Perutusan Hari Keputeraan Kumprinx


Meh sini aku nak cerita sikit.
Tepat 23 tahun yang lalu aku lahir kat sebuah Kampung kat Kuala Lipis ni. Pastu aku membesar kat kampung tu sampai la umur aku 7 tahun. Suasana kat kampung memang nyaman. Sunyi yang teramat sangat sampai kadang-kala korang boleh dengar jantung korang sendiri berdegup.

Menjelang umur 7 tahun aku aku berpindah ke sebuah rumah flat kat kawasan Tempoyang, Kuala Lipis. Itu jam jugak aku start masuk darjah satu. Time darjah dua aku dah start menulis. Karangan aku yang pertama mendapat pujian dari semua guru-guru kat sekolah dan ada jugak yang mengelarkan aku 'Child Prodigy'. Kat sekolah rendah aku tak join langsung apa-apa aktiviti sukan. Yang aku ada hanyalah skill penulisan aku yang tetiap kali peksa musti dapat A. Menjelang UPSR aku tak tak lama lagi aku nak blah dari sekolah tu. Dan aku takde apa-apa yang aku nak bawak dari sekolah tu selain daripada skill membaca, mengira dan menulis. Lalu akhir tahun tu buat julung2 kalinya aku join sukaneka. Jesteru aku mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan 'Lari Dalam Guni' dan mendapat hadiah sebuah gelas cap Carlsberg. Itu jam aku rasa sukses.

Time sekolah menengah aku berjaya membuat comeback ke Sekolah Menengah Clifford selepas sebulan sekolah kat Sekolah Menengah Setia Wangsa. Comeback aku penuh gilang-gemilang dan disambut oleh semua kenalan-kenalan aku yang sekolah kat sana. Menjelang form 3 aku khuatir kalau-kalau aku dapat masuk sekolah asrama penuh. Jadi aku cuba membuat sesuatu yang bermakna. Aku berjaya release yearbook DIY untuk kelas aku. Dan di oenghujung tahun jugak aku berjaya hasut kelas aku join Sukaneka. Walaupun acara sukaneka tu sungguh selenge, namun aku berjaya yakinkan kelas aku untuk join dengan aim untuk menang. Kelas aku menang dan kami berjaya mendapat hamper untuk jamuan akhir tahun kelas. Itu jam aku rasa sukses.

Time tu jugak aku telah mereleasekan zine aku yang pertama. Zine HC/Punk sulung dari scene Kuala Lipis. Lalu meng-influence lebih banyak lagi zine dari Lipis ni dan sekaligus memeriahkan scene Kuala Lipis.

Masa Form 3 ni jugak aku telah masuk scene rempit. Berbekalkan motor Yamaha Y80 yang telah di-tune sehabis-habisnya aku mula berlumba dengan rakan-rakan aku. Tapi ini kategori under 100cc je. Aku jugak berjaya memotong sebuah Kriss 110 dalam satu perlumbaan. Sungguh cemerlang sebab orang ingat motor aku tu tak laju. Padahal gua dan overclock kelajuan motor tu hinga ke kemuncaknya. Ada khabar angin yang mengatakan kalau aku maintain speed lebih lama lagi, motor tu akan meletup dan musnah bersama-sama ponunggangnya sekali.

Tatkala form 4 aku berpindah ke Lipis Centerpoint. Itu jam aku mula berjinak-jinak dengan sukan skateboarding. Aku berjaya melakukan ollie aku yang pertama setelah seminggu berlatih. Itu jam aku terus aim untuk jadi yang terbaik. Gua lompat segala apa yang gua nak lompat. Semua gap, semua stairs, semua rail. Semua lokasi yang 'skatable' kat Kuala Lipis ni gua dah pegi.

Itu jam gua terlah dipilih sebagai DJ radio sekolah. Radio yang diaorang pasang kuat-kuat masa rehat. Sebagai DJ gua terpaksa speaking english sepanjang masa. Aku jugak pernah berdebat ngan jabatan pusat sumber sekolah untuk menukarkan uniform pengawas PSS tu kepada kaler lain. Gua sungguh2 suruh diaorang tukar sebab sebagai ketua pengawas PSS, gua tak sanggup pakai baju kaler pink. Rockers tak pakai baju kaler pink. Seterusnya begitu banyak ke-sakses-an gua masa sekolah dulu sehingga gua tamat tingkatan 5 dengan penuh gilang gemilang. Ada satu klimak persekolahan gua yang nanti gua akan cerita kat korang pada hari lain pulak.

Habis sekolah je gua terus blah KL sambung belajar. Merasa jugak jadi anak perantauan. Tinggal kat rumah yang maha buruk dan kongsi tandas. Itu jam jugak gua mula berjinak-jinak dengan muzik. Main muzik sampai klimak penglibatan band aku adalah main kat ROTTW Soundstage baru-baru ini.

Time tu jugak gua berjaya menawan puncak tertinggi kat semenanjung malaysia ni. Against doctor's advice gua berjaya menuju puncak. Walaupun gua mempunyai sejarah komplikasi jantung dan besar kemungkinan jantung gua akan shutdown semasa trip tu, namun akhirnya gua sakses jugak.

Gua juga sakses meng-organise gig pertama yang julung-julung kali kat Kuala Lipis ni. Sekaligus mengejutkan scene muzik Kuala Lipis dan seterusnya ia berkembang maju balik.

Haiya.. banyak betul kes sakses yang gua nak cerita ni. Lain kali je la sambung.

Kini selepas 23 tahun gua masih me-maintain sakses. Paling latest, semalam gua berjaya menyiapkan motor gua Kawasaki Turbo Replacement Model. Dan terpaling latest sekali adalah gua sakses bermain NFS:Carbon sampai habis dalam masa kurang dari 3 hari sahaja bermain.

Gua tak main-main. Gua hanya akan menceburkan diri dalam sesuatu hanya jika ada potensi untuk gua jadi yang terbaik. Walaupun hari ni gua sembang lebat cerita sakses, namun bukan takde kegagalan dalam hidup aku. Ada banyak. Dan gua tak into nak bukak kes balik kegagalan aku tu sebab aku tak minat. Cuma yang pasti punca kesaksesan gua sebab gua banyak learn things the hard way yakni melalui kegagalan. Kalau hari ni gua gagal dengan 3 markah. Esok lusa gua akan claim balik dengan kesaksesan yang 90 markah.

Gua akan sentiasa dapat apa yang gua nak. Sesetengah perkara akan amik bertahun-tahun tapi dengan itu jugak gua belajar erti kesabaran yang jitu. Kalau hari ni aku tak dapat, esok lusa aku akan dapat. Sure.

Hari ni jugak gua genap 23 tahun. Gua masih lagi tak berpekerjaan dan masih lagi melepak. Semenjak bertahun-tahun lamanya hidup aku penuh dengan ranjau baiduri yang fast paced dan chaotic. Not to mention kesaksesan yang gilang gemilang.

Menjadi kutu lepak di usia 23 tahun memang gua tak nafikan, sangat menyesakkan. Zaman dulu jugak gua menye-set usia 23 tahun sebagai satu benchmark di mana gua akan pasti apa yang gua nak dan apa yang gua perlukan. Skang aku tahu apa yang aku nak, secara real punya. Hanya ada 3 perkara saje lagi yang gua perlu buat skang ni. Ya 3 perkara sahaja lagi. Dan gua dah meneliti jalan dan cara, dan aku sure sangat apa yang aku perlu buat sekarang. With that in mind, i'm taking all the time i need. Tak kira berapa lama masa yang perlu diambik, sebab yang selebihnya gua dah setel.

Banyak cita-cita gua yang tak berapa realistik tu gua dah kansel. Sebab kini gua dah sedar realiti keadaan yang sebenar. I've strip down all hopes and expectation to it's basic. Supaya gua tak stress dan bisa mengambik seberapa banyak masa yang gua perlukan. Kesihatan mental yang jitu jugak menjadi sebahagian dari priority gua.

Kalau selama ni gua aim sesuatu perkara dengan sangat laju dan stail nak cepat dapat, kini gua akan ambik masa seberapa banyak yang gua perlukan. No rush. Slow-slow musti jadi dan ada hati musti jadi. Aku pernah baca kat mana tah, "Takkan kita berasa gundah jika kita tahu apa yang kita mahu". Ha'ah, aku haram tak gundah.

Jesteru, hari ini adalah signifikan kepada 23 tahun yang penuh gilang gemilang. Tua? Manada.. aku dah tua 5 tahun yang lalu sejak aku start tumbuh janggut.

Skang aku menjalani kehidupan yang penuh rilek dan santai.
Takde apa yang nak dikejar.
Kadar stress yang rendah.
Kesihatan mental yang optimum.
And i got nothing to loose.
From now on,
I'll take all the mutha-fcuking time i'll need.

P/S: Terima kasih kepada semua yang wish aku hari ni.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa