Chef K - Nasik Goreng Karsinogen Berempah

Hidangan untuk 2 orang (atau seorang jika kelaparan mencengkam)

Bahan-Bahan:
500 gram udang galah
1 biji terung dayak (terung asam )
3-5 biji cili merah
1 labu bawang besar
1 cm belacan
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 batang serai
1 cm kunyit
5 potong ikan parang/tenggiri (dicuci dgn asam garam)
5 biji bawang merah
10 biji cili hidup merah
½ inci halia
½ inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
5 Bendir/Terong Panjang (Potong/Belah)
2 sudu masak garam
Air Asam Jawa semangkuk
5 sudu masak minyak masak
garam dan serbuk perasa
(ini kalau korang nak buat asam pedas untuk makan sekali ngan nasik goreng ni kang)

Bahan untuk nasik goreng:
Nasik (ofkos la!)
Kuali
Dapur gas
Bawang Putih (seulas)
Udang 5 ekor
Stok ayam
Minyak Bijan
Sayur-sayuran organik
Sepaket perencah nasik goreng kegemaran korang

Cara membuatnya:
Memula ramas nasik tadi sampai hancur. Jangan lenyek sampai jadi macam makanan budak. Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Kurangkan minyak jika perlu. Apabila kuali telah cukup panas (untuk menguji, masukkan jari anda ke dalam minyak. Jika melecur, ia cukup panas. Masukkan bawang putih yang telah di karate sampai hancur. Secepat kilat masukkan sekali perencah nasik goreng tadi. Tumis.

Tunggu hingga naik bau. Ketika menunggu anda disarankan jangan menengok tv kerana anda mungkin terleka. Dan tumis akan hangus. Nak-nak cerita PHSMII (Maya Karin I love you bebeh..) Agak-agak dah wangi, masukkan udang tadi seekor demi seekor. Di sini akan berlaku keajaiban di mana udang tadi akan bertukar warna oren. Magik sungguh! Aku ingat udang ni dah ready warna oren. Dah masak baru dia tukar warna. Anbelifebel!

Kemudian masukkan nasik. Dan gaul hingga warna nasik tu seragam. Renjiskan sedikit stok ayam. Ini jam sesuai untuk masuk sesudu camca teh (bukan teh) minyak bijan. Kerana minyak bijan tu kalau masak baunya sungguh champion, orang lain semua kepingin nak makan masakan anda. Anda juga akan merasakan keyakinan yang tinggi dengan masakan anda.

Akhir sekali masukkan sayur. Tips: Dalam kuali, masukkan bahan yang paling lambat masak seperti daging dan ayam terlebih dahulu sebelum bahan yang cepat layu seperti sayur dan ulam-ulaman. Ketika menggoreng pastikan senduk yang anda gunakan berlaga dengan kuali kuat-kuat supaya nampak macam tukang masak pro. Chef K juga berusaha untuk bagi keluar api tapi tak berjaya.

Agak-agak dah masak, Hidangkan nasik goreng tadi dengan hirisan timun (untuk meneutralkan karsinogen-tumisan yang hangit tadi) dan beberapa ulas ulam petai. Sesuai dimakan panas.

Selamat mencuba.

Comments

Faizal said…
ganas betul nama dia ... mesto sodap nih
mushluv said…
wallah u aa bebeh ;) aku kalo bukak gerai ni, aku offer ko jadik chef la :P
mohdismail said…
haha..ape kejadahnya bahan-bahan banyak tu..pakai perencah je..hikhik
Zack said…
Kali pertama aku dengar orang buat nasi goreng taruk air asam jawa. Semangkuk lak tu!

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa