RM60 sambil layan Cokelat. Skrin kat belakang stage tu macam rosak je. Kejap ada gambar, kejap takde. Sound pun tak seimbang. Gitar utama bunyi slow. Goreng tak dengar.
Bendera. Aku ingat lagi ni mesti warga indonesia semua suka. Kira macam lagu kebangsaan gitu. Bisa naik semangat. Aku hanya duduk dan layan angguk-angguk kepala bila..
Poww!!!
Pagar kat belakang kitaorang pecah. Mamat indon semua menerjah masuk. Ramai gile. Semua berlari kencang. Macam air terjun. Pasukan keselamatan terkebil-kebil memandang sebab ramai sangat. Dan sekali-sekala libas kayu kat diaorang. Keadaan sungguh kucar kacir. Pasukan keselamatan hanya ada 4-5 orang je kat area tu, patut la diaorang berani nak pecahkan pagar tu. Setelah kira-kira 400 orang berjaya masuk ke area tiket RM80 tu barulah keadaan kembali reda. Pagar dinaikkan balik. Dan baru tu lah pasukan keselamatan nak tingkatkan kawalan.
Kat belah tempat duduk sana pun ada jugak yang panjat masuk. Ada yang jatuh kepala dulu. Dan ada jugak yang kantoi dan disuruh keluar.
Huii.. apa cerita ni?!

Bersambung.

Comments

mohdismail said…
dan bila yang kedua?
mushluv said…
bab 7 KKMA.. ehhe, aku kabo dah, musti drg rempuh gate punya..
Kumprinx said…
yang ke-2 somewhere mondaylah aku rasa.. ada video tau..

mushluv, ko mmg x silap. Namun aku tak nak amik risiko kena bedul ngan pengawal keselamatan tu.
Anonymous said…
bodo la mat2 indon ni.. takkan konset lagu mellow indo rock pon nak buat chaos??? menyirap sial darah ni bace entry ko
esbradz said…
syabas! kau bersemangat jitu!

aku?
sedang asyik konsert berlangsung, hanya diperli oleh member aku..
"nak tgk DEWA sgt? esok kita pi Bt Caves..bapak besar dewa situ"

cit!
aku terus tekan butang on/off PC tanpa tutup YM dan PC secara jujur!..arghhhh
buttet said…
hahaha amin ekau pun pie sama...apasal tak calling kalau tidak leh bagi ang masuk back stage..mesti leh peluk ahmad dhani :P..memang chaos masa pagar tue runtuh...macam lari berhalangan pun ada..tetapi aku tetap puas..nk tgk gmbar konsert masuk

http://buttet.fotopages.com

hahah iklan kejap amin..aku pun dok planning nak buat entry nie
NaSh said…
hek eleh.. x abis lg citer ni..
Kumprinx said…
nantikan sambungannya isnin ni.

cite tak abih lagi ni kengkawan..

Buttet aku ingat ko main bomoh la. Hampeh tul.. pepehal nanti Part 2 bila aku dah start guna gambar ko, aku kempen potopages ko tu baikk punya.. hehe..

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa