Seleksi Gambel Lo Part 2



Bab 14 - Padi
Setelah beberapa ketika kekacauan itu kembali reda. Reda tak reda sangat la, tapi kaget gak aku. Mana tau ada lagi apa-apa bahana yang bakal menimpa kitaorang. Setelah dua orang kat atas stage tu merepek sekian lama, maka tibalah giliran untuk Padi beraksi. Menengok band Padi beraksi live adalah satu pengalaman yang sangat rare. Kali terakhir di sini kalau tak silap aku mereka berkongsi stage ngan Holly Vallance.
Itu jam sound masih lagi tak berapa memuaskan. TV beso belakang pentas pun tak berapa nak keluar gambar. Padi letup di atas pentas dengan lagu Prolog yang gua sangat into. Lagu ni pasal kisah silam ahli-ahli kumpulan padi ni bertarung dengan najis dadah. Vokalis dia seakan-akan gugup pada mulanya. Vocal pun macam sangkut-sangkut. Tapi mereka adapt dengan cepat menyesuaikan diri dengan penonton. Di sebalik bunyi gitar utama yang mengecewakan (tak rasa 'kick' goreng dia) tukang nyanyi memberikan persembahan yang hebat dan penuh soul. Dan sekali-sekala menjerit all out part-part yang tertentu membuatkan gua naik sheikh.
Dalam kegirangan aku (akhirnya berjaya nengok Padi main live) nun di hujung sana awan mendung berarak lesu.
"Teruk kita macam ni!", getus hatiku.

Bab 15 - Hujan itu Rahmat
Orang ramai dah slow-slow beransor menuju ke tempat duduk. Jiwaku berbelah bahagi samada nak selamat dari hujan ataupun stay nengok Padi. Tatkala tetes-tetes hujan mula singgah di dahi, aku terpaksa jua melangkah berat ke tempat duduk di sebelah kiri pentas. Grandstand. Ada atap.
Kat situ orang dah mula ramai. Mujurlah ada yang blah memberi ruang tempat duduk kepada kitaorang. Walaupun seimbas lalu gua ternampak 1-2 seat kosong namun mata gua liar mencari 3 seat kosong sekaligus untuk gua dan 2 lagi ahli pasukan.
Tatkala mula melabuhkan punggung, hujan tetiba lebat. Beratus-ratus mamat indon menerjah ke arah kami. Masing-masing menyelamatkan diri dari basah terkena hujan. Series beb, diaorang main tibai je terjah! Kalau boleh nak pijak je perut aku naik ke atas sana. Kurang dari seminit, depan kitaorang sesak ngan mamat indon. Hujan semakin lebat. Aku menghalang mereka dari terus menyerbu ke atas sebab kat sebelah aku ada makcik ngan 2-3 orang anak kecik. Dan kat belakang kitaorang ada awek 2-3 orang muka dah naik pucat.
Mereka semakin agresif apabila tiupan angin kencang membawa tempiasan hujan. Makcik kat sebelah kitaorang semakin tertekan. Anak-anak dia dah nangis semua kena himpit. Keadaan menjadi semakin kucar-kacir pabila ada sekor dua kutu start nyala rokok Gudang Garam.
"Weii.. tadi ganas sangat! Kena air pun takut!?", maki aku (dalam hati).

Bab 16 - Rossa
Penonton-penonton di area tiket RM60 memberontak. Mereka tidak dibenarkan naik ke grandstand. Akhirnya satu lagi pagar pecah. Ratusan lagi menerjah masuk. Eh silap, semua sekali menerjah masuk. Guruh berdentum. Angin meniup kencang. Basah. Suara budak mengangis. Kedengaran suara makcik tadi terbatuk-batuk tak tahan asap keretek. Walaupun aku tak nampak lagi dah makcik tu sebab dikerumuni oleh seluar-seluar jeans yang takut air tadi. Tiba-tiba..
"Eh.. Rossa?!", bisik hatiku.
Rossa muncul menyanyi bersama kumpulan Padi. Sejurus selepas itu muzik dihentikan pabila hujan semakin lebat. Hari semakin gelap. Langit macam nak runtuh.
"Tak lama dah nak Maghrib ni..", bisik Mael kepada aku.

Bab 17 - Kena air takkan mati
Penonton-penonton di stadium dihiburkan dengan lagu Marie J Blige. Pentas dah shutdown. Equipment semua ditutup dengan kain kanvas. Kitaorang masih duduk kat grandstand menanti hujan reda. Sekilas aku teringat Sure Pekat III yang lalu. Bila hujan je, pentas tutup ngan kanvas. Insiden yang sama.
Tak berapa lama selepas tu Padi masuk balik. Tapi hujan tak stop lagi. Aku masih menunggu dengan penuh sabar.
Tapi bila Padi dah start main lagu Sobat aku tak boleh bersabar lagi. Hujan-hujanlah!
Memula kaki agak kekok terpijak becak padang tu. Bila dah basah tak guna lagi nak konsider kasut tu. Lepas ni boleh basuh. Takde hal punya.
Time tu jugak aku ada melakukan sarkis yang jarang-jarang aku buat iaitu merokok di dalam hujan. Satu skill purba yang kini sudah dilupakan.

Mengantuk ah..
Kita sambung Part III amacam?
boleh?
ok!

Bersambung..

Gambar dirembat dan digunakan dengan kebenaran dari www.fotopages.com.my. Gambar sisipan diambik oleh ND dan gambar header tu gua ambik sendiri. Time siang boleh la amik gambar. Malam tak dapat la wehh.. kamera komeh murah je..

Comments

mohdismail said…
ade part 3 pule ye..eheh
shafie said…
hehehe..oit ambik gambo ND ekkk :P
Penny G. Samsa said…
dude....ajar aku pasal ad sense. aduh, dah keje pun duit nak sangkut-sangkut lagi. mana tau, kalau benda ni bagus untuk aku. tak payah tiap2 bulan pun gaji aku negatif lagi. tolong, deh. aku lembap sikit nak baca kat manual dia tuh.
daria said…
Lama menunggu "Seleksi Gambel Lo part 2".. dan Saya menunggu lagi part 3..
Kumprinx said…
penny g:
nanti aku bukak course. usah hawatir.

Daria:
part 3 tak lama lagi. aku nak setel gambel lo ni, nak up feature baru pulak.
Penny G. Samsa said…
Bukak course? Huhuhuhu.

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu