Dr. K : Mari Menukar Tiub

Berjumpa lagi kita di ruangan "Baikpulih Motorsikal Secara DIY Bersama Dr.K" Hari ini Dr. K akan menunjukkan step-by step cara dan teknik untuk menukar tiub motorsikal anda. Seringkali apabila kerja-kerja sebegini dilakukan, ramai di antara kita yang melakukan kesilapan yang tidak disedari hingga menjejaskan prestasi motorsikal mereka. Kali ini Dr.K akan menunjukkan cara yang betul untuk rujukkan anda di masa akan datang. Ayooh, Kita mulakan!

 
Menggunakan wrench bersaiz 22, kita bukak dulu bolt untuk shaf tayar tu.


Kemudian kita ketuk pakai tukul. Nampak gayanya ketat betul nak keluar mende ni ye..


Kalau dah ketat sangat, kita spray dulu dengan lubricant. Supaya dia jadi longgar. Lepas tu tarik pakai tangan je (untuk pendekar-pendekar sahaja, orang kebanyakkan, sila pakai tukul)


Beginilah rupa parasnya setelah tayar berjaya dibuka.


Apa ke-jaddahnye ni?


Selepas itu adik adik boleh memasukkan tayar yang baru ditanggalkan tadi ke dalam kereta dan sila bawa ke bengkel yang berdekatan untuk ditukar tiubnya.

Sekian, Selamat Mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa