Pengalaman Saya Melihat Persembahan Askar Di Karnival Lipis

Petang tu aku turun ke padang menengok persembahan askar.
Setiap kali Karnival Lipis, persembahan askar adalah persembahan yang paling havoc sekali. Tahun lepas saya miss nengok persembahan tersebut sebab hujan. Sampai-sampai je dah habih. Tahun ni saya nekad nak turun tengok. Itu sebab saya turun 2 jam lebih awal.

Orang pepalih ramai. Boleh tahan jugak ramai orang yang into persembahan askar ni. Mereka semua yakin pasti tak mengecewakan. Persembahan dimulakan dengan pasukan tambo main muzik sambil jalan-jalan atas padang. Karena letih berdiri aku ngan mael mengambik keputusan untuk duduk di atas padang. Bersila. Ramai anak-anak gadis di belakang sana mengambil kesempatan meng-usyar kulit pinggang aku yang kadang kala kelihatan.

Persembahan seterusnya adalah persembahan lawak jenaka. Cite pasal sorang atuk ngan neneok ni naik basikal pastu kena ragut. Atuk ni tewas ngan peragut, pastu neneok balas dendam ngan flying kick. Semuanya dilakonkan oleh brader askar dengan aksi stuntman yang sungguh meyakinkan. Semua orang tergelak besar. Hek ele.. gua pun tak tahan nak gelak. Boleh tahan jugak diaorang ni.

Seterusnya persembahan lompat-lompat gelung api, palang berapi, karate genting atap dan karate genting atap pakai kepala untuk men-demonstrate betapa gagahnya brader askar ni. Kemudian ada sorang brader askar ni gagal pulak lompat gelung api tu. Terkena bahu. Pastu bahu dia patah.

Akhirnya tibalah masa untuk persembahan terulung diaorang. Iaitu simulasi/lakonan peperangan yang sebenar. Insiden yang dilakonkan ini adalah bedasarkan pertempuran sebenar yang berlaku masa zaman jepun dulu. Persembahan dimulakan dengan satu letupan hapekejaddah yang kuat tak hengat sampai nyaris nak kena stroke aku. Kemudian diaorang perang tembak-tembak pakai M16 dengan peluru blank. Bunyi letup, tapi takde paluru. Nampak macam real. Bom asap di sana-sini, flashbang, bom tangan orang lari-lari dan jugak sekali sekala letupan yang hapejaddah kuat tak hengat tu.

Keadaan menjadi lebih havoc pabila sebuah helikopter berlegar-legar di udara (terbang rendah) sampai aku teringat cerita perang kat TV zaman dulu. Ada sekali tu helikopter tu macam nak campak bom, terbang rendah, pastu ada letupan yang paling kuat hanya kurang 10 meter dari tempat aku bersila tu. Menyebabkan gua ada tercampak sikit ke belakang, dan kacang kuda makcik kat sebelah aku habis berterabor semua. Bebudak semua menjerit. 3 warga tua mati kerana serangan penyakit jantung.

Persembahan berakhir dengan helikopter me-landing di atas padang dan semua orang yang duduk di tepi padang tu terpelanting kena angin. Pastu heli tu blah. Lakonan ni tak silap aku untuk memperingati seorang askar yang gugur di medan perang. Nama dia aku tak ingat. Tapi juruacara tu (askar jugak) baca sajak penuh emosi sambil askar kat tengah padang usung brader ni konon-kononnya mati la.

Bila persembahan habih orang ramai semua menyerebam menuju ke tengah padang untuk kutip kelonsong peluru yang bertaburan. Sambil blah aku jumpa jugak pin flashbang yang diaorang gunakan. Dan gua ambik bawak balik umah sebagai kenang-kenangan.

Meskipun persembahan askar adalah persembahan yang paling power sekali kat Karnival Lipis ni, namun gua sikit pun tak tertarik nak join askar. Apa ko dah gile?!

Nota : Pasal 3 warga tua yang mati tu aku reka je.
Esok: Pengalaman Ngeri/Manis Saya Disengat Tebuan Puaka Dari Bukit Sarang

Comments

mohdismail said…
haha...enjoy tul ko ek dgn karnival nih..hehe..
*sila bayangkan kalo kmx masuk tentera..
Lin8 said…
awak jangan cuba-cuba kmx..

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa