Late Show With Kumprinx

Note: 11.35pm malam tadi. Sekali lagi aku karate mesin ATM tu. Hehe.. Full report coming soon.

Projek baru yang sedang aku usahakan skang ni adalah yang paling 'pain in the as$' sekali. Jiwaku memberontak. Malas je rasanya nak buat, tapi gua kerahkan jugak tenaga. Sebab niche-nye memang aku tak gemar. Dan income dia aku tak pasti lagi. Barangkali aku akan mengalami kerugian (masa) mengusahakan mende ni. Dan barangkali jugak aku bisa mencapai keuntungan yang jitu. Waima sekalipun, pikiran aku skang ni dah terasa ngilu.

Gambar yang aku baru muat-turun semalam pun hilang entah ke mana. Save kat mana dah lupa. Nasib baik jumpa. (nengok header baru tu).

Memandu motorsikal tanpa lampu depan dan belakang sememangnya berbahaya. Namun itulah rutin harian aku skang ni. Kalau jamming balik memalam hari, aku terpaksa merempit dalam kegelapan. Nasib baik aku selalu bawak lighter ajaib aku yang ada lampu. Menghantar Kawasaki Turbo ke kedai motor untuk di-repair adalah sesuatu perkara yang mustahil sebab semua pomen tak sanggup nak baiki motor tu. Aspek teknikal dia melampaui pengetahuan pomen biasa.

Dah lama dah aku tak tulis cerita untuk korang. Nanti bila ada masa aku akan tulis. Ni cite psyco-thriller yang sangat mencemaskan. Aku nak tulis elok-elok supaya tak jadi macam 'Kejutkan Saya Bila September Berakhir' ari tu. Cam-sial..

Perut aku skang ni jugak dah naik lapar. Dan saya berhajat nak merempit ke pakteh corner sebentar lagi untuk pekena mee kari. Pepagi macam ni memang 'mari' punya kalau pekena mee kari. Namun itu lagi sejam setengah lagi baru bukak kedai tu. Takpe kita repek lagi.

Minggu ni jugak minggu yang tight sebab kami dalam proses me-rekoding lagu. Kalau takde aral melintang, maybe minggu depan dapat la korang donlod lagu kitaorang. Malam berjaga sampai pagi, pagi sampai tengahari tido. Lepas makan nasik, merempit ke studio. Pastu balik umah nengok tv jap, sebelum keluar melepak dan masuk kerja balik jam 12 malam. Kata orang time hantu bertendang.

Aku ingat nak taruk satu post kat sini. Saje nak isi kuota minggu ni. Malangnya post/entry ini sungguh fcukinghell. Sia-sia dan tak beerti langsung. Entah hape jaddah yang aku taip ni. Korang pulak pegi baca lagi. Haiya...

Comments

sofe said…
tak pe! aiman tak kisah (cam iklan pasal HIV kat rediyo tu)
ChikaDior said…
bila nak fresh kan mata kami nih? asyik lite version jaaaaaaaaaa... *protes tak tentu pasal*

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa