Special Feature: Signifikan


"Kenapa En. Amin kenapa? Kenapa ada syarikat daripada California bagi awak cek? Ni Google ni syarikat jual apa? Adsense ni apa? MLM? Skin Cepat Kaya apa yang awak masuk ni? Apa istimewanya awak ni sampai orang luar negara bagi awak cek? Bagitau saya En.Amin. Bagitau saya!"

Google adalah antara syarikat yang paling aku suka sekali. Aku telah menggunakan Google lebih dulu sebelum kerajaan bagi rakyat keluar duit KWSP beli komputer. Aku dah lebih dulu kenal Google sebelum diaorang masuk stock exchange. Sebelum jadi syarikat multi billion dollar macam skang ni. Daripada interface kodi zaman sebelum perang sampai la skang.

Minat aku yang mendalam terhadap Google dan algoritma enjin carian dia signifikan terhadap penglibatan aku dalam bidang internet ni. Kira skang ni dah 10 tahun aku berada dalam 'alam siber' (menyampah aku perkataan ni). Aku lebih dulu ada website sendiri daripada sesapa pun kat Kuala Lipis ni. Teringat zaman-zaman dulu di mana membina laman web daripada template. Scan gambar kat Cyber Cafe. Bawak balik, edit kat rumah ngan kompiter zaman 'toru'. Dan kendian bawak balik ke CC tu upload. Begitu bersemangat aku nak mengadakan online presence aku kat alam siber (geli aku perkataan ni).

Itu jam banyak sangat mende yang aku tak tau. Demi untuk mengadakan 'laman web' (eii..) sendiri aku harus tahu HTML. Dan aku belajar sendiri. Beribu-ribu trial and error. Aku musti pandai dan tahu. Takde pilihan lain lagi. Bila teknologi tu dah progress, aku kena lagi belajar. Belajar sendiri. Nak rujuk sapa lagi?

Itu jam jugak aku nampak sendiri orang lain jadi kaya dengan internet ni. Aku juga telah riki dan menyelidik peluang yang ada untuk aku sendiri (nak jadi kaya jugak). Namun disebabkan oleh demographic factor dan angkara malas, jalan yang aku temui tu semua menuju kebuntuan. Aku bukan tak yakin, tapi aku tau ia memerlukan komitmen yang tak berbelah bahagi.

Setakat MLM tak payah la..
Skim cepat kaya? Besar kemungkinan cepat miskin.
Randomizer? Random Ringgit? Ek ele.. spam* blog orang boleh la..

Kerja. Kerja ni memang satu perbuatan mulia yang dapat pahala dan bisa jugak masuk neraka kalau kerja tak halal. Aku bukan malas nak kerja. Tapi aku ngeri kalau aku terlepas apa-apa event hanya sebab terpaksa bekerja. Bape ramai yang miss konsert Search ari tu sebab terpaksa bekerja. Member saya tak dapat ke Pesta Malam Indonesia sebab terpaksa kerja lebih masa. Hish.. ngeri aku. Malah ada sesetengah kes, member-member aku juga cenderung untuk berhenti kerja dan masuk Geng Kutu Lepak' ni.

Jesteru aku memilih untuk menjadi kutu lepak sepenuh masa. Bangun pagi pukul berapa yang aku nak. Tido pukul berapa yang aku nak. Semua ni dah aku jelaskan dalam post Diari Kutu Lepak Handalan tidak berapa lama dulu.

Bagi sesapa yang ada belajar kompiter kat University ke Kolej ke aku nak tanya satu soalan, Korang ingat tak korang punya first "Hello World!"? Perkataan Hello World tu sendiri signifikan terhadap kejayaan korang menulis sesuatu coding. Namun bagi aku sebab tak belajar kat mana-mana maka aku tak mengikut mana-mana sistem atau silibus. Takde 'Hello World' buat aku. Yang ada hanyalah "Hello. My name is Kumprinx". Dan itu jam punyalah hepi sampai karate meja. Kerana ia signifikan dengan potensi dalam bidang tu.

Exploit. Exploit adalah bidang yang paling aku into sekali. Aku tak boleh reka sesuatu, tapi aku hanya mampu exploit mende yang dah ada. Exploit ni jugak adalah pekerjaan yang paling facinating sekali yang aku buat.

Itu jam Google dah bagi jalan. Adsense telah dibuka kepada publisher di seluruh dunia. Dan hanya perlu aku follow je. Sekali lagi aku stadi. Beribu-ribu trial and error, rokok berpuluh-puluh kotak. Dan mata aku sendiri tak mampu lagi nak tenung monitor kompiter ni. Aku ambik tindakan print semua mende yang aku perlu baca (selamatkan mata). Dan akhirnya kertas yang aku gunakan lebih daripada satu ream. Tanya orang itu, tanya orang ini. Baca lagi.

Hingga tiba pada satu hari aku login kat akaun aku. Dan aku nampak hari tu earning aku adalah USD0.02. Sekali lagi aku meng-karate meja kegembiraan. USD0.02 tu bukan jumlah yang banyak, tapi ia signifikan dan meng-approve bahawa apa yang aku buat ni dah betul. Lalu aku maintain pekerjaan aku. Baca lagi, tanya lagi, print lagi.

Hingga tiba satu lagi hari bersejarah, aku nengok earning aku dah USD100.00 dan layak untuk menerima cek pertama aku. Meja jugak yang aku karate.

Satu lagi hari bersejarah, aku nengok dia tulis 'Payment Sent'. Sambil ketawa aku karate meja.

Sejarah berulang lagi, 3 minggu kemudian cek tu sampai kat umah aku. Menyirap darah aku. Lantas terus menjeritkan motto hidup baru aku yang berbunyi "Kaya, Kayam, Makan Ayam!!". Seraya mengkarate daun pintu.

Kemudian cek tersebut aku arak satu kampung. Tunjuk kat sedara mara, rakan taulan semua sebelum menghantar ke bank untuk di-cash. Kata orang bank, "Cek ni memula akan di hantar ke Dang Wangi iaitu bank cawangan tempat kau bukak akaun ari tu. Pastu ia akan dihantar ke New York balik untuk di-verify sebelum boleh di-cash ke dalam akaun engkau".

Start daripada hari tu maka bermulalah hari-hari saspen dalam hidup aku. Berminggu-minggu aku ulang alik ke bank nak cek duit aku dah masuk ke belum. Banyak kali aku karate mesin ATM tu dek kerana kecewa.

Sehinggalah pada satu hari. Itu jam aku takde niat langsung nak tengok duit. Tapi sebab aku kebetulan lalu depan bank, maka aku mencucuk kad aku.

Gelak besar aku nengok cek aku dah clear. Orang kampung semua kerumun nengok baki akaun aku. RM420.00

RM420.00 bukanlah jumlah yang besar sangat. Bukannya 4 juta. Lantas aku terus keluar RM50.00 untuk pra-enjoy. Aku beli rokok kotak besar satu. Penuh nikmat. Sambil hisap aku berfikir. Hari tu sungguh bermakna kerana ia signifikan dengan pekerjaan aku selama ni. Iaitu duduk depan komputer sampai pagi. Edit sana-edit sini. Tweak sana tweak sini. Walaupun aku terpaksa berjaga sampai pagi, namun bagi aku kerjanya sangatlah effortless. Zaman skang ni nak makan singgit duit orang lain punyalah susah. Apatah lagi RM420.00. Sapa nak bagi korang duit banyak gitu senang-senang je?

Hari tu jugak mark kejayaan yang sangat besar dalam hidup aku. 10 tahun pengalaman digunapakai. Dan duit yang aku dapat tu validate apa yang aku buat selama ni. Dan menandakan bahawa aku tak perlu lagi menoleh ke belakang. Membuat duit daripada internet kini menjadi realiti di depan mata aku. Tak perlu MLM, Skim Cepat Kaya. Tak perlu refferal, tak perlu spam blog orang lain macam geng-geng RandomRinggit tu. Dan paling penting tak perlu modal sesen pun. (Random Ringgit ni memang satu sistem yang slick nak buat duit, aku jugak ada pernah mengkonsider nak join program ni. Namun aku tak berkenan pabila peserta program ni banyak buat comment spam kat blog aku ni, dan jugak blog orang lain. Itu sekaligus menjatuhkan integriti program ni dan menyebabkan aku tak into.)

Mesti korang cakap, "Hek ele.. budak ni. Baru dapat RM420 dah berlagak..". Bukan berlagak bang.. Bagi aku (yakni kutu lepak tak ber-pekerjaan) RM420 ni banyak woo..

Daripada RM420.00 banyak mende aku buat.
-Modal untuk pembangunan kmxnine (paling banyak)
-Belanja family makan
-Belanja member-member dan kroni makan/minum
-Beli minyak rambut, shampoo dll
-Rokok yang konsisten kotak besar selama seminggu
-Topap henset (2 kali)
-Satey 10 inggit makan sorang
-Tukar spark plug, minyak itam Kawasaki Turbo
-Seluar bundle selai
-Beli dompet baru
-ABC special (ada ais-krim)
-Jam tangan baru
-Fail/folder untuk dokumen ngan Highlighter
-Tiket Pesta Malam Indonesia yang paling mahal
-Belanja pengangkutan ke konset
-Sandal/selipar baru
-Jamming
-DVD filem Pride and Prejudice
-Rokok Dunhill 'Button Range'
-'Insole' kasut
-Dunkin Donut 2 bijik
-Roti telur restoran Syukran
-Ayam goreng 3 ketul
-Nut gitar
-Kena pow ngan akak aku RM10

Mengetahui dari mana datangnya duit tu adalah lebih bernilai daripada semua perkara di atas. Bulan ni jugak aku menunggu cek aku yang kedua clear. Iaitu 2 kali ganda lebih banyak. Kali ni tak payah karate meja, beli je meja baru! Hahaha!!

Update! : Jangan pow lagi. Post ini signifikan dengan duit tu semua dah habih sekembalinya aku dari Pesta Malam Indonesia ari tu. Juga cekidaut majalah Al-Islam bulan ni. Ada jugak cerita pasal Adsense ni aku rasa.

Comments

mohdismail said…
internet mmg lubuk duit...hati mau takmau je..
*kmx,10tahun rupanya ko main 'alam siber' nih..hehe
Rockerz said…
Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang TERHANGAT DI MALAYSIA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Cuma bayar RM50 sekali seumur hidup dan lihat wang akan mencurah-curah ke akaun bank anda sampai bila-bila. Peluang jana wang automatik di sini.
Rockerz said…
Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kerja dari rumah. Peluang kerja dari rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)
buttet said…
amin..ko tak masukkan expenses ko karate meja itu hari... :P byk meja dah patah dikarate ko
mushluv said…
2day 24hb, status masih sama. aku harap 27hb statusnya dah bertuko.. ye, KKMA!!
jr said…
wei kaya ni, sure pekat watla kat stadium tertutup daerah lipis. baru otai.
emptyspace said…
tahniah! USD118 bukannye mudah dalam Adsense ni..

to nick rockerz, sempat lagi die letak link bodoh tu kat sini.. baru je author kutuk pasal randomringgit
zairi said…
wah! teruja aku dengan post kau ni. Aku nak tengok cek obersi, macam mana aa? Selepas era Abighnale... :)
Anonymous said…
Aku pun sebenarnya suka bab2 alam cyber ni, masa kat oversea dulu layan jugak ebay pas balik sini tak tau nak business susah....pasal google adsense ni tahniah lah saya ucapkan...dulu ada gak layan skim cepat kaya...rupanya betullah skim cepat miskin...sampai sekarang tak terbayar ....ok
TEST LINK

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa