Orang G*****g

Aplikasi, simptom, diagnostik dan kajian kes
(Update!: Bad word replaced. Yeah we heard you..)

Mengenalpasti orang g******g memerlukan ketelitian yang tinggi dalam pengamatan tingkahlaku sosial subjek yang dikaji. Namun demikian ada sesetengah kes, pengisytiharan orang g******g boleh dilakukan serta merta jika keadaan ekstrim ditonjolkan. Kes-kes yang ditonjolkan di bawah ini sudah diubah-suai untuk menutup identiti mereka yang terlibat. Hanya tiga kes dipaparkan di sini sebagai panduan dan pedoman buat kita di dunia ini. Walaupun ada beratus-ratus lagi kes yang pernah direkodkan, namun aku tak gemar jugak nak aibkan sesiapa di sini.

Kes Orang g******g yang pertama tidak dialami oleh penulis sendiri sebaliknya oleh beberapa responden yang telah mengemukakan laporan kepada penulis. Sejak teori 'Orang g******g' ini diperkenalkan semakin banyak kes-kes baru direkodkan.

Penulis sendiri pernah beberapa kali mengalami kejadian orang g******g ini. Kes yang direkodkan ini berlaku di stesen bas Kuala Lipis. Itu jam aku tengah beli tiket bas. Pastu aku ternampak member lama aku. memandangkan dia ni kategori makwe jadi aku terus sahaja masuk dalam mode 'Kontrol Jambu' dan mengangkat tangan seraya berkata "Hi.." dengan nada yang paling menggoda. Malangnya member aku ni pandang aku macam aku ni kutu lepak. Muka masam-masam kelat. Dan terus berlalu. Aku tak boleh terima dia tak kenal dah kat aku ni sedangkan aku ingat lagi kat dia. Maklumlah dia dah belajar tinggi-tinggi, masuk unibesiti, ada tipon bimbit model terkini beli pakai duit PTPTN dah tak kenal aku dah. "Orang g******g..", bisik hatiku sambil mendengus kemarahan. Malu lagi satu hal.

Kes seterusnya dalam perbentangan kita kali ini berlaku di kedai makan rojak Ali Baha di Batu 2 sana. Tatkala kami sedang melepak, terpandang seorang kenalan lama sedang melepak dengan member dia. Atas dasar setiakawan yang tinggi, kami meng-approach untuk bertanyakan khabar, "Hey wasap?! Lama tak jumpa. Ko buat apa skang ni?", sapa aku. "Aku macam ni je melepak..", subjek berkata dengan nada paling berlagak sambil align kedudukan dia di atas kerusi bagi nampak abis rilek dah. Kendian member dia mencelah, "Ala dia dah nak jadi Kapten skang ni. Navy.." "Betul ke?" tanya aku inginkan kepastian. Pastu dia jawap, "Manada... aku cenggini lah.. melepak.. hehe.." katanya sambil hembus asap rokok. Kes seperti ini agak rumit untuk diklasifikasikan. Namun jelas elemen 'Orang g******g' dalam diri subjek apabila dia cuba meng-up-kan dirinya secara reverse psikologi di mana dia tak mengaku bahawa diri dia dah nak dapat pangkat Kapten. Cuba meng-induce-kan rayuan (enquiry) yang lebih daripada kitaorang dengan harapan dapat up secara letup. Maaf la brader.. jadi kapten? That dont impress me much. I pity you even.

Kes Orang g******g juga tidak memerlukan interaksi secara terus dengan subjek. Cukup sekadar pemerhatian jarak jauh. Seperti kes yang seterusnya ini. Itu jam kami tengah melepak (lagi) di kedai lepak yang terkemuka di Kuala Lipis ni. Subjek tiba dengan menaiki kereta Kancil. Berpakaian kemas, kemeja t, tali leher, seluar slack line tengah tajam, kasut kulit berkilat. Aku try mengangkat tangan kepadanya. Dia nampak tapi tak di-endahkan. Subjek (kelihatan) merasakan dirinya tidak layak lagi untuk mempunyai sebarang connection dengan kumpulan kami kerana dia sudah berjaya. Sudah berpakaian kemas. Dan juga sudah memiliki kereta. Baru keje guru sandaran, pakai kemas, bawak kancil beli seken-hen bayar ansur RM120 sebulan dah berlagak. Pegi mampos.

Dari pengkajian penulis, fenomena 'Orang g******g' ini juga bisa berlaku dari perasaan 'sense of accomplishment' yang terlalu tinggi dalam diri subjek. Kalau dulu dia sering dipandang rendah oleh orang lain, bila dah berjaya dia bersikap angkuh dengan orang sekeliling. Menjadi seorang kutu lepak yang takde kerja lain selain melepak menjadikan penulis target utama golongan Orang g******g ini.

Barangkali subjek sudah lupa. Barangkali dia tak ingat langsung. Kadang-kadang aku jugak naik hangin. Tapi takde apa yang perlu diperbesar-besarkan. Daripada pengamatan aku terhadap tingkahlaku orang g******g ni mengajar diri aku sendiri bahawa aku tak perlu jadi macam tu. Aku janji aku takkan lupa member-member kalau aku dah berjaya kelak. Setidak-tidakpun takde la sampai paling muka terus.

Kepada korang jugak aku nasihatkan jangan lupa diri. Jangan sekali-kali ingat kita ni dah best sangat. Walaupun orang lain tak berjaya macam kita tak semestinya kita tak kawan dengan dia. Kalau engkau best sedang manapun tak ingat member, lupa daratan pun tak steady jugak. Aku sendiri tak suka nak cakap mende-mende yang tak elok kepada member-member lama aku. Jangan angkuh. Jangan sombong. Jangan berlagak. Mende ni semua kan masa darjah satu dulu dah belajar?

Nota Kaki: Untuk melihat sampel orang g******g sila tonton TV2 setiap 2.30 petang. Cerita Malin Kundang. Spoiler!: Malin Kundang tu nanti jadi batu jugak akhirnya. Kena curah ngan simen satu lori.

Korang ada kes orang g******g yang pernah direkodkan?

Comments

nicknuck said…
hahahha...best best...saya sokong anda..mmg byk orang gampang dia zaman siber nih...
Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)
ChikaDior said…
Ooohhh... bila baca 1st komen tu baru sy tau g*****g tu apa.Td saya pikir lain... wahahahah!

weh, malin kundang tu best woo... :)
khairul nizam zainon said…
kebudak-budakan. orang yang paling gampang adalah orang yang suka melabel orang lain dengan perkataan gampang. belajarlah jadi dewasa sikit.
Kumprinx said…
huh?!
bukan ke orang yang paling gampang tu orang yang.. err.. takde apa-apa lah..
mohdismail said…
aku sambung kmx..orang yang suka spam blog orang lain..haha..kene sedas..
*kalo kes camni,aku baru je kene pagi tadi,masa pegi bank,nak bank-in duit..satu baris makcik2 dan awek2 memandang sinis tanpa sebab..mgkin sbb gaya aku kat rumah tak jauh beza dari seorang kutu lepak..takkan nak pi bank masuk duit tak sampai 10 minit nak dressing bagai..ceh..mentaliti..
nicknuck said…
pahal lak Khairul Nizam Zainon nih...tetiba jek...ceit...
kille[r]oses said…
orang cam gini senang je tak yah layan.habiskan boras and masa jer...takpun jangan tegur diaorang selagi diorang tak tegur kiter dulu amacam?
famia said…
nenek aku sgt mara ngn malin kundang..sampaikan kelua sumpah seranah nye..

"aku sumpah malin kundang jadi bab* kang..."

dunia mmg byk manusia ga****g...kalo xde mereka..xde la manusia yg baek..x belens la dunia...

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa