Mengejar Masa


Zaman skang ni cepat sungguh masa berlalu. Aku ingat baru minggu lepas aku kena gigit serangga misterius, rupanya dah 4 bulan berlalu. Bila tido, aku bangun lewat. menyebabkan separuh siang aku terbazir begitu sahaja. Banyak mende yang aku aim nak buat hari tu akan gagal dan terpaksa di postpone ke hari nan lain.

Projek aku untuk me-riki Siti Nurhaliza's Secret Hideout kat Kuala Lipis ni baru siang tadi berhasil. Padahal aku dah plan 2 minggu nan lalu. Itulah ke-sedang-nye kalau kuat menangguh-nangguhkan sesuatu. Gua siap angkat video lagi beb. Tunggu je la..

Post mega blockbuster aku yang bertajuk 'Tutup Kes' yang aku postpone minggu lepas jugak baru tadi gua siapkan. Cuma nak tunggu beberapa gambar dan fakta mutakhir. Tak boleh upload lagi sebab ada beberapa isu yang aku nak saring dan tambah.

Jamming skang dah makin gila. Aku ingat dalam seminggu dua lagi ada pertandinagn kugiran kat sini. Dan band kitaorang akan membuat kejutan yang tak terduga. Kalau rasa-rasa nak tau, datang je masa pertandingan nanti. Tengkuk aku skang ni selalu sakit. Kuat headbanging. Tapi tak boleh lawan head banging masa FTG turun Lipis ari tu. Itu jam seminggu aku berurut tengkuk.

Mende-mende yang aku aim nak angkat dan miliki skang aku dah dapat. Post Signifikan III aku hanya mampu letak gambar je sebab kalau aku story korang mungkin akan naik menyampah. Aku seolah-olah hilang motivasi untuk berusaha dengan lebih gigih. Kepuasan itu adalah punca kegagalan. Dan skang aku harus meletakkan matlamat baru yang lebih solid dan gempak. Supaya aku bisa bekerja penuh tumpuan dan matlamat seperti beberapa bulan nan lalu.

Kalau dulu, aku bekerja untuk membuktikan bahawa aku mampu dapat duit goyang kaki je. Lama-kelamaan aku berkerja untuk angkat perkara-perkara yang selama ni aku tak mampu nak angkat. 2 peringkat ni aku dah sapu bersih.

Skang gua akan upgrade ke level yang lebih ekstrim.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa