Jangan Sentuh Janggut Saya

Gua warning aa.. kat lu orang semua. Jangan sentuh janggut saya. Janggut ni berhantu dan buruk padahnya kalau sentuh. Biasanya orang geram nak sentuh. Ataupun sengaja bergurau ngan aku. Berikut adalah beberapa kes yang telah direkodkan.

-Seorang brader telah mengalami gangguan mimpi ngeri yang teruk pada sebelah malamnya selepas menyentuh janggut saya.

-Kes mengigau yang teruk juga pernah direkodkan.

-Seorang pegawai kerajaan yang gatal nak sentuh janggut aku telah mengamali demam kura. ketar-ketar dan berpeluh di waktu malam. Bila jumpa pengamal perubatan tradisional, bomoh tu cakap kena gangguan makhluk halus.

-Seorang bayi kerap menangis di waktu malam. Selepas siasatan lanjut didapati bayi tersebut telah tidak sengaja tersentuh janggut Kumprinx.

-Sebelum pulang brader ni menyentuh janggut aku sambil berkata "Janggut ni potong la..". Ketika dalam perjalanan pulang dia terasa motornya berat ketika naik bukit. Seekor pontianak telah menumpangnya pulang.

-Kejadian histeria di sebuah sekolah di padang tengku juga pernah dikaitkan dengan janggut ni.

-Seorang tukang guntung rambut yang bergurau mengacah-acah nak gunting rambut aku telah mengalami gangguan makhluk halus di rumahnya. Pabila malam periuk belanga berlaga sesama sendiri dan mengeluarkan bunyi yang bising di rumahnya.

-Nasik kawah yang dimasak di sebuah kenduri perkahwinan tak masak-masak walaupun selepas 12 jam berada di atas api. Selepas siasatan lanjut didapati tukang masak tu cuba menyentuh janggut aku.

-Seorang brader mengalami gugup yang ekstrim ketika majlis akad nikah. Korang tau sebab apa.

-Penyanyi No.1 negara, Siti Nurhaliza telah terjatuh cinta dengan Datuk K dipercayai kerana telah bersalaman dengan seseorang yang pernah tersentuh janggut Kumprinx.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa