Posts

Showing posts from June, 2006

Pengalaman Ngeri/Manis Saya Kena Sengat Tebuan Puaka Dari Bukit Sarang

Bahagian Pertama
Gua teraba-raba dalam kegelapan. Satu badan dah berpeluh. Gua tak nampak apa-apa itu jam. Gua tak tau macamana gua boleh sampai sini. Yang ada hanya bau jerangau yang menusuk hidung gua. Tetiba gua ternampak satu cahaya di kejauhan. Gua berlari ke arah cahaya tersebut. Barangkali ada kedai makan di sana dan gua bisa order mee goreng hailam, pekena neskepe 'o. "Tentu best lepas makan nanti isap rokok", getus hati gua.

Semakin hampir gua berlari gua nampak satu kelibat manusia yang diselubungi cahaya putih. Dia hanya berdiri dengan tangan diletakkan di perutnya. Orangnya nampak tua. Tua sangat. Rambutnya semua beruban putih. Dia memakai serban ala-ala Osama Bin Ladin. Janggutnya jauh lebih panjang dari janggut gua. Sampai ke pusat panjangnya. Setibanya gua di depan orang tua tu dia hanya merenung ke arah gua. Matanya kemerah-merahan ala-ala mat pet. Gua terkesima.

Setelah beberapa ketika dia mula bersuara dengan suara yang lembut;
"Wahai jiwa yang tenang,…

Pengalaman Saya Melihat Persembahan Askar Di Karnival Lipis

Petang tu aku turun ke padang menengok persembahan askar.
Setiap kali Karnival Lipis, persembahan askar adalah persembahan yang paling havoc sekali. Tahun lepas saya miss nengok persembahan tersebut sebab hujan. Sampai-sampai je dah habih. Tahun ni saya nekad nak turun tengok. Itu sebab saya turun 2 jam lebih awal.

Orang pepalih ramai. Boleh tahan jugak ramai orang yang into persembahan askar ni. Mereka semua yakin pasti tak mengecewakan. Persembahan dimulakan dengan pasukan tambo main muzik sambil jalan-jalan atas padang. Karena letih berdiri aku ngan mael mengambik keputusan untuk duduk di atas padang. Bersila. Ramai anak-anak gadis di belakang sana mengambil kesempatan meng-usyar kulit pinggang aku yang kadang kala kelihatan.

Persembahan seterusnya adalah persembahan lawak jenaka. Cite pasal sorang atuk ngan neneok ni naik basikal pastu kena ragut. Atuk ni tewas ngan peragut, pastu neneok balas dendam ngan flying kick. Semuanya dilakonkan oleh brader askar dengan aksi stuntman yang su…

Siti Nurhaliza Di Karnival Lipis 2006

Malam tu starting tak best. Hujan. Guruh berdentum bergema di timur jauh. Aku mula berpikir 2 kali. Naik keta memang tak masuk akal. Haram nak dapat parking. Sambil menunggu Mael dan Deetree di rumah aku memasang vcd anime. Menonton sambil membuang waktu. Diaorang dijadualkan tiba menjemput aku sebentar lagi dengan motor masing-masing.

Sekonyong-konyong Mael tiba. Kebasahan.
"Hujan lebat woo..!"

Hujan. Apa kejaddahnye nak nengok Siti kalau dah hujan ni? Jangan-jangan Siti pun tak jadi nak menyanyi.

"Hujan-hujan ni sape ke yang datang nak nengok Siti?"

Silap. Perkiraan aku silap. Sampai kat padang Majlis Daerah Lipis orang pepalih ramai. Panuh satu padang. Itu jam ada sorang brader ni tengah bagi ucapan. Ucapan perasmian. Kami terhiling-hiling di sekitar padang sementara menunggu Siti Nurhaliza, sasaran kitaorang malam tu.

Lepas tu ada la persembahan tarian kebudayaan. Memang boring kalau nengok. Tapi kalau amati betul-betul awek-awek yang manari tu mungkin bisa mendatang…

The Kawasaki Turbo Replacement Model

Image
Related : Kawasaki Turbo

Karnival Lipis 2006

Karnival Lipis 2006 start hari ni (10 Jun) sampai 16 Jun nanti. Datanglah beramai-ramai. Hari ni tadi ada banyak kereta mini dari kuantan sampai. Diaorang konvoi. Ada pameran rasanya. namun sampai skang aku belum menjengah lagi ke sana..
Aku harap ada orang jual kebab. Time ni jugak banyak makanan yang jarang jumpa jual kat sana. Ada gerai semua. Pameran. Orang jual perabot. Orang jual keta. Orang TMNet pun ada. Katanya nak bagi sejuta kat aku semalam. Takdepun. Dan ada jugak cabutan bertuah untuk pengunjung bertuah. Tapi kena bayar singgit la.
Malam hari pulak ada macam-macam persembahan. Yang aku ingat adalah Malam Aslirama Johor. Hari bila tak tau. Malam ni ada Forum Perdana. Siap ada artis buat persembahan (band nasyid). Dan ada jugak krew RTM amik gambar. kalau nak masuk TV datang la pakai baju melayu. Bawak anak-anak semua.

Yang paling penting sekali, ada Siti Nurhaliza buat persembahan. Tak silap aku isnin ni.

"Siti, aku datang!!"

Mr. Veloo

Petang tu aku merempit di sekeliling taman. Ronda-ronda nengok-nengok anak gadis bersiar-siar, auntie bawak anjing jenjalan, warga tua bersenam, bebudak main badminton depan umah. Memang seronok meronda. Macam-macam boleh nengok. Udara petang pun sejuk.

Kemudian aku lalu kat sebatang pokok besar ni. Ada satu kelibat manusia sedang berdiri di tepi jalan. Memula aku terasa misteri. Kemudian aku menjadi lega. Macam kenal ni..

"Hello Mr. Veloo! Mana mau pergi?!"

Mr. Veloo hanya merenung ke arah aku tanpa sebarang perasaan. Kerana takde reaksi dari En.Veloo aku menjadi malu dan terpaksa berpura-pura usap rambut aku pakai tangan yang aku dah angkat untuk Hi Mr.Veloo tadi.

Mr.Veloo aku dah kenal sejak kecik lagi. Dia jaga kedai kat belakang sekolah rendah aku. Bila balik sekolah aku sering singgah beli Super Ring, PopRock (gula-gula letup) dan 'espong'. Mr.Veloo juga selalu tegur aku. Dan dia kenal benar muka aku. Kalau hujan, aku selalu singgah berteduh kat kedai dia sambil is…

Kumprinx Adsense Course - Knowledge Is Power

Image
Mengumumkan pelancaran website baru 'Kumprinx Adsense Course. Graduate dari K-Lab - Pyrokumprinx Advanced Media Research Division.

Buat pertama kali dalam sejarah, aku akan berkongsi pengetahuan aku mengenai Adsense. Website 'Kumprinx Adsense Course' kini sudah dilancarkan. Tak guna kalau setiap bulan aku menulis siri 'Signifikan' kalau aku tak berkongsi rahsianya. Aku nak korang jugak bisa menulis entry macam 'Signifikan' tu satu hari nanti.

Bila aku sendiri me-research pasal adsense ni, semua panduan, tips, maklumat dalam bahasa inggeris. Naik nyilu otak aku membacanya. Aku akan pastikan korang tak nyilu jugak. Lebih senang bukan kalau semuanya berbahasa melayu? Tapi aku akan alternate jugak kandungan dalam BI ngan bahasa melayu. Selang seli gitu.

Apa kredibiliti yang aku ada untuk menulis 'kursus' untuk adsense ni? Aku belum lagi jadi jutawan. Hajat di hati tu ada jugak, tapi buat masa ni cukup sekadar mampu beli rokok sekotak sehari, pekena mee kar…

Orang G*****g

Aplikasi, simptom, diagnostik dan kajian kes
(Update!: Bad word replaced. Yeah we heard you..)

Mengenalpasti orang g******g memerlukan ketelitian yang tinggi dalam pengamatan tingkahlaku sosial subjek yang dikaji. Namun demikian ada sesetengah kes, pengisytiharan orang g******g boleh dilakukan serta merta jika keadaan ekstrim ditonjolkan. Kes-kes yang ditonjolkan di bawah ini sudah diubah-suai untuk menutup identiti mereka yang terlibat. Hanya tiga kes dipaparkan di sini sebagai panduan dan pedoman buat kita di dunia ini. Walaupun ada beratus-ratus lagi kes yang pernah direkodkan, namun aku tak gemar jugak nak aibkan sesiapa di sini.

Kes Orang g******g yang pertama tidak dialami oleh penulis sendiri sebaliknya oleh beberapa responden yang telah mengemukakan laporan kepada penulis. Sejak teori 'Orang g******g' ini diperkenalkan semakin banyak kes-kes baru direkodkan.

Penulis sendiri pernah beberapa kali mengalami kejadian orang g******g ini. Kes yang direkodkan ini berlaku di stese…