Posts

Showing posts from May, 2006

Hero Minggu Ini

Image
Biasa aku cerita Awek Minggu Ini je, skang aku nak cerita Hero Minggu Ini.

Hero Minggu Ini (HMI) adalah En. Rapi. Rapi adalah seorang pengusaha kedai makan kat Taman KSM sana. Tadi aku lepak kat kedai dia. Dan dia start bukak cerita..

Hari tu hujan lebat sangat. Dah petang. Ada sorang brader ni bawak motor tengah hujan tu. Tetiba dia terbabas. Jatuh masuk longkang. Mujurlah ada 2 orang brader yang lepak kat kedai makan tu sedar. Diaorang pergi la riki nengok. Pastu 2 orang ni try la tahan keta yang lalu lalang nak mintak tolong hantar budak ni pegi hospital. Seko haram pun taknak benti. Maklumlah hujan lebat.

Cuba teka kereta siapa yang akhirnya berhenti memberi pertolongan?

Dari mulut Rapi sendiri:"Aku lalu depan tu. Tetiba ada 2 budah tahan aku. Aku pusing kat depan sana pastu aku gi usyar. Aku nengok budak yang eksiden tu dah la penuh darah, terbaring dalam longkang, hari hujan, kena hempap ngan motor lagi pastu air longkang tu semakin menaik sampai tenggelam budak tu. Nak bangun …

Musang Berjanggut

Image
Musang Berjanggut berjaya ke final dalam pertandingan Rentak Juara anjuran RTM. Musang Berjanggut ni adalah sebuah band yang aktif kat Kuala Lipis ni. Selalu main event. Sebentar tadi mereka diumumkan layak ke peringkat final sekaligus memikul tanggungjawap untuk menaikkan nama Kuala Lipis ni di arena muzik kebangsaan (dari aspek kugiran). Walaubagaimanapun layak ke peringkat akhir juga adalah satu pencapaian yang bisa dibanggakan. Aku sentiasa berdiri di belakang apa jua produk muzik dan indipenden dari Kuala Lipis ni. Dan gua memberikan sokongan penuh kepada diaorang. Gua ucapkan all the best dan selamat berjaya. Jika menang jangan lupa belanja kitaorang jamming dalam sejam dua gitu..
Nontheless, pencapaian diaorang ni memberikan inspirasi kepada semua pemuzik kat Lipis ni.

"C'mon guys!!"
Musang Berjanggut

Nota Kaki: Kalau aku tau hadiah utama Rentak Juara ni RM50,000.00 , aku pegi Bukit Tujuh sana berjampi kasi terrer.

Itu Lori Sudah Kasi Hantam Saya Punya Motor

Itu pagi saya keluar awal. Suda mandi kalu saya angkat itu motor mahu pergi telefon saya punya kawan. Saya henset kredit finish. Terpaksa mengguna telefon awam. Sampai itu telefon awam saya kasi parking saya punya motor tepi itu publicphone. Itu jam telefon la saya punya kawan. Saya sembang dalam lima minit itu macam, belakang ada satu lori sampah ini sudah reverse. Saya nampak dia menuju terus ke arah motor saya. Laju itu worang! Tara nampak saya punya motor belakang parking sana. Saya suda jerit sama itu worang, "Woi!! Woii motor kalu belakang kasi hantam!! Motor kalu belakang kasi hantam!!", itu worang tara dengar sama saya. Dia terus gostan laju. .

Sekali itu lori sudah kasi hantam saya punya motor.

Seleksi Gambel Lo Part 2

Image
Bab 14 - Padi
Setelah beberapa ketika kekacauan itu kembali reda. Reda tak reda sangat la, tapi kaget gak aku. Mana tau ada lagi apa-apa bahana yang bakal menimpa kitaorang. Setelah dua orang kat atas stage tu merepek sekian lama, maka tibalah giliran untuk Padi beraksi. Menengok band Padi beraksi live adalah satu pengalaman yang sangat rare. Kali terakhir di sini kalau tak silap aku mereka berkongsi stage ngan Holly Vallance.
Itu jam sound masih lagi tak berapa memuaskan. TV beso belakang pentas pun tak berapa nak keluar gambar. Padi letup di atas pentas dengan lagu Prolog yang gua sangat into. Lagu ni pasal kisah silam ahli-ahli kumpulan padi ni bertarung dengan najis dadah. Vokalis dia seakan-akan gugup pada mulanya. Vocal pun macam sangkut-sangkut. Tapi mereka adapt dengan cepat menyesuaikan diri dengan penonton. Di sebalik bunyi gitar utama yang mengecewakan (tak rasa 'kick' goreng dia) tukang nyanyi memberikan persembahan yang hebat dan penuh soul. Dan sekali-sekala menjer…

Special Feature: Signifikan II

Image
Setelah pulang dari Pesta Malam Indonesia tempohari, aku menjadi semakin sengkek. Duit dalam poket pada mulanya cukup-cukup makan. Kemudian dia jadi duit singgit 2-3 keping. Hingga satu tahap, mereka menjadi keping-keping syiling yang berdecing ria setiap kali aku berjalan. Namun hatiku tidak begitu. Hatiku terasa pilu mengenangkan supply rokok yang semakin merudum. Esok lusa nak isap apa lagi kalau yang ni dah habih. Hati aku menjadi sangat sedih memaksa aku mengkonsider menelepon TV3 untuk masuk rancangan Bersamamu. Boleh la aku purak2 nangis nanti. Collect siput babi 2-3 ekor kat belakang umah. Makan nasik ngan gula. (sedap apa?)

Kemiskinan aku mencapai kemuncaknya pada satu malam. Itu jam aku tengah surf-surf internet nengok-nengok gambar. Rokok dah habih, duit pun sama. Itu jam dalam poket aku hanya ada 70sen je. Aku nekad. Aku bertekad nak pegi bandar sana. Beli rokok sebatang, super ring satu. Makan super ring dulu sebelum isap rokok. Apa nak jadi jadilah!

"Rokok bukak suda …

Late Show With Kumprinx

Note: 11.35pm malam tadi. Sekali lagi aku karate mesin ATM tu. Hehe.. Full report coming soon.

Projek baru yang sedang aku usahakan skang ni adalah yang paling 'pain in the as$' sekali. Jiwaku memberontak. Malas je rasanya nak buat, tapi gua kerahkan jugak tenaga. Sebab niche-nye memang aku tak gemar. Dan income dia aku tak pasti lagi. Barangkali aku akan mengalami kerugian (masa) mengusahakan mende ni. Dan barangkali jugak aku bisa mencapai keuntungan yang jitu. Waima sekalipun, pikiran aku skang ni dah terasa ngilu.

Gambar yang aku baru muat-turun semalam pun hilang entah ke mana. Save kat mana dah lupa. Nasib baik jumpa. (nengok header baru tu).

Memandu motorsikal tanpa lampu depan dan belakang sememangnya berbahaya. Namun itulah rutin harian aku skang ni. Kalau jamming balik memalam hari, aku terpaksa merempit dalam kegelapan. Nasib baik aku selalu bawak lighter ajaib aku yang ada lampu. Menghantar Kawasaki Turbo ke kedai motor untuk di-repair adalah sesuatu perkara yang must…

Repekkan Selasa (Merepek Di Hari Selasa)

Di kala korang tengah seronok bukak blog ni, aku kat umah tengah tertonggeng tido dan sekali-sekala berdengkur manja. Malam tadi sekali lagi gua tak tido atas pilihan gua sendiri. Developement yang tak henti-henti. Malah aku jugak dah naik menyampah nengok template Pyrokumprinx Advanced Media (PAM) Versi 'Lite' ni. Takpe, nanti kalau aku dah upgrade nanti, mesti akan memberikan pandangan mata yang fresh bagi korang.

hatikubicara.blogspot.com skang ni dah stop. Tokei dia telah pergi meninggalkan kita semua. Aku bukan baru skang ni dapat tau pasal ni. Cuma aku rasa hari ni adalah hari yang baik untuk aku lakukan sedikit penghormatan kepada arwah. Orangnya aku sendiri tak pernah jumpa, malah berYM pun tak pernah rasanya. Tapi dia juga seorang blogger. Kalau tak sedara seblogger dia sedara se-Islam kita. Ayuhlah kita semua bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah dia.

Dengan ini jugak gua menangguhkan Part 2 Seleksi Gambel Lo.

Kalau korang peka, 2-3 keluaran yang lalu dalam majalah ROTT…