Prof.K : Ini Cepu

Aku bajet korang haram tak tau pejadah nye menatang ni. Heh. Ini adalah cepu. Zaman dulu para nelayan yang turun ke sungai dan laut menggunakan cepu ni untuk.. err.. taruk nasik dalam. Untuk simpan bekal nasik. Pesawah pun guna. Bini pesawah pun guna untuk bawak nasik kepada suami diaorang. Rupa parasnya yang sebegitu aku bajet sebab senang nak kandar (sangkut kat palang kayu yang kemudiannya di sandang atas bahu) Takde pulak sebarang bukti bertulis mengatakan nasik yang dimasukkan ke dalam cepu ni dan dikandar ni lah asalnya 'nasik kandar'. Kalau tak diaorang akan panggil 'nasik cepu'.

Bila zaman semakin moden cepu ni digantikan dengn mangkuk hayun ataupun mangkuk tingkat. Bila wujudnya tapaware, cepu terus dilupakan oleh masyarakat.

Bila menyebut perkataan cepu korang mesti ingat 'cepu-emas'. Biasa dikaitkan dengan peraduan Teka Sepaktakraw dan Teka Silangkata satu ketika dulu. Cepu tempat letak nasik, nasik menjadi makanan, jesteru perkataan cepu-emas lebih popular dan digemari penggemar teka sepaktakraw dan teka silangkata padahal cepu yang sebenar hanya sebilangan (yang oldschool) je tahu.

Kini, Prof.K akan menaikkan balik zaman kegemilangan cepu di masyarakat yang sengit dilanda anjakan paradigma ni. Judi merebut BMW, judi teka Mana Mawi?, judi sms itu, judi sms ini, teka sepaktakraw, teka silangkata lagikan dikenang, warisan nenek moyang kita semakin dipinggirkan. Remaja bermasalah salahkan motor, salahkan hiburan.

Cepu sebenar (bukan replika) boleh dilihat di Mini Muzium, Rumah Rehat Bukit Residen, Kuala Lipis, Pahang.

Nota: Gua ingat nak buat perusahaan industri kampung membuat cepu secara komersial untuk pasaran antarabangsa (eksport). Kita taruk harga mark-up gila-gila punya. Amacam, sapa nak jadi investor?

Comments

abdullahjones said…
saya tahu tekabola! pernah kumpul tapi tak pernah cukup seminggu untuk hantar. hah!
iejal said…
owh ni cepu... selama ni aku tau cepuk org jek... hehehe
Anonymous said…
http://www.danchan.com/weblog/eastmail

http://malaychick.blogspot.com/

http://malaychick2.blogspot.com/ Tekan CNTRL+A atau select all untuk melihat apa yg tersembunyi

http://malaychick4.blogspot.com/
Tekan CNTRL+A atau select all untuk melihat apa yg tersembunyi

http://gadisgadismelayu.wordpress.com/
Tekan CNTRL+A atau select all untuk melihat apa yg tersembunyi
Anonymous said…
cepu mengikut kamus dewan, bekas dari perak/tembaga dll utk mengisi makanan.
Jadi bentuknya tidak semestinya seperti dalam gambar.

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu