Kumprinx Adsense Course - Knowledge Is Power

Kumprinx Adsense Course

Mengumumkan pelancaran website baru 'Kumprinx Adsense Course. Graduate dari K-Lab - Pyrokumprinx Advanced Media Research Division.

Buat pertama kali dalam sejarah, aku akan berkongsi pengetahuan aku mengenai Adsense. Website 'Kumprinx Adsense Course' kini sudah dilancarkan. Tak guna kalau setiap bulan aku menulis siri 'Signifikan' kalau aku tak berkongsi rahsianya. Aku nak korang jugak bisa menulis entry macam 'Signifikan' tu satu hari nanti.

Bila aku sendiri me-research pasal adsense ni, semua panduan, tips, maklumat dalam bahasa inggeris. Naik nyilu otak aku membacanya. Aku akan pastikan korang tak nyilu jugak. Lebih senang bukan kalau semuanya berbahasa melayu? Tapi aku akan alternate jugak kandungan dalam BI ngan bahasa melayu. Selang seli gitu.

Apa kredibiliti yang aku ada untuk menulis 'kursus' untuk adsense ni? Aku belum lagi jadi jutawan. Hajat di hati tu ada jugak, tapi buat masa ni cukup sekadar mampu beli rokok sekotak sehari, pekena mee kari pepagi buta. Topap henset, semua pakai duit yang aku dapat dari adsense ni. Hidup menjadi lebih gembira kalau dalam poket ada duit. Aku perlu menampung hidup buat masa skang ni, kerana aku ada projek yang lebih mega di masa akan datang.

Aku tak menjanjikan wang mencurah-curah dalam akaun bank korang. Aku tak menjanjikan peluang menjadi kaya dalam sekelip mata. Hidup senang, rumah ada swimming pool, keta Mecedes. Aku jugak tak menjanjikan financial freedom untuk korang. Aku jugak tak mintak duit kat korang. Tak perlu transfer duit kat orang. Tak perlu beli e-gold, Stormpay semua. Tak perlu kuar sesen pun. Aku jugak takde testimoni dari sesapa, takde downline, takde scan buku akaun bank aku ataupun screenshot dari Maybank2U. Aku hanya beri panduan kepada korang. Selebihnya, atas usaha korang sendiri.

Adsense memang seronok. Bangun tido pepagi, tak payah mandi, login kat akaun tengok dah ada US$10-20. Esok menaik lagi. Kadang-kadang tu slow. Kadang-kadang tu dia letup. Cukup bulan dapat cek.

Aku cuba feed korang dengan semua perkara yang aku tahu pasal mende ni. Nak cerita banyak-banyak kang, ramai lagi yang jauh lebih champion dari aku kat malaysia ni. Aku jugak dapat kesan yang maintain ribu-ribu sebulan. Pehh dasat tak dasat la. Namun walaupun sekelumit pengetahuan yang aku ada, ia terbukti berkesan. Dan aku hepi nak kongsi bersama ngan korang.

Lagi satu aku tak berapa nak aim mende yang aku nak cerita kat korang setiap hari. Lalu aku alu-alukan sebarang pertanyaan/persoalan. Gua akan try sehabis baik untuk menjawap kesemuanya. Kalau takde pertanyaan nanti aku mati kutu nak cerita apa kat korang.

Namun takde la aku nak hasut korang suruh try mende ni. Cuma aku nak cerita je. Kalau korang trypun, aku mana dapat apa-apa. Kalau korang rajin, mungkin bisa berjaya.

Sejajar dengan konsep baru kmxnine nanti, aku memberikan kuasa kepada korang.

Knowledge is power.
The power is yours.

http://adsense.kumprinx.com/

(ala-ala Kapten Planet gitu..)

Comments

mohdismail said…
yeyy...suda keluar itu ilmu kmx..hah ape lagi..pakat ramai2 sign up adsense

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa