Special Feature: Signifikan II


Setelah pulang dari Pesta Malam Indonesia tempohari, aku menjadi semakin sengkek. Duit dalam poket pada mulanya cukup-cukup makan. Kemudian dia jadi duit singgit 2-3 keping. Hingga satu tahap, mereka menjadi keping-keping syiling yang berdecing ria setiap kali aku berjalan. Namun hatiku tidak begitu. Hatiku terasa pilu mengenangkan supply rokok yang semakin merudum. Esok lusa nak isap apa lagi kalau yang ni dah habih. Hati aku menjadi sangat sedih memaksa aku mengkonsider menelepon TV3 untuk masuk rancangan Bersamamu. Boleh la aku purak2 nangis nanti. Collect siput babi 2-3 ekor kat belakang umah. Makan nasik ngan gula. (sedap apa?)

Kemiskinan aku mencapai kemuncaknya pada satu malam. Itu jam aku tengah surf-surf internet nengok-nengok gambar. Rokok dah habih, duit pun sama. Itu jam dalam poket aku hanya ada 70sen je. Aku nekad. Aku bertekad nak pegi bandar sana. Beli rokok sebatang, super ring satu. Makan super ring dulu sebelum isap rokok. Apa nak jadi jadilah!

"Rokok bukak suda habis la. Sudah malam, tak mau bukak baru. 20 suda habis..", kata uncle tu. Aku menjadi semakin sedih mengenangkan nasib aku ni. Dah la duit takde, kedai pulak tak nak jual rokok batang. Aku terhiling-hiling di depan kedai tu sambil menggaru-garu tangan aku yang tetiba gatal.
"Ahh.. baik aku cek kat kedai kuning..", getus hatiku.
Lalu aku terus merempit ke kedai kuning dalam misi pencarian rokok batang aku.
"Singgah BCB ni jap ah..", bisik hatiku tatkala asyik memandu.

(part ni sepatutnya korang dah tahu apa yang terjadi)

Setelah meng-karate mesin ATM tu aku dengan penuh bergaya menapak ke kedai seben-eleben yang terletak satu baris dengan bank tu. Daripada planning nak beli rokok batang (rokok sebanyak sebatang) jadi beli rokok Dunhill King Size kotak paling besar. Aku berdiri depan seben-eleben tu sambil isap rokok penuh nikmat memikirkan apa aku nak buat dengan duit sebanyak RM750 ni.

Kepada yang berat sangat pungkoq nak baca post Signifikan yang pertama ari tu, aku terangkan sekarang. Duit ni aku dapat dari Google dalam program Adsense diaorang. Kerjanya adalah garisan nipis antara sangat senang ngan sangat rumit. Bab senangnya adalah melepak depan komputer sahaja berjam-jam sambil isap rokok dan sekali-sekala menjenguk laman web untuk orang dewasa. Tang susahnya adalah study teknik SEO yang terkini, research, bina laman web, tarik visitors, target search pattern, ad positioning, heat map, user interface, research lagi, immerse diri dalam niche yang asing bagi kita, belajar topik yang tak penting bagi kita tapi penting untuk orang lain, biasakan diri dengan trend dan perkembangan budaya lain, stadi pasal penyakit yang pelik-pelik namanya, menulis, dan mengambik setiap peluang yang ada.
Semua ni dah menjadi hobi dan passion aku sejak lama dulu dah.

Sejak aku menerima cek aku yang pertama dulu (Rujuk Signifikan1) hidup aku jauh berubah. Setiap hari aku menghitung hari. Bila cek aku nak proses, bila diaorang nak hantar, bila aku nak terima, bila cek nak clear. Hidup aku skang ni penuh penantian. Memula sekali earning aku akan diproses (setiap akhir bulan) hingga ke satu jumlah yang tetap. Sebulan lepas tu cek aku akan dihantar. 3 minggu lebih pulak aku menunggu penuh saspen bila la cek aku nak sampai. Bila dah sampai, aku akan masukkan cek tu (foreign cek) ke dalam bank. Dan proses ni amik masa dari 3 minggu ke sebulan. Memang parok nak tunggu tapi yang indahnya adalah tatkala bank sedang memproses cek aku ni, cek baru sudahpun dikeluarkan dan dihantar dari amarika sana. Ngam-ngam cek aku clear, cek yang baru akan sampai. Hari-hari aku kira "3 minggu lagi cek sampai", "2 minggu lagi cek clear", "seminggu lagi payment diproses" sampai kutu-kutu lepak yang lain semuapun naik mangli dengan sikap aku yang tak habis-habis cerita pasal cek je.
Bukankah indah hidup sebegini?

RM750 adalah jumlah cek aku yang kedua. Selepas aksi karate mesin ATM tu aku mula berkira-kira apa yang aku nak buat dengan duit ni. Masa takde duit macam-macam planning yang nak kena pakai duit. Bila dah ada otak jadi blur.

Tetiba itu jam la aku mengalami satu problem yang sangat ekstrim mengenai Wisma Oxygen Studio aku kat Bentong sana. Nasib baik tengah ada duit. Boleh aku setel. Ini jugak menyebabkan duit aku habis dengan jangkamasa yang cepat. Bila duit tengah banyak aku otomatik jadi kedekut. Sayang nak keluar duit, tapi on the same time aku jadi boros jugak. Jalan bandar je, shopping tak hengat. Selera aku menjadi beso. Makan tak mengenal had. Perut aku sentiasa padu dengan makanan. Bangun pagi terus pekena mee kari Pak Teh. Menjelang tengahari (tak sampai tengahari pun) aku dah planning nak lunch kat mana. Aku juga jarang balik umah untuk makan nasik. 2 minggu straight aku makan kat kedai. Air pun asik minum air manis je. Dengan air Coke nye, air kotak nye, jus buahnye. Jarang aku minum air biasa. Walaupun haus sikit je aku cenderung untuk order ABC Special kedai Aji yang ada ais krim kat atas dia. Walau lapar sedikit pun aku boleh rempit kat Ali Kapak II tapau nasik lemak sambal kerang (dan udang sekaligus). Kalau hari panas terik, aku cenderung jugak membeli konfeksi sejuk beku kegemaran aku contohnya Sorbet Story perasa mangga.

Aku juga berjaya membeli sepasang kasut baru kat Bandelero, topap RM30, minyak rambut, putik kapas dan lain-lain keperluan, pakaian sebanyak lapan (8) persalinan, stokin baru dua (2) pasang, invest dalam projek buku (Goblog), membuka 2 (dua) akaun bank baru untuk simpanan di masa akan datang, stiker reflector untuk Kawasaki Turbo, ini minyak full tank, ganti keypad untuk tipon bimbit aku dan jugak sebatang pisau cukur jenama Bic.

Apa signifikannya aku cerita mende ni?
Mungkin bagi korang apa la sangat RM750 tu. Tapi bagi aku, yang selama ni mengharungi kehidupan seharian aku dengan hanya berbekalkan lapan posen (RM0.80) dalam poket, ia adalah satu perkara yang sangat mengujakan. Untuk seorang kutu lepak macam aku ni, memiliki duit sebanyak itu adalah perkara yang tak masuk akal. Sebab aku tak bekerja. Aku hanya melepak sahaja setiap hari dan sekali-sekala berjamming kat Tempoyang sana. Aku tidak melakukan sebarang kerja fizikal yang bisa mendatangkan wang ringgit. Walaupun belanja seharian aku tak kurang daripada nilai sekotak rokok.

Namun aku berjaya meng-generate income hasil daripada melakukan apa yang aku betul-betul suka buat.

Ketika artikel ini ditulis, duit aku dah habih secara total. Dalam poket aku syiling-syiling kembali bergemerincing ria. Kedai jual rokok batang juga tak pernah lepas dari ingatan aku. Perut aku jugak dah tak padu ngan makanan. Sekali lagi aku terpaksa menapak penuh kesedihan beli rokok batang. Namun setiap kali aku menapak aku merasa puas. Sebab kat kaki aku tersarung kemas kasut baru aku cap Reebok yang aku beli dari duit tu. Kasut tu menjadi testament dan bukti bahawa kutu lepak juga boleh berjaya. Bahawa dengan tak mengeluarkan setitik peluh pun bisa berjaya beli kasut. Dan kasut tu jugak akan sentiasa mengingatkan aku tentang cek kedua yang aku terima ni.

Masa mula-mula dapat duit ari tu aku ada berura-ura nak beli telefon bimbit baru namun terpaksa ku batalkan sebab tak cukup duit kerana tipon yang aku nak tu harganya dua ribu lebih (demand tak hengat). Sapa tahu, mungkin aku berjaya angkat tipon tu dalam siri Signifikan yang ketiga kelak?

Sekarang apa yang bermain dalam ingatan aku adalah:
"Lagi tiga minggu cek nak clear.."

Related: Signifikan 1

Trivia:
-Cek kedua ni, seketul ayam kentaki pun aku tak beli.
-RM750 adalah total setelah ditolak caj pemprosesan oleh pihak bank.
-Lepas duit semua habih, baru aku teringat nak tukar minyak itam Kawasaki Turbo. Namun semuanya sudah terlewat.
-Aku banyak mengalami kerugian disebabkan nilai US Dollar yang semakin susut di pasaran tukaran wang.
-Skang ni harga emas adalah rekod paling tinggi sejak 25 tahun (tak relevan)
-Bulan depan aku tak menerima sebarang cek sebab tak capai jumlah minima yang diperlukan.
-Norman Hakim dan Ebby Abadi dah rujuk semula.
-RM750 tak boleh beli tiket ke syurga.

Comments

cool said…
hhehe..lama dah tak masuk sini makin brutal
nicknuck said…
perghhh..ayat...tehhehehe...best aaa..
mohdismail said…
aduhla..google!!antar la cek kat aku walau sekeping..aku mauu..
NaSh said…
aku xpnah pun dpt cek2 ni..!!! :(

pergh gambo ko.. membuatkan ku terkesima!!
buttet said…
hoi cek 3 kena masukkan budjet belanja aku tau amin :P
ilhaqim said…
dengan tanpa kebenaran, aku telah mengambil sesuatu dari blog ini untuk aku letakkan di blog aku. Semuanya semata-mata untuk satu himpunan kata-kata teman-teman tentang allahyarham ghaz.

maaf dan terimakasih.
chec said…
berusahalah!
jr said…
kumprinx jatuh bankrup?
kesian...
mushluv said…
kumprinx sabo, kita masih ada perkongsian bijak, hik hik
Kumprinx said…
mushluv,
tak kerana perkongsian bijak kita tu, takde la aku memunah cek ke-2 ni. hehe..
Bersama-sama kita jiwai motto kita
"Kaya, Kayam, Makan Ayam!!"

alhaqimi
Take all you need. Thank you.

Geng, semua boleh berjaya. Tak harus jinius beb! Pepehal aku mintak maap pasal header yang agak pornografik tu. Aku rasa kita tak perlu ada limitation untuk berekspresi.
mushluv said…
kump, 162.69 bahagi dua, bape sen je? huhu..
Kumprinx said…
dia akan jadi RM586.80
ko bagi je aku RM250.00
belen tu (RM336.80) ko amik la.
sama2 kita berharap USD akan naik lagi dalam seminggu dua ni.
Kumprinx said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Karl Hiunzm said…
Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kaya dengan cepat. Peluang kaya dengan cepat di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)
Karl Hiunzm said…
Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website peluang perniagaan di rumah. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa