Siti Nurhaliza Di Karnival Lipis 2006

Malam tu starting tak best. Hujan. Guruh berdentum bergema di timur jauh. Aku mula berpikir 2 kali. Naik keta memang tak masuk akal. Haram nak dapat parking. Sambil menunggu Mael dan Deetree di rumah aku memasang vcd anime. Menonton sambil membuang waktu. Diaorang dijadualkan tiba menjemput aku sebentar lagi dengan motor masing-masing.

Sekonyong-konyong Mael tiba. Kebasahan.
"Hujan lebat woo..!"

Hujan. Apa kejaddahnye nak nengok Siti kalau dah hujan ni? Jangan-jangan Siti pun tak jadi nak menyanyi.

"Hujan-hujan ni sape ke yang datang nak nengok Siti?"

Silap. Perkiraan aku silap. Sampai kat padang Majlis Daerah Lipis orang pepalih ramai. Panuh satu padang. Itu jam ada sorang brader ni tengah bagi ucapan. Ucapan perasmian. Kami terhiling-hiling di sekitar padang sementara menunggu Siti Nurhaliza, sasaran kitaorang malam tu.

Lepas tu ada la persembahan tarian kebudayaan. Memang boring kalau nengok. Tapi kalau amati betul-betul awek-awek yang manari tu mungkin bisa mendatangkan syok.

Aku haram tak pernah dengar nama Kumpulan Lips ni. Dianggotai oleh 3 gadis genit mereka membuka persembahan untuk Siti Nurhaliza. Nyanyi 3 lagu termasuk lagi hits diaorang yang selalu kuar radio. Baru hari ni aku tau diaorang yang nyanyi lagu tu. namun aku agak kecewa ngan pakaian diaorang malam tu. Siang tadi punyalah seksi msa rehearsal. Malam tu tak berapa seksi dah. Tapi boleh la setakat nak layan.

Lepas Lips menyanyi aku semakin teruja. Ingat Siti dah nak keluar, alih-alih ada lagi persembahan tarian kebudayaan. Termasuk seorang brader ni yang pakai baju ala-ala koboi dan tak ngam langsung ngan tema persembahan kebudayaan. Kalau tak kerana menunggu Siti tentu aku dah blah.

Akhirnya masa itu telah tiba. Setelah di-introduce oleh DJ bertugas, Siti muncul di tengah pentas. mengenakan busana hitam ala-ala arabic gitu. Dengan seluar yang nampak macam kain. Orang ramai yang daripada tadi menunggu menjadi semakin excited dan menyerebam ke depan.

Tapi macam biasa, walaupun dah 15 tahun disogok dengan konsert dan persembahan free, crowd Kuala Lipis tetap selenge. Sambutan begitu dingin. Semua berdiam diri. 2-3 kerat je yang hati kering nak tepuk tangan. Takut nanti lebih-lebih orang kampung pandang serong. Memang macam ni. Kadang-kadang aku kesian nengok artis-artis yang datang buat show kat sini. Sambutan begitu hambar. Tak play along. Tak havoc. Semua malu-malu.

Siti menyanyikan beberapa lagu hit dia. Masuk lagu ke-dua dia sendiri turun padang. Turun dari pentas untuk bersama peminat-peminatnya. Orang ramai yang bawak kamera semua menyerebam nak pegi tangkap gambar Siti.

Paling saspen bila Siti cakap dia nak ambik beberapa peminat untuk menyanyi bersama dia kat atas pentas sana. Seorang brader telah dipilih. Namun selepas soal-siasat oleh siti dia ni datang dari Sabah sana. Keje kat sini. "Siti nok orang Lepeh..", kata Siti. Seorang lagi brader kena tangkap. Malangnya bukan orang Lepeh jugak. Lalu Siti terpaksa memilih seorang lagi sebab tak menjemput orang Kuala Lipis sendiri ke atas pentas bisa mengundang kontroversi. Itu jam siti dah berkira-kira nak pilih seorang lagi. Matanya meliau mencari. "Siapa ekk.. Siti nak jemput orang yang betul-betul asal dari Kuala Lepeh.."
Itu jam aku menjerit penuh histeris;
"PICK ME!! PICK ME!! SITI!! ABANG KAT SINI!!"

Namun Siti tak perasan jeritan aku. Seorang akak yang duduk di tepi stage dipilih. "Awok nyanyi beh beh ye..", kata Siti kepada akak tu.

Persembahan Siti malam tu memang solid. Star quality. Sayangnya sound tak memuaskan. Tak letup. Tak terasa di jantung. Overall semua memang puas hati. Walaupun berapa kerat je lagu dia nyanyi. Lagu yang tahun lepas semua orang nyanyi penuh usaha kat ujibakat AF, dia selamba dek je nyanyi siap sebijik macam dalam radio. Effortless. Suara dia memang sedap. Hampir satu dekat yang lalu kat padang ni lah Siti nyanyi. Pertandingan karaoke. Sampai jadi juara. I was there. Dan hari ni Siti jugak. Tapi Siti yang nyanyi hari ni bukan Siti yang dulu. Siti skang ni dah kaya raya. Bapak dia ada Harrier. Rumah dia besar gedabak. Siap ada signboard tulis 'Rumah Siti Nurhaliza' dekat simpang.

Pepehal gua puas hati ngan persembahan dia. Suara yang hebat, persembahan berkualiti kedengaran di speaker kecik stendet fun-fair. Damn it! She deserves better.

"Siti, I love you bebeh.."

menyerebam = menyerbu

Comments

mohdismail said…
eh..aku ke first baca nih?hehe..best ar dpat tgk siti..aku aritu tgk siti kat shah alam..bagai nak gila jauh..cam semut je tgk siti..uhuh
islamsworld said…
ye ke..aku pon suka gak suara ct...berantu...orang putih kata...bird's voice...heheheh...kelakar la pulak

tapi memang suara dia takde sapa boleh celen..

eh, tapi camne plak sambutan lepas dia kawin ha? sama la kot..dan abang k pon akan berganding bahu duduk depan mata dia....senyum2 kambing gitu....dan ct pon bagila flying kiss kat abang k dia tuh...

dalam hati abang k "jaga kau ct...balik nanti aku ramas2 kau..ummmmmmah"
terbayang2 abang k body ct nan makin gebu tuh sejak kawin.....
dalam hati abang k lagi "cepatla balik ct..i tak suka u melalak lama2 sangat , nanti u penat, i pon nak kerja esok, bila nak buat projek ni?"

mmmm...bahagia nyeeer abang k sekarang....ct plak kata dlm hati" ala bang, kejap je ni...sabar la...duit ni untuk kita gak, kan kita nak jadi jutawan...balik nanti kita main la.."

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa