Pengalaman Ngeri/Manis Saya Kena Sengat Tebuan Puaka Dari Bukit Sarang

Bahagian Pertama
Gua teraba-raba dalam kegelapan. Satu badan dah berpeluh. Gua tak nampak apa-apa itu jam. Gua tak tau macamana gua boleh sampai sini. Yang ada hanya bau jerangau yang menusuk hidung gua. Tetiba gua ternampak satu cahaya di kejauhan. Gua berlari ke arah cahaya tersebut. Barangkali ada kedai makan di sana dan gua bisa order mee goreng hailam, pekena neskepe 'o. "Tentu best lepas makan nanti isap rokok", getus hati gua.

Semakin hampir gua berlari gua nampak satu kelibat manusia yang diselubungi cahaya putih. Dia hanya berdiri dengan tangan diletakkan di perutnya. Orangnya nampak tua. Tua sangat. Rambutnya semua beruban putih. Dia memakai serban ala-ala Osama Bin Ladin. Janggutnya jauh lebih panjang dari janggut gua. Sampai ke pusat panjangnya. Setibanya gua di depan orang tua tu dia hanya merenung ke arah gua. Matanya kemerah-merahan ala-ala mat pet. Gua terkesima.

Setelah beberapa ketika dia mula bersuara dengan suara yang lembut;
"Wahai jiwa yang tenang, ikut rasa hati binasa, ikut naluri bisa makan diri..."
"Apakejaddahnye yang ko merepek ni?!", sound gua.
"Engkau memang beruntung. Hari ini engkau akan menerima laba. Ekori gegak gempita, turun ke dataran, dengan kesabaran engkau akan menerima keuntungan. Wa cakap lu, lu ini hari memang manyak untung punya olang. Manyak untung. Kau akan beruntung! Hahaha!! Hahaha!! Hehehe!! Hihihi!! HIHIHI!!...".
Ketawanya menjadi semakin kuat dan bergema di setiap pelusuk tempat. Akhirnya dia mengilai dan terbang selepas bertukar menjadi hantu penanggal.

Gua tersentak. Badan gua berpeluh satu badan. Gua tengok henset gua ada 2 mesej dan 1 miskol. Pukul 4 pagi. Rupanya gua hanya bermimpi. Tak guna betul! Lantas gua terus mencari dompet gua. Gua bawak keluar satu cebisan kertas yang tertera "CABUTAN BERTUAH". 2 hari nan lalu gua menyertai cabutan bertuah sempena Karnival Lipis 2006. Hadiah utama dia adalah sebuah motorsikal Yamaha Lagenda. Itu jam hati gua berbisik..
"Jangan jangan..."

Tamat Bahagian Pertama.

Bahagian Kedua
Malam tu kat Karnival Lipis takde apa yang menarik sangat. Ada orang nyanyi-nyanyi je. Tapi orang pepalih ramai sebab diaorang semua tunggu cabutan bertuah. Malam tu ada 4000 lebih penyertaan. Dan ada 30 hadiah yang ditawarkan dari peti sejuk, mesin basuh, toaster, ketuhar gelombang mikro dan hadiah utama sebuat motorsikal Yamaha Lagenda. Gua bersabar menunggu habis persembahan nyanyi-nyanyi tu. Barangkali signal yang gua terima dalam mimpi semalam mungkin ada betulnya.

Pasukan kitaorang mengambik port kat depan gerai Jabatan Pertanian. Gua berdiri sambil mengontrol jambu sebab ramai orang terhiling-hiling ke sana kemari. Termasuk juga awek-awek comel dan berpakaian seksi, awek jalan ngan balak dia, awek yang berkumpulan, awek mat rempit, awek Kechau dan awek-awek 'Salima' yang jalan ngan mak bapak.

Gua masih ingat lagi itu jam gua nak seluk poket angkat rokok. Sekali gua terasa kepedihan yang teramat sangat di telapak tangan gua. Sakit tara ingat punya. Sah! gua kena sengat tebuan. Berdenyut-denyut tangan aku. Dan dia mula start membengkak. Tangan gua menjadi semakin besar. kaler dia start jadi wane itam. Itu jam dah pukul 11pm. Orang baru start buat cabutan bertuah. Apa cerita ni?

Tangan gua sangat sakit sampai gua rasa macam nak lempang je semua orang yang ada kat situ. Gua membuat pilihan untuk lepak dulu kat padang tu sambil tunggu cabutan bertuah. Cabutan bertuah tu pepalih la lama. Sampai pukul 1 pagi. Orang ramai maintain tunggu. Semua berharap nak dapat motorsikal free. Aku pun tak terkecuali. Sebab malam semalam gua dah dapat signal. Tak mungkin tersilap. Dengan tangan yang dah macam tangan raksasa, bengkak dan menghitam gua tabah menunggu. Akhirnya tibalah masa untuk cabutan hadiah utama. Gua semakin saspen. Sakit semakin menusuk. Slip cabutan bertuah tu gua pengang dengan erat.

"Hadiah utama, sebuah motorsikal Yamaha Lagenda adalah menjadi milik..."
Faking syit betul! Bukan nama aku yang disebut! Gua menjadi sangat temper. Tak guna punya orang tua dalam mimpi gua semalam! Lu tipu gua aa.. Gua memaki hamun dalam hati sambil mengkarate tong sampah. Malangnya aksi mengkarate itu menambahkan lagi sakit kat tangan gua tu. Kali ni ia menjadi semakin ekstrim. Sampai sesak napas gua.

Tak boleh jadi ni. Gua harus ke hospital. Walaupun pergi ke hospital itu melanggar pantang gua yang tak pernah pegi hospital ni, namun itulah satu-satunya jalan terbaik untuk merawat kondisi gua yang semakin parah dan sakit tak hengat ni. Sampai kat hospital gua menyerebam ke arah kaunter rawatan kecemasan tu. Gua ingat nak buat havoc kat situ dan menjerit-jerit kesakitan. Namun niat gua terpaksa dibatalkan..

Kat kaunter tu ada sorang nurse muda. Boleh tahan cun.
"Err.. akak, saya ni kena gigit penyengat, boleh tak saya mendapatkan rawatan?", tanya gua dalam nada yang paling cool.
"Kena gigit penyengat? Emm boleh.. bak sini IC", kata akak nurse tu.
Gua bawak keluar IC dari dompet gua. "Nah. Cepat sikit kak. Serius ni!", gua cuba bergurau senda.
"Ha? Serius? Kena potong ni! Hik hik hik..", kata akak tu sambil ketawa kecil.

Gua dibawa masuk ke dalam bilik rawatan. Gua menerima 2 suntikan. Kat kiri satu, kat kanan satu. "Jangan buat keras tangan ni ye, buat rilek je..", kata nurse tu. Kemudian nurse tu meneliti tempat gua kena sengat tu. Gua berasa sunggu selesa. Sakit tadi dah hilang entah ke mana.

"Aik? Awak ni baru 23 tahun?"
"Ha'ah. Nampak muda kan?", gua berseloroh.
"Hish.. takde la.. buat apa panggil saya akak?"

10 minit yang seterusnya gua tak tau mengapa gua masih ditahan kat situ. Cucuk dah kena. Ubat dah bagi. Apa lagi ni? Yang ada cuma nurse tu je tanya gua macam-macam dari tempat tinggal gua sampai le ke makanan kegemaran aku. Namun aku sedikit merasa heran mengapa hanya ada akak tu sorang je kat situ. Mana doktor? Mana attendan bertugas?

"Memang jaga sini sorang-sorang je ke?", tanya gua.
Nurse tu menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum menjawap mesra, "Ha'ah.."
"Habis syif pukul berapa?"

Gua takkan bercerita dengan lebih lanjut lagi.

Yang penting gua baru sedar bahawa orang tua yang dalam mimpi gua semalam bukan maksudkan motorsikal Yamaha Lagenda, ketuhar gelombang mikro, peti ais ataupun hamper tajaan Pasar Mini Ria.

Comments

curX said…
ko dapat nombo tepon nurse tu tak?

bwahahaha. :)
chitee said…
kuikuikui...

jiwang laa encik.
mohdismail said…
ko dpat ape kmx?cis..suruh itu org tua dtg mimpi aku mlm ni jugak..
ChikaDior said…
hahahahha....

tapi klu yamaha lagenda yg dimaksudkan lagi baik. =(
spekong said…
nurse?muahahahah...aku sdg membayangkan nurse itu gimana..

"Memang jaga sini sorang-sorang je ke?", tanya gua.

muahahaha lagik sekalik..

a new beginning kah? huhu

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa