Panggil JKR la..

Pagi tu selepas me-warming up lebih kurang jadi aku ingat nak pekena rempit ke Berchang. Balik tu aku singgah umah Mail. Kat tengah jalan tetiba aku nampak motor dia parking kat tepi. Lalu aku memandang la ke kiri dan ke kanan kalau-kalau dia ada buang air besar tepi jalan ke.

Sekali aku pandang depan, ada pokok tumbang merintang jalan. Aku yang tak bersedia terpaksa mem-brek sekuat hati takut nanti saya hantam sama itu pokok. Nasib baik saya berjaya berhenti kira-kira 2 inci dari pokok tersebut (sembang biar lebat beb..). Lalu dengan dada yang masih berdebar, aku menelefon Mail;

"Bila ko nak angkat pokok ni?"


Masalahnya, dalam kes sebegini, kita nak kontek siapa? Wakil rakyat? Bomba?

Comments

Azhar Ahmad said…
Kasi angkat sendirik la. Lepih tu susoh weiiih nok tipon JKR. Gonekan, awok duduk kawasan gitu..

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa