Boring, Hiatus dan Rokok Batang

Dah lama dah takde post kat sini. Sebenarnya aku sedang menulis satu post penting untuk paparan istimewa tak lama lagi. Nak kena kaji betul-betul. Aku tak nak mengalami kesusahan di masa akan datang. Namun suka saya maklumkan di sini bahawa aku ada 2 post yang menarik akan datang bila-bila masa je lagi. Paling best, Adult Section akan dibukak pada bila-bila masa je.
Duit pun dah tak berapa nak ada ni. Aku dah kembali ke arena kemiskinan skang. Rokok batang kembali menerjah. Cek aku entah berapa lama lagi nak clear. Hari-hari aku cucuk kad kat bank. Hari-hari orang yang beratur kat belakang aku tersengih nengok baki akaun aku.
Namun demikian ahad nan lalu aku sempat ke Padang Tengku sambar baju bundle 2 helai. Jalan-jalan, beli baju, makan nasik berlauk (yang tak berapa sedap). Pastu petang tu kebetulan ada pulak orang baru meninggal. Jadi aktiviti jamming terpaksa dihentikan untuk menghormati si mati. Kalau tak kemungkinan besar orang kampung semua akan menyerang studio kami.
Aku tak tau apa yang aku buat dalam sehari, tapi skang ni masa nampak gayanya berjalan begitu pantas. kejap je dah habih bulan Julai. Apa cerita ni?
Pendapatan adsense yang merosot bulan ni betul-betul memeningkan kepala aku. Mungkin sebab aku tak berapa gigih seperti biasa. Banyak mende yang distract pikiran aku. Jesteru aku bercadang untuk santau-akal sekali lagi dan attack balik bulan ogos ni. Ada 2-3 site baru yang aku aim nak buat. Dan ada beberapa idea baru yang aku nak implement. Itu pun bila aku dah naik rajin balik.
Skang ni masuk musim-musim blur kepala otak. Bukan blur apa, tapi aku dilanda kemalasan yang maksimum. Aku ingat otak aku ni dah jem dah. So aku mengambik keputusan untuk berehat beberapa ketika.
Bye!
(other sites will be updated regularly)

Comments

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa