Hero Minggu Ini


Biasa aku cerita Awek Minggu Ini je, skang aku nak cerita Hero Minggu Ini.

Hero Minggu Ini (HMI) adalah En. Rapi. Rapi adalah seorang pengusaha kedai makan kat Taman KSM sana. Tadi aku lepak kat kedai dia. Dan dia start bukak cerita..

Hari tu hujan lebat sangat. Dah petang. Ada sorang brader ni bawak motor tengah hujan tu. Tetiba dia terbabas. Jatuh masuk longkang. Mujurlah ada 2 orang brader yang lepak kat kedai makan tu sedar. Diaorang pergi la riki nengok. Pastu 2 orang ni try la tahan keta yang lalu lalang nak mintak tolong hantar budak ni pegi hospital. Seko haram pun taknak benti. Maklumlah hujan lebat.

Cuba teka kereta siapa yang akhirnya berhenti memberi pertolongan?

Dari mulut Rapi sendiri:"Aku lalu depan tu. Tetiba ada 2 budah tahan aku. Aku pusing kat depan sana pastu aku gi usyar. Aku nengok budak yang eksiden tu dah la penuh darah, terbaring dalam longkang, hari hujan, kena hempap ngan motor lagi pastu air longkang tu semakin menaik sampai tenggelam budak tu. Nak bangun tak boleh, kena tindih ngan motor. Budak tu terkial-kial nak bangun sebab kepala dia dah tenggelam habih. Budak yang dua orang tu terkebil-kebil je nengok. Pastu aku panggil la diaorang tolong angkat budak tu. Baru la diaorang nak tolong akngkat. Bila aku angkat je budak tu tercungap-cungap tarik nafas sebab mungkin dah lemas duduk lama dalam air. Memula aku suggest budak tu panggil ambulan. Budak tu siap tanya aku lagi no ambulan berapa. Sebab dah terlambat aku letak je budak tu dalam keta aku. terus hantar pegi hospital. Dengarnya budak tu masuk ICU, koma."

Cerita ni haram tak sampai ke pengetahuan aku sampai Rapi sendiri cerita. Budak tu pulak dengarnya budak Taman Permai. Tapi tak dapat dikenalpasti identitinya.

Tindakan pantas Rapi adalah satu perbuatan mulia yang harus dipuji. Aku sendiri berasa kagum ngan dia. Rapi memang layar digelar 'Hero Minggu Ini'.

Dari mulut Rapi lagi:"Masa aku bawak budak tu, darah penuh dalam kereta aku. Balik je dari hospital dalam hujan aku basuh kereta. Pastu pagi esoknya aku basuh lagi floor mat, seat, lantai keta semua. Bau hanyir darah tak hilang.."

Comments

gua champion kampung je. belah2 selatan
Am said…
wah dia memang layak digelar hero bukan minggu ini tapi sepanjang zaman tu kmx, sampaikan salam Am pada dia ya, amat gembira masih ada insan yang bersifat begini
ChikaDior said…
wooo... yg xleh tahan, hanyir darah tu! mulia...mulia...mmg mulia... kim slm kat hero tu.
abdullahjones said…
sayang abang rapi.
mohdismail said…
clap..clap..bukan suma org mahu keretanya hanyir demi nyawa org lain..

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa