Pontianak Mengamuk Di Kampung Tempoyang

Malam tu beberapa makcik berjaga malam menyiapkan sarapan pagi untuk rombongan meminang keesokan harinya. Sedang sibuk memasak tetiba kedengaran bunyi
"Ketak ketak ketak ketak..."
Semua yang masih berjaga seawal 1.00 pagi tu kenal benar bunyi itu. Sekitar tahun 1998 juga kes sebegini pernah dilaporkan. Bunyinya semakin dekat. Semua yang tadinya asyik memasak tergamam dan berpandangan sesama sendiri.
"Ketak ketak ketak ketak..." bunyinya semakin hampir. Pabila bunyi itu sudah terlalu dekat ia berubah tune;
"Hi hi hi hi..." disusuli dengan bunyi sambaran angin yang kuat di atap zink rumah itu.

Sah! Pontianak kembali di Kampung Tempoyang.

Keesokkan harinya semua orang heboh menceritakan pengalaman masing-masing terdengar bunyi pontianak. Bunyinya sungguh aneh dan mengerikan sampai takde sesiapapun yang mampu mengajuk bunyi tersebut. Yang aku taip ni pun aku agak-agak je.

Begitulah seperti yang diceritakan oleh makcik ni kepada aku ketika aku datang jamming petang semalam. Itu jam tak sampai maghrib aku dah blah. Tak sanggup aku nak lepak situ lama-lama. Planning aku untuk mem-print baju malam semalam juga terpaksa dibatalkan.

Yang penting, pontianak dah buat comeback kat Kampung Tempoyang. Dan jangan harap aku nak jenjalan sana malam-malam lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa