Mr. Veloo

Petang tu aku merempit di sekeliling taman. Ronda-ronda nengok-nengok anak gadis bersiar-siar, auntie bawak anjing jenjalan, warga tua bersenam, bebudak main badminton depan umah. Memang seronok meronda. Macam-macam boleh nengok. Udara petang pun sejuk.

Kemudian aku lalu kat sebatang pokok besar ni. Ada satu kelibat manusia sedang berdiri di tepi jalan. Memula aku terasa misteri. Kemudian aku menjadi lega. Macam kenal ni..

"Hello Mr. Veloo! Mana mau pergi?!"

Mr. Veloo hanya merenung ke arah aku tanpa sebarang perasaan. Kerana takde reaksi dari En.Veloo aku menjadi malu dan terpaksa berpura-pura usap rambut aku pakai tangan yang aku dah angkat untuk Hi Mr.Veloo tadi.

Mr.Veloo aku dah kenal sejak kecik lagi. Dia jaga kedai kat belakang sekolah rendah aku. Bila balik sekolah aku sering singgah beli Super Ring, PopRock (gula-gula letup) dan 'espong'. Mr.Veloo juga selalu tegur aku. Dan dia kenal benar muka aku. Kalau hujan, aku selalu singgah berteduh kat kedai dia sambil isap rokok tunggu ujan benti. Kadang-kadang aku ada jugak borak ngan dia. Soalan dia yang paling glamer sekali adalah "You sudah kahwin ka?". "Hik hik hik.. belum lagi uncle..", antara jawapan stendet aku.

Tragedi kemaluan aku tak mendapat respon dari Mr.Veloo tu menghantui aku. Aku ada salah cakap ke ngan dia ari tu? Nak kata aku ada rembat Super Ring kat kedai dia takde pulak. Biasa dia mesra sangat ngan aku?

Bila aku cerita insiden ni kat member-member,
"Ko biar betik. Dia tu dah lama dah mati!"

Comments

+++syikuchan+++ said…
pergh!
aku paling menyampah kalau dapat pengalaman yang macam ni... seram seram kuku pun ada!
taugeh20... said…
Aku rasa ko ader utang sama Mr. Veloo kot..sebab tu dia carik ko..!!
mohdismailq said…
pergh..seram lagi..penuh hdup ko diselubungi...
kille[r]oses said…
perasaan ko je kut..tak un dia nak minta tolong ko ke? sapa tau...
Ammosham said…
amin, masa pilihanraya 2004 aku ada tumpangkan dia balik dari pusat pengundi (kg tempoyang) ke bandar. kau rasa dia dah mati ke masa tue?
Kumprinx said…
baru lagi matinya. awal tahun ari tu rasanya. sempat la jugak dia mengundi.

tak penah pulak aku utang ngan dia. jangan2 dia ada urusan tak selesai ngan aku.

mati ler aku..
zeezam said…
agaknya kau ada kuasa psikik mcm dlm cite ghost whisperer tuh tak kot kumprinx?

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu