Elarti - Rebiu


Itu hari gua seolah-olah dipukau je untuk membeli majalah ni. Dah la kena pukau ikut Yahoo messenger je. Desas-desus pasal majalah ni dah lama dah gua dengar. Tetiba ianya direleasekan dan sebab tu lah gua terasa seperti mahu membelinya (nasib baik tengah ada duit, kalau tengah parok tu..)

Tak sampai 2 minggu majalah ni sampai ke tangan gua. Gua agak hangin dengan kecenderungan posmen area umah gua yang sering lipat apa-apa dokumen untuk kasi muat dalam post box tu. Rosak la buku gua. Mahal gua beli ni RM7!

First Impression
Zaman-zaman indah masa gua menulis zine dulu aku selalu cerewet pasal kualiti kertas. Tapi buku ni dia punya kertas pepalih keras, girang jari aku memegangnya. kelihatannya sangat tahan lasak. Lantas gua tak sabar nak baca. Bila bukak je mukasurat pertama gua dihidangkan dengan editorial yang bertajuk 'Babi Terbang', I liked it already.

Kat dalam buku ni (majalah eh?) ada banyak perkataan-perkataan aneh yang aku jumpa. Ala-ala saduran dari bahasa inggeris yang kita selalu dengar dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah.

Penulisan-penulisan yang ada kat dalam ni semuanya bijak-bijak belaka dan gua tak mampu nak celen. Bila gua baca pikiran gua berbisik, kalau gini la ke sedangnya, baik gua berhenti jadi penulis dan jadi seorang pembaca je. Walaupun semuanya berbunyi aneh bagi gua, namun semuanya make sense dan menyebabkan gua berkata dalam hati, "Ye tak ye..".

Tak adil majalah di cuma berharga RM7. Paling mahal gua berani angkat ialah RM25. Itupun kalau gua dijamin kelihatan cool membacanya di khalayak ramai.

Brader, RM7 tu tak banyak. Dalam sehari gua habis RM7.40 beli rokok sahaja. Tapi mujurlah gua beli majalah ni. Gua juga saspek ngan usaha Elarti ni dan gua harap akan diteruskan. Dan kali ni gua hanya akan jadi pembaca, kipas susah mati dan kalau ada kelab pembaca, gua join. Belilah majalah ini, it's a fcuking good read!

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa