Doktor K : Mari Menukar Minyak 2T

"Minyak 2T tak payah tukar, ko tambah je.."
"Aku rockers Padeli, rockers memang tukar minyak 2T! Tak payah tambah.."

Bahan-bahan yang diperlukan: Setengah meter tube jernih. Beli kat kedai hardware. Kalau tokei tu tanya, cakap nak buat gelang. Dan sebotol minyak 2T berprestasi tinggi.
Memula bukak seat motor dan bahagian yang diperlukan sampai nampak tangki 2T tersebut. Jika dilihat di sini, 2T tersebut telah berkurangan. Ini masanya untuk korang tambah. Tapi kali ni Doktor K akan menukar keseluruhan minyak tersebut.
Pada percubaan pertama, Doktor K memasukkan tiub melalui lubang tempat masuk minyak tersebut.

Namun hujung tube tersebut gagal mencapai saki baki minyak yang ada. Usah risau. Sebatang rokok dapat membantu. berehat sebentar dan fikirkan jalan lain sambil mengusyar awek lalu lalang depan umah.

Setelah berfikir dengan mendalam Doktor K mengambik keputusan untuk menyedut minyak tersebut melalui lubang sensor minyak tersebut. Sensor ini mestilah ditanggalkan terlebih dahulu. Untuk itu juga, bateri motor juga perlu ditanggalkan. Jumlah kerja yang perlu dilakukan kini meningkat sekali ganda dan Doktor K mula merasa resah dan menyesal.


Image Hosted by ImageShack.us
Itu jam baru boleh masuk tiub tu. Kini tibalah part yang paling angker sekali iaitu menyedut minyak tersebut menggunakan mulut. Sila pejam mata masa sedut tu.
Image Hosted by ImageShack.us
Sekarang anda boleh berehat sambil menunggu minyak tersebut habis keluar. Simpan minyak tersebut dalam botol. Nanti boleh guna semua untuk menanggalkan cincin yang terlekat kat jari, pelincir mangga Solex dan tuang kat rantai motor.
Image Hosted by ImageShack.us
Setelah tangki 2T tersebut kosong, kini barulah anda boleh menuangkan 2T yang baru dengan penuh keyakinan. Selamat mencuba!
Semoga berjumpa kembali di lain masa, dan memandulah dengan penuh berhemat. Orang lain pun ada kerja lain nak buat selain dari asik nak mengelak korang je. (Nota: Gua bukan pomen)

Comments

Faizal said…
sorry aku terpaksa komen jugak ... ingatkan x nak komen (aku suka baca je) ... apehal pulak minyak 2T nak kena tukar? 2T pakai sampai habis la ... kalau indicator kat panel meter tu masih elok biasanya akan menyala kaler merah ... bila dah merah baru la pegi belik minyak 2T ... baru la buh lam tangki 2T tu ... Kalau minyak 4T yg dalam enjin tu baru la kena tukar ... jangan tunggu sampai abih ... masak ko nnt ... satu lagi 2T ni x leh buat minyak pelincir macam 4T ... takleh nak "menanggalkan cincin yang terlekat kat jari, pelincir mangga Solex dan tuang kat rantai motor" sbb sifat dia lebih kpd petrol ... boleh terbakar walaupun susah ... so dia akan bersifat tukang karat gak ... x macam 4T ... tukang lincir ... bukan lincir untuk atas katil :p

RX-Z
WDN 11Sept
Kumprinx said…
uih.. nampak gayanya ko lebih arif pasal motor-motor ni. saya tak boleh membantah. Aku pun main tibai je sebenarnya. Sebelum ni dah macam2 jenis 2T aku taruk dalam tu . dari 'Cap Ayam' (RM2.00) sampai le ke cap Mobil.
Namn akhir-akhir ni aku kangen nak dapat efek 'asap yang berbau harum', jadi aku berniat untuk tukar je terus kesemuanya dan supaya ia tak bercampur ngan jenama lain. Aku tak tau gak tindakan aku ni betul ke tidak, tapi ternyata prestasi semakin meningkat lepas aku taruk 2T jenis ni.

pepehal terima kasih atas komen anda. kalau ko ada tips nak tanggal tank motor tu, sila la berkongsi. kang silap lagi aku.
hehe..

Kawasaki
WDT
Azhar Ahmad said…
Macam pakar bedah plak...
iejal said…
hahahaha!!! terkezut jap aku... mati2 aku ingat minyak 2t mmg kene tukar... psl aku pakai one-tupai..

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa