Kacang Tumbuk. Zaman dulu bungkusan dia panjang. Dan skang dah pendek sebab semua mende naik harga. Masa aku sekolah dulu selalu pekena. Aku cabar korang makan mende ni tak bersepah.
hahaha memang best makan benda ni. Aku boleh terima cabran kau kumprinx, makan tanpa sepahkan benda tu. caranya aku bagi dia 'lemau' dulu. hahahahaha.... bolehkan?
Am sendiri pun tak pernah lepas cabaran ni, sah berterabur punya. Satu cara aja boleh tak berterabur, masuk semua sekali gus, terus telan hehehe
Anonymous said…
kalau melayu bikin takder jelatin, kalau Ah Ying buat ada jelatin dalam bahagian luar yang berkeping dan berlapis manis tu. Nak nyetop makan ke idak terpulangler...
"Berapa ni?" tanya gua kepada makcik peniaga.
"Pulut panggang, 5 batang RM2" kata makcik tu. Ringkas dan bersahaja.
Gua buat kira-kira dalam kepala.
Kalau beli 5 bijik pulut panggang ni kang, gua makan satu. Bini makan satu. Anak-anak belum tentu makan sebab biasanya serunding dia pedas. Katakanlah makan satu sejurus selepas berbuka. Lepas tu jangan harap nak makan lagi bakinya malam kang sebab perut dah penuh mana ada masa nak makan. Akhirnya terbazir 3 batang menjelang imsak sebab dah basi.
Gua berlalu dan pegi usyar gerai lain pulak. Pisang goreng. Solid juga pisang goreng ni sebab anak gua boleh makan sekali. Makanya beli 5 bijik, mesti boleh habis. Habiskan makan di sini bagi gua bukanlah paksa makan sampai habis walaupun perut dah bunting. Tapi makan dengan seronok dan …
Perjalanan gua dalam mendapatkan diploma ni bermula lebih sedekad yang lalu bila gua menerima keputusan SPM yang tak berapa memberansangkan. Ada ke fizik boleh fail? Tak Interstellar langsung.
Kendati gua isi jugak borang UPU buat sedap hati sendiri. Itu jam gua ingat lagi lepasan SPM kelas gua semua isi borang UPU tak mudah juga kat KFC secara berjemaah. Gua tau dah tak dapat. Gua turun nak pekena KFC je.
Setelah menerima khabar sedih dari keputusan UPU gua, gua sit back dan mula merancang strategi untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan yang pada ketika itu baharu sahaja mencecah 18 tahun. Akhirnya gua terjerumus dalam scene kerja kat ladang kelapa sawit. Suka duka 2-3 bulan kerja kat FELDA banyak memberi ruang kepada gua untuk merenung kembali erti penyesalan kenapa tak baca buku betul-betul masa SPM hari tu.
Akhirnya setelah kena marah ngan supervisor yang orientasi seksual bel…
Tak berapa lama dulu Kuala Lipis dikejutkan dengan satu hidangan istimewa kat RapiShop (Kedai mamak) iaitu kepak ayam madu. Makanan ni menjadi sangat popular di kalangan pekerja-pekerja lombong dan mereka-mereka yang baru balik dari pejabat.
Perusahaan kepak ayam madu ni dijalankan oleh En.Hasan. Dia menumpang kedai RapiShop ni untuk berniaga. Berasal dari Sabah (yang popular dengan kepak ayam bakar), bapa kepada 2 cahayamata ni telah menempa nama sebagai kepak ayam yang paling champion sekali kat Lipis ni. Biasa dia bukak time 3-4 petang. Dan menjelang pukul 6pm, semua supply dia dah habih. Orang berebut-rebut beli.
Kepak ayam dia toksah cerita. Berkilat-kilat dipanah matahari. Di bakar sampai keperang-perangan dengan aroma yang menusuk. Dihidangkan dengan sepiring sos istimewa (agak cair dan manis). Menjadikan kombinasi pencicah yang paling ideal untuk kepak ayam dia ni.
Kepak akan dipotong di bahagian sendi menjadi 2 bahagian. Biasa aku balun drummet dia dulu, baru pekena wing dia …
Comments
hahaha memang best makan benda ni. Aku boleh terima cabran kau kumprinx, makan tanpa sepahkan benda tu. caranya aku bagi dia 'lemau' dulu. hahahahaha.... bolehkan?