Posts

Showing posts from August, 2006

Panggil JKR la..

Image
Pagi tu selepas me-warming up lebih kurang jadi aku ingat nak pekena rempit ke Berchang. Balik tu aku singgah umah Mail. Kat tengah jalan tetiba aku nampak motor dia parking kat tepi. Lalu aku memandang la ke kiri dan ke kanan kalau-kalau dia ada buang air besar tepi jalan ke.

Sekali aku pandang depan, ada pokok tumbang merintang jalan. Aku yang tak bersedia terpaksa mem-brek sekuat hati takut nanti saya hantam sama itu pokok. Nasib baik saya berjaya berhenti kira-kira 2 inci dari pokok tersebut (sembang biar lebat beb..). Lalu dengan dada yang masih berdebar, aku menelefon Mail;

"Bila ko nak angkat pokok ni?"


Masalahnya, dalam kes sebegini, kita nak kontek siapa? Wakil rakyat? Bomba?

56kbps

Zaman dulu cybercafe pakai modem internet 56kbps. Rilek je... Kongsi ramai-ramai pulak tu. Skang aku pakai 1mbps pun masih naik hangin lagi. Konon-konon power user la..
"Kat Jerman sana, speed dia 14 mbps!", - member saya.
Tapi.. itu kat Jerman?

The Suicide Table Top Fan

Image
Satu hari tu aku bangun dari tido. Masa aku meregangkan tangan untuk membetulkan tulang aku tetiba Zrrrrrraaap! Pedih tara hengat punya. Kini bila aku bangun pagi, aku akan sentiasa mengeliat dengan penuh berhati-hati. Beginilah rupa paras kipas berani mati yang aku gunakan sekarang. Speed dia jauh lebih laju dari kipas biasa.

Dan yang paling hardcore, takde jaring.

Kaget

Image
Kaget.. terasa kaget.
ROTTW Soundstage

Crying Shame - Fcuked-up Drums